jump to navigation

Kombinasi kepimpinan PAS masakini adalah terbaik Januari 13, 2004

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Kawan Osama

Semenjak akhir-akhir ini, banyak sekali tulisan-tulisan yang mengkritik kepimpinan ulama samada yang memimpin kerajaan negeri Kelantan atau pimpinan peringkat pusat. Antara tulisan yang terkini adalah dari Ummahonline.com yang apabila saya melayari website mereka terpampang gambar dan tulisan-tulisan Farish A. Noor, Aqil Fithri, Fathi Aris Omar, Sayuti Omar dan Ahmad Lutfi Othman.

Aqil Fithri secara halus dan tertib menyarankan agar Tok Guru menumpukan tenaga kepada mengajar umat ilmu-ilmu Islam dengan menyerahkan kuasa eksekutif kepada pimpinan pelapis seperti Husam Musa dan Nik Amar.

Sekali membaca tulisan-tulisan sedemikian, termakan juga akan pemikiran atau saranan mereka. Tetapi apabila terfikir akan tahap dan sumbangan mereka ini kepada Islam terutama apabila melihat akan nama Farish Noor yang pernah menulis tentang Rasulullah secara kurang ajar, telah menimbulkan pertanyaan saya terhadap kawan Farish Noor ini yang bernama Aqil Fithri. Layakkah Aqil Fithri meminta Tok Guru menyerahkan kuasa kepada pelapis sedangkan tiada desakan atau syor dari kepimpinan tertinggi atau Majlis Syura?

Pada pendapat saya, gabungan kepimpinan PAS masakini adalah yang terbaik. Janganlah kekalahan pilihanraya tempoh hari menjadi sebab akan segala kritikan yang boleh memecah-belah. Kejayaan dalam pilihanraya bukanlah menjadi keutamaan Jemaah Islam seperti PAS. Kejayaaan Jemaah Islam itu seperti yang diajar adalah sejauh mana kuatnya kita berpegang dan melaksanakan ajaran Islam. Kejayaan adalah kurniaan Allah setelah Jemaah Islam layak untuk diberikan kemenangan oleh Allah.

Kepada mereka yang memberikan kritikan yang tak sepatutnya, berfikirlah akan sejauhmana sumbangan anda untuk kejayaan Islam ini jika dibandingkan dengan sumbangan pemimpin seperti Tok Guru. Sudahkah kita memberikan sumbangan semaksima mungkin?

 

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: