jump to navigation

Haji Sebagai Pembebasan Diri Februari 3, 2004

Posted by ummahonline in Editorial, Kolum.
trackback

Oleh: Aqil Fithri

Dan (ingatlah) ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” – Surah al-Baqarah:127

Persekitaran Kaabah ketika diperbaiki oleh Nabi Ibrahim as bersama puteranya Nabi Ismail as berada dalam lingkungan gunung-ganang yang cukup gersang sehingga tidak memungkinkan akal kita menerima hakikat bahawa suatu hari nanti Baitullah al-Haram inilah yang bakal menjadi Qiblat serta pusat kerohanian ulung dalam dunia Islam.

Dan, pada hari ini, di Baitullah al-Haram telah bergema kembali talbiah para tetamu Allah. Musim Haji sekali lagi memperlihatkan keagungannya di bumi nubuwwah ini. Sudah tentulah hati-hati tetamu Allah ini tengah sarat dengan kerinduan yang tinggi demi melaksanakan ritual Haji yang berintipatikan tauhid; thawaf, sa’i, wuku, jamrah, tahalul, qorban dan lain-lain lagi.

Haji merupakan lambang wehdah ummah serta madrasah perjuangan ummah. Kendatipun, gerakan ibadah Haji mempunyai variasi antara satu sama lain, namun kesemuanya terarah dalam satu tujuan; tauhid dan wehdah. Tauhid adalah penafian terhadap penuhanan para taghut manakala wehdah adalah lambang keutuhan ummah. Ali Shariati mengungkapkan, Haji adalah satu gerakan pembebasan diri dari penghambaan kepada tuhan-tuhan palsu menuju penghambaan kepada Ilahi.

Selain daripada itu, Shariati juga menekankan bahawa Haji bukanlah sekadar proses zahir semata-mata melainkan ia juga adalah revolusi dwi-dimensi; zahir dan batin ke arah mencapai kesejatian diri kita sebagai manusia. Dengan kata lain, mereka yang telah berhaji haruslah menjadi manusia yang tampil berbeza berbanding sebelumnya. Dan perkara ini adalah satu kemestian untuk setiap mereka yang telah berhaji. Kalau tidak menurut Shariati, sesunguhnya kita hanya sekadar pergi melancong ke Baitullah al-Haram.

Maka pada kesempatan Eid-ul-Adha yang bermakna ini, maka kita mendu’akan mudah-mudahan momentum Haji pada tahun ini mampu meneguhkan tekad para pejuang dalam landasan kebenaran serta kita di anugerahkan kekuatan rausyanfikr dan rausyandhamir sebagai bekal perjuangan – perjuangan membebaskan Baitulmaqdis dari cengkaman Israel. Ya, daripada Makkah kita dalam perjalanan menuju ke Jerusalem untuk mencapai maksud perjuangan kita itu.

Sekian, Eid Mubarak!

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: