jump to navigation

‘Malangnya’ menjadi pejuang Islam April 2, 2006

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: AbdullahAntara banyak peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah, ada dua peristiwa yang menyayat hati telah berlaku dalam sejarah Islam dimana kesan keperitannya masih terasa hingga hari ini. Yang pertama ialah peristiwa ketika cucu Nabi s.a.w, Saidina Hussain Bin Ali r.a di tangan-tangan yang berdosa dalam sebuah kisah yang masyhur di Karbala’.

Tidak sampai satu dekad selepas itu belaku satu lagi peristiwa yang serupa menimpa cucuNya Imam Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Hussain apabila ditinggalkan oleh 400 ribu pengikut yang berbaiah kecuali empat ratus sahaja yang thabat untuk berdepan dengan musuhnya Hisyam bin Abd.Malik. Dua gambaran daripada kisah khianat dan ketidaksetiaan.

Pengalaman yang pahit ini begitu dirasai kini oleh pejuang-pejuang Islam di serata dunia. Dimanakah ukhuwwah? Dimanakah kesetiaan? Dan, dimanakah pengorbanan? Ketika pejuang Islam di Palestin, Iraq, Chechnya, Afghanistan, Kashmer dan diseluruh dunia dikepung oleh Zionis Yahudi dan Amerika mereka ditinggalkan oleh rakan seagama dengan mereka. Mereka dibunuh oleh kekesalan, kesedihan dan keterabaian sebelum badan mereka ditembusi senjata musuh.

Sejarah kini berulang semula. Keperitan Saidina Hussain dan Imam Zaid dirasai sama oleh mujahidin-mujahidin Islam di zaman ini. Dengan kehendak Allah peristiwa itu berlaku- biarpun ia satu pengorbanan yang sangat tinggi nilainya-supaya menjadi pengajaran kepada umat sepanjang zaman akan bahaya penyakit khianat dan penarikan kesetiaan dalam perjuangan menegakkan Islam. Ia bukan ciri khusus yang hanya berlaku pada satu-satu bangsa tetapi adalah sifat yang lazim dan sinonim dengan mereka yang lemah imannya.

Pada waktu ini kelihatanlah betapa pentingnya tarbiah imaniah bagi saf pendakwah khususnya dalam menghadapi suasana getir. Mengubah kesetiaan dan membubarkan baiah serta tidak melaksanakan tuntutannya diwaktu dakwah dan perjuangan amat memerlukkan sokongan dan dokongan adalah satu pengkhianatan yang tidak akan terampun selamanya. “Kenapa dengan kamu ini, apabila diseru kepada kamu, keluarlah berjuang dijalan Allah, jiwa kamu berat ke bumi?. Adakah kamu redha dengan kehidupan dunia?.

Dunia, dunia wahai saudara. Ia yang membuatkan kita tidak setia dengan baiah dan janji kita. Sebab itu kita gagal dalam dakwah, gagal dalam amal jama’i dan gagal dalam jihad kita. Adakah kamu telah redha dengan kehidupan dunia? adakah kerjaya, anak isteri, perniagaan, rumah besar, kereta besar dan kemewahan telah menghalang kamu dari menunaikan kesetiaan kepada dakwah dan perjuangan?

Alangkah ‘malangnya’ Hussain, ‘malangnya’ Zaid dan ‘malangnya’ pejuang Islam pada hari ini di serata dunia!

Komentar»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: