jump to navigation

Al-Quds – jantung perjuangan mustadh'afin November 12, 2004

Posted by ummahonline in Editorial, Kolum.
trackback

Oleh: Aqil Fithri

Sempena dengan sambutan hari Al-Quds Antarabangsa pada hari Jumaat terakhir setiap Ramadhan (12/11/2004), di sini kita ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan salam persaudaraan kepada semua muslimin, muslimat dan ummat mustadh’afin di pelbagai belahan dunia.

Di samping itu, tidak dilupakan juga kiriman salaam buat para syuhada Palestin yang gugur syahid semenjak tercetusnya perjuangan pembebasan Palestin. Pastinya, darah-darah yang tertumpah itu bakal menjadi jantung sejarah kemanusiaan kelak.

Di sebalik perit perjuangan yang panjang ini, terselit 1001 iktibar yang menginsafi perjuangan kita. Satu hakikat yang tidak disedari ialah kejayaan kemenangan spiritual intifadha Palestin terhadap Rejim Zionis lantaran ketahanan para pejuang untuk melanjutkan stamina gerakan berbekalkan kesabaran dan istiqamah.

Benarlah apa yang di firmankan oleh Allah SWT, “Dan akan Kami uji kalian dengan rasa takut, lapar, serta kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”. Hari ini, generasi baru Palestin yang lahir telah mula menyedari bahawa satu-satunya jalan untuk kita bebas dari cengkaman rejim Zionis ialah mengembeling jihad dan moqawamah (penentangan) secara berterusan, dan kami yakin dan percaya hanya inilah satu-satunya bahasa yang difahami oleh Rejim Zionis.

Akhir sekali kami, di sini kita ingin menyatakan dukungan penuh terhadap gagasan Almarhum Ruhollah Khomeini yang telah memproklamirkan hari Jumaat terakhir setiap Ramadhan sebagai hari al-Quds Antarabangsa. Natijahnya kini, idea tersebut telah berjaya memastikan konflik Palestin terus hidup menyemangati sanubari setiap manusia, dan sebaliknya semua kecaman dunia kini tertumpu kepada Rejim Zionis!

Harapan agung kita, semoga Ramadhan berikutnya akan dapat kita raikan pula di Jerusalem serta menunaikan shalat Eid ul-Fitri di al-Quds al-Syarif. Insha’allah! Sekian, kami kirimkan salaam solidariti untukmu Palestin dan seluruh ummat yang tertindas di seluruh dunia. Zahfan Zahfan Nahw Al-Quds (Ayuh, mari kita menuju al-Quds)!

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: