jump to navigation

Pluralisme menurut Islam Jun 20, 2006

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Chandra MuzaffarSaya rasa bingung dan terusik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, bahawa pluralisme adalah ancaman kepada umat Islam (Star 14 Jun 2006).

Apakah maksud pluralisme dalam kamus mufti? Pluralisme dalam bidang sains sosial merujuk kepada ‘kewujudan kepelbagaian jenis manusia yang mempunyai berbagai kepercayaan dan pendapat dalam sesuatu masyarakat.’ Ada beberapa dimensi yang berbeza mengenai pluralisme.

Pluralisme politik umpamanya bercirikan kepelbagaian idea politik yang sering diucapkan menerusi kepelbagaian parti politik.

Kewujudan berbagai budaya dan tradisi dalam sesuatu masyarakat menggambarkan pluralisme budaya. Apabila berbagai agama wujud dalam sesuatu ketatanegaraan maka adalah pluralisme agama.

Tiada tamadun dalam sejarah yang telah melakukan ketegasan komitmennya terhadap pluralisme melainkan Islam. Prinsip pluralisme termaktub dalam al-Quran. Beberapa surah telah membuktikan antaranya Surah 5:48, Surah 11:118, Surah 22:67, Surah 30:22 dan Surah 49:13.

Pengajaran al-Quran mengenai pluralisme dan kepelbagaian turut terdapat dalam Piagam Madinah yang dirangka sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Ia telah menemukan semua agama yang berlainan komuniti etnik dan memberi mereka hak serta tanggungjawab yang sama. Perjanjian yang dilakukan oleh Nabi Muhammad dengan paderi Kristian dari Najran, melindungi biara dan menjamin kebebasan menganut agama juga merupakan testimoni terhadap pluralisme.

Ia adalah kerana sifatnya yang inklusif, pendekatan yang bertolak-ansur terhadap kepelbagaian budaya dan agama yang termaktub dalam al-Quran dan sunah yang membuat golongan cendekiawan Islam dari abad ke-9 hingga ke-14 membuka pemikiran mereka kepada keilmuan yang luas yang terdapat dalam agama dan tamadun budaya lain sama ada Hindu, Konfusian, Yunani dan Rumawi.

Perasaan positif terhadap ‘orang lain’ tidak dinafikan merupakan faktor utama dalam kemunculan tamadun Islam sebagai asas ilmu dan gerbang kepada kaedah saintifik moden.

Ini seterusnya dibuktikan dalam semangat yang ditunjukkan oleh cendekiawan untuk mempelajari agama dan komuniti agama lain.

Abu Rahyan Al-Biruni ( meninggal dunia 1051) merupakan seorang Muslim yang pertama melakukan analisis yang lengkap dan saintifik ke atas agama dan masyarakat lain dalam karya agungnya Kitab Al-Hind.

Empati yang dipersembahkannya untuk penganut Hindu di India telah dipancarkannya dalam penulisan seorang cendekiawan Islam seperti Ibn-a-Nadim (meninggal 995), Al- Shahristani (abad ke-12) dan Rasheeduddin Fadlullah (abad ke-14) dalam kajian mereka mengenai Buddha dan masyarakat Buddha. Shahristani adalah penulis ensiklopedia mengenai agama yang pertama.

Tiada seorang daripada cendekiawan tersebut yang akidahnya tergugat daripada percubaan mereka memahami agama lain. Sebaliknya banyak daripada mereka yang disanjung kerana kewarakan mereka.

Ini adalah kerana keterbukaan menjadi ciri-ciri yang luar biasa tradisi cendekiawan Islam pada zaman dahulu bahawa kerajaan Islam dari Granada di sebelah Barat ke Melaka di sebelah Timur merupakan tempat asal masyarakat berbagai anutan agama dan budaya. Pluralisme dalam keadaan itu adalah sinonim dengan kegemilangan tamadun Islam.

Sekiranya pluralisme merupakan prinsip dan amalan yang dihargai, bagaimana hendak menerangkan perasaan sempit, dan inklusif daripada sebahagian ulama hari ini yang menonjolkan diri mereka sebagai yang mempertahankan ketulenan pegangan terhadap Islam.

Dalam Islam seperti kepercayaan lain, sering terdapat sebahagian daripada kumpulan elit agama yang menganggap pendekatan inklusif, universal dan rasional sebagai ancaman kepada integriti agama mereka.

Adalah tidak diketahui ramai, sebagai contoh, di masa dahulu sebahagian daripada golongan ulama yang mencerca dan mempersendakan cendekiawan terkenal seperti Ibn Sina (980-1037), Ibn Rushd (1126-1198) dan Ibn Khaldun (1332-1406) kerana sifat rasional, pemikiran kosmopolitan yang membantu menggemilangkan keunggulan Islam.

Ulama beginilah menggesa supaya menutup pintu ijtihad (usaha kreatif intelektual berpandukan al-Quran dan sunah) dan mengekalkan monopoli mereka terhadap kebenaran ketuhanan.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk menyekat dinamisme golongan intelektual Islam pada abad-abad awal oleh kerana terdapat sekumpulan pemimpin yang unggul seperti Harun Al-Rashid dan Al-Mansur yang bersetuju untuk menaungi kegiatan ilmu dengan dorongan semangat rasional, visi universal terhadap agama itu.

Tetapi apabila pusat tamadun Islam di Asia Tengah dan Barat dimusnahkan oleh penyerang Mongol pada abad ke-12 dan ke-13, dan apabila kerajaan Islam di Andalusia telah dikalah dan dimusnahkan oleh penakluk Kristian pada abad ke-15, golongan berpengaruh di kalangan ummah telah kehilangan kekuatan dan kemasyhuran mereka sehingga menjadikan mereka berfikiran sempit dan pemikiran yang terkongkong.

Pemikiran beginilah yang menjadikan ulama konservatif mengeksploit dalam cubaan mereka untuk mempromosi pandangan eksklusif di peringkat dunia yang terlalu obses terhadap gagasan sempit mengenai kesucian agama. Dalam apa perkara pun, abad yang panjang penguasaan kuasa penjajah Barat yang berikutan dari abad ke-16 ke atas telah menguatkan set minda ini di kalangan ulama dan ummah.

Sejarah yang besar inilah yang telah dipikul oleh umat Islam di dunia kini dalam puluhan tahun selepas zaman penjajahan.

Ia menjelaskan mengapa sebahagian daripada ummah berfikiran sempit, idea eksklusif sebagai identiti Islam didefinisikan dengan cara bentuk dan simbol, upacara pengebumian dan perbuatan ritual yang mempunyai tarikan sementara bahan kepercayaan yang dinyatakan menerusi Tauhid (keesaan Tuhan), pandangan alam semesta yang mengandungi nilai-nilai dan prinsip abadi yang mempunyai tarikan terhad.

Keadaan ini telah diburukkan dengan nilai standard ganda dan ketidakadilan yang wujud di Washington yang dikemudi sistem hagemoni global, yang dicerminkan melalui penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin dan Iraq.

Ia telah memuncakkan pemikiran terkepung itu di kalangan ummah dan seterusnya mengetatkan lagi pemikiran sempit golongan yang mempertahankan identiti keagamaan yang suci dan eksklusif.

Adalah menjadi tanggapan yang telah dipromosikan secara agresif sejak beberapa dekad kini pada tahap doktrin oleh kumpulan taksub, dan interpretasi berorientasikan Wahabi dogmatik terhadap Islam.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat ramai rakyat Islam Malaysia yang di bawah didikan ulama yang mempercayai akan interpretasi mengenai Islam seumpama itu. Ia digambarkan dengan cara mereka mengikuti beberapa aspek dalam tradisi Fikah (jurisprudens) yang telah dimansuhkan di negara-negara Islam yang lain.

Sekiranya interpretasi sempit dari segi teks dan tradisi untuk memperkasakan tanggapan eksklusif identiti agama mempunyai tarikan yang kuat di kalangan umat Islam Malaysia, ia adalah kerana perseimbangan kaum etnik yang memperkukuhkan pemikiran terkongkong daripada semua bahagian.

Bagaimanapun pemikiran sempit telah sering dipantau oleh beberapa faktor termasuk kepimpinan peringkat nasional sejak merdeka yang telah memilih kepada pendekatan inklusif, rasional dan kontemporari terhadap Islam.

Marilah kita semua berdoa agar keadaan in berkekalan untuk selama-lamanya.

Nota: Dr. Chandra Muzaffar, seorang aktivis sosial, kini merupakan Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST). Manakala, tulisan ini pertama kali tersiar menerusi akhbar Utusan Malaysia pada 19 Jun 2006.

About these ads

Komentar»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: