jump to navigation

Benarkah wanita diperlukan dalam Program Pembangunan Negara? Februari 23, 2008

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Latifah Abdul Wahab

Memandangkan arah tuju pembangunan negara dan Rancangan Malaysia ke-9 telah memberikan laluan yang agak selesa kepada wanita bagi memajukan diri, adalah wajar para wanita khususnya yang berkerja memikirkan sama ada benar atau tidak wanita itu diperlukan dalam program pembangunan negara.

Banyak perkara yang boleh difikirkan. Ini termasuklah, pertama, apakah wanita memang sepatutnya berkerja untuk membangunkan Negara? Apakah dengan tidak bekerja wanita tersebut tidak menyumbang atau telah melupakan tanggungjawap terhadap Negara?

Kedua, bolehkah atau mampukah wanita khususnya yang sudah berumahtangga mengimbangkan tugas di rumah dan di pejabat secara yang tidak membebankan dirinya sendiri dan tidak menimbulkan masalah di pejabat,mengakibatkan masalah sosial, menggugat peluang lelaki dan seterusnya mengurangakn rasa tanggungjawap pihak lelaki dalam perbagai aspek .

Ketiga, apakah negara akan kepincangan , tidak maju atau menjadi remeh di mata dunia jika wanitanya tidak ditonjolkan sebagai pemegang jawatan utama di Kementerian Kerajaan, di syarikat swasta dan dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO)yang berprestij?

Surah Saba’ ayat 15 Allah berfirman dengan maksud (terjemahan) ‘Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’, satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): “Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!. ‘

Saya membawakan ayat di atas kerana Negeri Saba adalah negeri yang diperintah oleh Puteri Balqis di zaman nabi Sulaiman a.s . Ini adalah petanda wanita pernah memerintah sebuah Negara. Tetapi zaman ini bukanlah zaman Puteri Balqis, suasana dan cara hidup masyarakat kini dikatakan sudah jauh lebih maju dari zaman dahulu. Bagi saya dunia kini bukan sahaja lebih maju tetapi lebih berserabut dari zaman dahulu (zaman puteri Balqis). Kerana itu dalam kemajuan ini wanita sebenarnya (hakikatnya) masih lagi �tertindas�. Tertindas dalam ertikata wanita yang sepatutnya dilindungi tetapi sebenarnya, adakalanya terpaksa melindungai dirinya dan melindungi ahli keluarganya. Sama ada ia atas kehendak dirinya sendiri mahu pun atas desakan sosial.

Peranan wanita dalam pembangunan negara wajib dan semestinya dibatasi oleh kehendak dan batas syari’at jika dia seorang wanita Islam. Bagi wanita bukan Islam pula, undang2 Negara wajib membataskan had penglibatan wanita supaya tidak berlaku penindasan umpamanya kerja lebih masa , kerja pada waktu malam dan kerja berat yang tidak sepatutnya terbenan kepada wanita malah boleh mendorong kepada penindasan dan salah guna kudrat. Dalam Islam ada konsep adil, adil dalam erti kata meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. Amatlah tidak wajar bila wanita dikehendaki/disuruh berkerja mengangkut sampah, memotong rumput/pokok, memanjat tiang letrik atau mengecat bangunan tinggi.

Laporan akhbar berkaitan isu dera pengasuh/pembantu rumah harus dipandang berat sekalipun golongan wanita dalam kategori tersebut tidak begitu ramai. Tetapi secara tak langsung ia melibatkan pembanguan masyarakat moden yang tidak sihat. Ini adalah petunjuk bahawa wanita menjadi mangsa pembangunan dan kemajuan yang dibanggakan oleh negara.

Penglibatan wanita dalam program pembangunan negara tidak semestinya dipandang atau diukur dari aspek keupayaan wanita menerajui sesebuah organisasi atau memegang jawatan penting, Sebaliknya peranan mereka harus dipandang secara menyeluruh sekalipun sebagai suri rumahtangga. Mendidik dan mengasuh anak adalah tanggujawap yang tidak boleh dinilai remeh. Sekolah pertama bermula di rumah. Aspek pembangunan sprititual dan kesejahteraan emosi sepatunya menjadi ukuran pembangunan dan kemajuan yang hendak dinilai.

Kesimpulannya,wanita sememangnya perlu untuk menjayakan pembangunan negara. Keperluan itu melibatkan dan merangkumi keperluan mereka sebagai tenaga kerja sektor awam dan swasta atau sebagai surirumah sepenuh masa, Nisbah penglibatan wanita di dalam dan diluar rumah harus dan wajib dibatasi oleh undang-undang dan hukum agama. Jika wanita dibiarkan bebas memilih untuk sama rata dan sama taraf dengan lelaki maka kepincangan akan dirasai oleh masyarakat itu sendiri. Pembangunan yg diidamkan akan punah akibat berlakunya masalah sosial dan tekanan emosi (stress).

Komentar»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: