jump to navigation

Natijah Melayu Patani November 3, 2003

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Raja Jambu

Sebenarnya terlalu berat dan sedih untuk menceritakan tentang nasib bangsaku Melayu patani. Sejak dijajah oleh kafir Siam buddha pada tahun 1786. Bangsaku tidak lagi mampu bangkit untuk mengembalikan maruahnya di atas muka bumi ini. Penjajah siam kafir buddha telah menawan dan menjajah bumi patani menghancurkan segala warisan pemerintahan melayu Patani.

Sedar tak sedar sudah 200 tahun lebih kita dijajah oleh kafir siam buddha. Sekarang ini usaha Siam untuk menghapuskan identiti dan pengenalan bangsa Melayu Patani semakin menampakkan kejayaan.

Melalui sistem pendidikannya sahaja kita sudah ihat bagaimana anak-anak muda generasi muda melayu patani sudah melupakan bahasa dan warisan budayanya.Merteka sangat suka bercakap bahasa siam kerana menganggap bahasa siam sebagai bahasa yang moden dan bertaraf tinggi.

Mereka lupa bahawa Siam adalah kuasa penjajah yang telah membunuh datuk nenek moyang mereka. Kenyataan ini walaupun berat untuk diceritakan terpaksa juga diberitahu bahawa pada suatu hari nanti generasi muda dan anak-anak kecil melayu Patani dalam jangkamasa kurang dari 50 tahun sudah tidak akan dapat berbahasa melayu.

Jika ini benar-benar terjadi maka menangislah dan menjeritlah datuk nenek moyang di dalam kubur kerana melihat anak-anak cucu mereka sudah melupa kan warisan dan perjuangan bangsa Melayu patani. Usaha Siam untuk mengsiamkan generasi muda melayu Patani juga dilakukan melalui penggunaan televisyen dan media bercetak dan elektronik seperti radio.

Marilah kita sama-sama berdoa dan bermunajat kepada Allah taala supaya bangsa melayu Patani terus kekal kewujudannya diatas muka bumi ini dan dapat mempertahankan warisan budayanya yang beratus-ratus tahun telah lama wujud diatas muka bumi ini. Semoga Allah akan membantu agar identiti melayu patani tidak akan hilang dari bumi Patani yang kita sayangi.

Hiduplah bangsaku Melayu Patani!

 

Komen-komen»

1. Mansor - April 12, 2008

Kesemua yang berlaku ini adalah takdir dan pengajaran yang sepatutnya diinsafi. kemungkinan ada hikmahnya tentang apayan berlaku. Dengan penjajahan Patani kepada Siam sebenarnya telah membawa kepada wujudnya Islam dan penduduknya di negeri Thailand kini. Kemungkinan jumlah penduduk Islam akan berkurangan jika Patani berada di luar Thailand. Moga-moga jumlah penduduk Islam yang dianggarkan 6 hingga 7 juta orang itu akan menjadi asas kepada perkembangan agama Islam di Thailand pada masa kini. http://intrapreneurship6.blogspot.com/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: