jump to navigation

Mohamad Sabu: Sukar untuk Amerika hadapi Ayatollah Sistani (Siri 2) Mei 1, 2005

Posted by ummahonline in Wawancara.
trackback

Oleh: Aqil Fithri

Iraq adalah bumi yang sentiasa bergolak! Jika anda membaca sejarah Islam, tentunya anda akan menemukan sabda Rasulullah SAW yang menyifatkan bumi ini sebagai Qarbun wa Bala’.

Sebagai bumi yang penuh pertumpahan darah di sepanjang zaman, Iraq kini menjadi tumpuan dunia ekoran cengkaman kuasa asing, Amerika Syarikat dan sekutunya, dalam pengaruh politik negara tersebut. Kali ini, dari sambungan wawancara sebelumnya, Ummahonline.com telah berkesempatan meneroka pemikiran Tuan Haji Mohammad Sabu tentang konflik ummah di pinggir Tanah Arab ini:-

Apa pendapat saudara mengenai perjalanan demokrasi anjuran Amerika Syarikat di Iraq sekarang?

Demokrasi di Iraq, kita tak tahulah secara terperinci, samada mereka hendak teruskan ataupun sebaliknya. Tetapi dari sudut demokrasi, pilihanraya mereka jauhlah lebih bebas dari Malaysia. Itulah yang menyebabkan kumpulan yang Amerika tak suka pun boleh menang. Dan semua pemerhati politik bersetuju bahawa pilihanraya mereka bebas. Namun sejauh mana mereka dapat bertahan dengan suasana yang ada ini bergantunglah kepada perkembangan dari semasa ke semasa.

Nantinya Iraq akan membina membina pelembagaan baru. Agaknya ke mana halatuju negara Iraq ini?

Saya yakin dan percaya Iraq akan menjadi sebuah Negara Islam.

Bagaimana pula dengan kenyataan Ayatollah Ali Sistani yang mahu lembaga keagamaan dipisahkan dengan perjalanan politik?

Perjalanan politik yang dimaksudkan oleh Ayatollah Sayyed Ali Sistani itu ialah perjalanan harian perntadbiran eksekutif, seperti pembangunan infrastuktur, soal harga minyak dan lain-lain. Tetapi dari dasar negara, beliau tetap mahukan Islam sebagai teras perlembagaan Iraq.

Bagaimana pula dengan gerakan yang dicetuskan oleh Moqtada Sadr? Semacam tidak searus dengan corak yang Sistani anjurkan?

Beliau bukannya seorang yang bertaraf mujtahid. Beliau hanya bertahap sebagai penggerak ummah. Beliau sendiri pun tidak mengaku dirinya sebagai mujtahid. Jadi peranan beliau memang sesuai sangatlah sebagai �pressure group� ke atas tentera penceroboh Amerika. Lagipun dia anak muda. Bukan semua yang mesti berada pada posisi macam Sistani, cukuplah dia seorang saja.

Sebelum ini, Ayatollah Ali Sistani adalah mengeluarkan larangan untuk menyerang tentera Amerika. Apakah kebijaksanaan di sebalik kenyataan Sistani ini?

Ya, pada andaian saya dia memikirkan bahawa perlunya dibentuk kerajaan terlebih dahulu. Sebab kita tahu dari segi penentangan Amerika sekarang, kalau Amerika cabut, siapa yang akan naik? Kemungkinan Saddam dan Parti Baath yang telah tersusun lama akan muncul semula. Barangkali Ayatollah Sistani mahu mengelak keadaan ini dari berlaku.

Jadi, perlukah tentera Amerika berundur sekarang?

Perlu undur setelah Iraq mempunyai tentera dan polis sendiri. Amerika tetap perlu undur, kalau tak undur, mereka akhirnya akan diundurkan. Bahkan saya sendiri berasa Amerika tidak bersedia untuk bertahan lama di Iraq dalam menghadapi suasana yang tidak menentu ini.

Menariknya di Iraq (atau tepatnya: Baghdad), strategi yang sama pernah digunakan oleh Nashirudin At-Thusi semasa penaklukan oleh tentera Hulagu Khan? Kini skrip yang sama telah berulang kembali, cuma wataknya kali ini di bawa oleh Ayatollah Ali Sistani?

Ya semuanya serupa. Macam kita kata kezaliman yang berlaku di Baghdad di bawah pemerintah Abbasiyyah dulu. Tiada siapa yang dapat menjatuhkan kezaliman dinasti Abbasiyyah melainkan orang Tartar, kemudian barulah mereka dapat buat perubahan politik baru di Baghdad. Saddam pula, siapa yang dapat jatuhkannya kalau bukan kawan dia sendiri (rujuk: Amerika). Dan Amerika pun faham, bukan senang untuk menghadapi permainan politik orang-orang ulama Shiah ini terutamanya Ayatollah Sayyed Ali Sistani ini.

Bagaimana pula dengan ancaman dari Mussab Al-Zarqawi, kumpulan Tawhid, Al-Qaeda dll?

Sebenarnya kumpulan sebegini telahpun muncul duhulu. Pada dahulunya ia dibiayai oleh British untuk menyerang pengkalan-pengkalan Turki yang ketika itu di bawah permerintahan kerajaan Usmaniyyah. Kumpulan ini akan mengebom stesen kereta api, tempat-tempat awam bagi menghalau penjajah Usmaniyyah di negara-negara Arab ini. Dan inilah yang menjatuhkan penguasaan Usmaniyyah Turki dulu, iaitu atas semangat nasionalisme Arab. Dan kumpulan militan di Iraq kini pada asalnya telah dilatih oleh British dan CIA samada Pakistan atau tempat-tempat lain. Kumpulan ini juga, kadang-kadang dia digunakan oleh Amerika, dan kadang-kadang juga bila dia jadi monster mereka lawan semula Amerika. Tetapi kumpulan ini tidak melambangkan apa-apa untuk appear Islam di mata dunia. Lebih parah lagi di Iraq, kumpulan-kumpulan ini menganggap orang-orang Islam Shiah itu kafir, dan boleh dibunuh. Tetapi dengan jiwa yang besar, Sistani melarang orang-orang Shiah melawan balik sampai hari ini. Pada Ayatollah Sistani, kalau ada yang terbunuh itu, anggaplah ia sebagai satu korban. Bukannya kerana mereka takut? Mungkin di sini Ayatollah Sistani memikirkan, bila orang Shiah mengangkat senjata melawan balik, maka sampailah hasrat Amerika supaya orang Islam berbunuhan sesama sendiri.

Kini kerusi Presiden Iraq telahpun ditentukan dengan pelantikan Jalal Talabani dari suku Kurdi. Adakah ini membawa maksud bahawa Kurdi akan kembali menguasai politik di Iraq mahupun dunia Arab seperti yang pernah dibuktikan oleh Salahuddin Al-Ayyubi – yang juga dari suku Kurdi?

Pada saya, kita bolehlah meramal demikian, tetapi apa yang jelas ialah teori bulan sabit, iaitu kumpulan Ahlul Bayt yang rangkaiannya sampai ke Lebanon. Dan teori inilah yang membimbangkan Amerika, Israel dan negara-negara Arab yang telah sekian lama menjadi proksi Amerika.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: