jump to navigation

Mustafa Ali: Saya Rasa Lebih Relaks Sekarang (Siri 1) Jun 8, 2005

Posted by ummahonline in Wawancara.
trackback

Oleh: Aqil Fithri

Datuk Haji Mustafa Ali – kami hanya membahasakan beliau dengan panggilan cikgu sahaja; Cikgu Pa! Memang, riak wajahnya seolah-olah menampakkannya beliau sangat senang hati dengan sapaan sebegitu atau barangkali juga beliau gembira sangat dengan natijah Muktamar PAS di Kota Bharu baru-baru ini.

Wawancara hampir dua jam ini sebenarnya berjalan secara santai-santai sahaja; tidaklah serius sangat. Malah, banyak suasana temubual kami diselangi dengan ketawa dan senggih-senggih sokmo (selalu). Ikutilah wawancara siri pertama Ummahonline Team bersama beliau ini.

Pertama, apa perasaan cikgu sebaik sahaja melepaskan jawatan kanan dalam parti?

Alhamdulillah, saya rasa relaks sikit (ketawa besar). Inilah antara muktamar yang saya paling gembira. Saya rasa cukup relaks sambil tengok perkembangan-perkembangan yang berlaku. Jadi, saya kira cukup-cukup baiklah dengan keadaan sekarang.

Ya, setelah berakhir muktamar ini, apa perkara pertama yang cikgu fikirkan?

Saya? Oh, saya nak melihat penerusan perjuangan. Saya masih tetap melihat penerusan perjuangan itu. Harap generasi kepimpinan baru ini akan berjalan terus. Dan, saya tidak akan berhenti dari politik ini. No, no, no!

Ada yang melihat cikgu telah memilih masa yang tepat untuk berundur. Betul tak persepsi ini?

Saya begini. Saya punya langkah ini sebenarnya bukan benda baru. Ini berkait dengan succession plan seperti yang selalu saya sebut pada media massa, iaitu proses pengantian pimpinan. Bagi saya rasa ini bukanlah benda baru bagi saya. Sesuatu yang sudah lama saya buat dalam proses untuk melihat keberkesanan pimpinan parti. Kebanyakan parti politik termasuk PAS juga, dia tidak ada succession plan sebab dalam politik ini tidak semudah sebagaimana dunia koporat. Jadi oleh kerana saya merasakan bahawa di antara naib-naib presiden itu, sayalah yang paling lama, di samping saya merasakan sudah ada orang yang boleh mengantikan tempat saya, maka saya rasa ini satu cara untuk mengurangkan beban seseorang pimpinan supaya dia jadi lebih fokus.

Sebab dalam dunia politik ini banyak tanggungjawab. Bukan saya sahaja, kebanyakan pimpinan politik memang memegang banyak jawatan samada di peringkat pusat, negeri atau seterusnya. Dari sudut keberkesanan kita lacks focus. Bila terlalu banyak, jadi saya rasa adalah baik bagi pimpinan menerapkan fokusnya supaya keberkesanan itu dapat dirasakan. Untuk makluman, dalam waktu yang sama, saya juga ketua pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (JPP). Banyak benda yang hendak diselesaikan. Oleh sebab itu, saya rasa inilah masa yang terbaik dan nampaknya ramai yang berkebolehan, maka saya ambil keputusan untuk berundurlah. Walaupun saya umumkan keputusan itu dekat dengan waktu muktamar, tapi sebenarnya telah lama saya buat keputusan itu. Cuma menunggu waktu muktamar sahaja.

Kenapa tidak umumkan lebih awal saja?

Sebab muktamar ini ialah waktu peralihan. Ia waktu yang paling sesuai. Apabila saya berhenti, terus ada orang yang boleh take over. Contoh sebagaimana saya dalam pemuda dulu�. saya dilantik ketua pemuda pada tahun 1975 dan saya pegang selama duabelas tahun jawatan ketua pemuda itu sehingga 1987. Dan saya sentiasa tengok untuk cari pengganti yang boleh mengambil-alih. Bila bertemu penganti, parti masih suruh teruskan lagi. Tetapi bila sampai terlalu lama, manakala dah ada orang yang oleh mengambil alih, maka saya tinggalkan. Itu masa pemuda. Pada peringkat negeri pun, baru-baru ini saya lepaskan jawatan sebagai setiausaha perhubungan. Saya melihat, apabila ada orang baru yang boleh ambil alih, kita kenalah bagi kat dia� sebab ini pengagihan tugas. Jadi, oleh kerana parti tidak buat ini sebagai satu proses yang menyeluruh, maka mana yang saya mampu buat by personel lavel, saya buatlah. Ini adalah sumbangan saya sendiri terhadap succession plan seperti yang saya sebutkan tadi.

Apa reaksi keluarga tentang hasrat cikgu ini?

Saya tidak bagi tahu pada keluarga saya (ketawa). Tapi sebenarnya mereka pun sepertinya sudah bersetuju. Saya terlalu banyak tidak ada masa bersama keluarga. Cuma bila makin tua ini dah kuranglah sikit. Itupun keluarga saya rasa sudah merasakan terlalu lama. Jadi, kenalah fokus yang mana rasa kita boleh buat. Yang kita rasa tak dapat nak lepaskan, mungkin tidak ada orang lagi yang boleh kita serahkan tanggungjawab, maka kenalah saya pegang dulu. Bila ada orang, kita berilah pada orang baru pula.

Teman-teman seperjuangan dalam parti pula?

Banyak yang terkejutlah.

Bagaimana cikgu menerangkan keputusan ini pada mereka?

Mereka boleh faham�.saya rasalah. Saya kata, �awak dah ada, apa lagi saya nak buat, kita bahagi-bahagi tugaslah� (ketawa).

Tadi cikgu ada sebut pasal fokus, semacam cikgu ada tumpuan baru selepas ini?

Tidak, sebenarnya dalam pilihanraya banyak kerja yang perlu dilakukan. Kita ada electoral reform committee yang saya ketuai. Jadi, ini banyak kerja. Baru ini lepas post-mortem di mana saya juga mengetuainya. Memanglah makan banyak masa, malah kerja ini pun akan sentiasa bersambung. Maka, kalau saya pegang banyak-banyak, maknanya beban sangatlah. Bila ada orang yang boleh ganti, baik ganti teruslah. Dan ini memang track record saya macam itu. Bukan sahaja dalam politik, malah dalam parti dan juga luar parti. Saya ADUN Wakaf Mempelam dua penggal, i don�t know what you know or not. Saya wakil rakyat tahun 1982 dan tahun 1986. Waktu itu PAS sudah ada dua kerusi. Itu salah satu kerusi yang sangat selamat. Tahun 1990, dengan adanya Parti Semangat 46, maka lagi mudahlah. Saya kata dah ada orang muda, so better bagi kat dia, dan saya tandinglah dekat mana-mana pun. Kalau kalah itu, tak mengapalah� Wakaf Mempelam masih menang, kalau menang pula tambah lagi satu kerusi. Jadi, YB Haji Abdul Wahid Endut yang ambil alih tempat saya itu. Memang inilah cara saya.

Oh�ya, macamana sebenarnya cikgu boleh menceburkan diri dalam politik?

[terdiam] Saya memang keluarga politik. Saya dilahirkan dari keluarga politik. Ayah saya memang ketua cawangan PASlah di kampung saya. Dan seluruh keluarga saya terlibat dengan politik. Maknanya, kesedaran politik itu sudah terlalu awal bagi saya. Malah, tahun 1959 sewaktu saya tingkatan dua lagi, saya sudah terlibat dalam politik serta pilihanraya. Masa itu bangsar panas sudah ada, dan masa itu juga tidak ramai orang yang boleh menulis pun. Jadi, saya bantu-bantulah mana yang patut. Dan, banyak pimpinan PAS yang selalu berkunjung ke rumah saya. Ditambah lagi dengan kesedaran itu, maka rasanya dah satu tanggungjawablah untuk terlibat dalam politik ini.

Cikgu ada mentor tak dalam dunia politik ini?

[terdiam] Mentor ya? Tak ada….tetapi saya belajar berdasarkan pengalaman saya. Mentor khusus memang tidak ada. Saya banyak belajar dari pengalaman, melihat, observation dan semuanya sekali. Hasil daripada both theoretical and practicallah yang saya gunakan sebagai panduan dalam politik ini.

Cikgu memang telah agak lama dalam dunia politik ini, jadi mungkin dalam tempoh itu ada waktu-waktu yang cikgu sendiri berasa kecewa. Boleh cikgu berkongsi tak sebahagian daripadanya?

[terdiam lama] Kekecewaan itu relatiflah. Bila bercakap dalam konteks Malaysia. demokrasi, pilihanraya dsb�.bila kita merasakan persiapan itu sudah agak bagus yang telah kita buat, kemudian pencapaian itu tak seberapa, memanglah berasa kecewa� memang rasa kecewalah. Sebab tidak semestinya apa yang kita usahakan sungguh-sungguh mesti hasilnya bagus. Kadang-kadang usaha kita tak seberapa mana pun, tapi kita masih boleh menang. Jadi itulah, waktu sungguh-sungguh tapi tak dapat, maka rasalah kekecewaan itu. Dan, dari segi personal level, saya tidak begitu sangat sebab saya dah tahu, bila saya masuk pilihanraya ini, saya meletakkan diri saya payah nak menang.jadi kalau saya kalah sekalipun, maka saya sudah bersedia. Tetapi kalau menang, itu satu bonuslah. Dan kadang-kadang kita nak buat sesuatu perubahan, kemudian ia tidak berlaku�.rasa jugalah kekecewaan itu.

Rasanya apa yang mungkin cikgu rasa terkilan kerana masih tak sempat nak lakukan lagi?

Saya rasa tidak berbangkit soal saya tak sempat nak buat. Apa yang saya tak sempat nak buat, akan di sambung oleh orang lain. I�m still working. Jadi tak berbangkitlah soal itu.

Tetapi bukankah bila cikgu berundur dari jawatan kanan dalam parti, pastinya cikgu akan rasa kehilangan sesuatu?

Saya akan terus bersama parti. Dari sudut jabatan pilihanraya saya masih pegang. Saya masih terus berkhidmat. Harakah saya masih pegang. Jadi tanggungjawab itu berterusan. Cuma barangkali lebih ringan sikit, dan ringan ini di tampung oleh kawan-kawan yang lain. Ertinya bagilah ruang pada saya untuk�hmmm� membaca banyak sikit kot. Sebab saya miss banyak juga masa. Antara hobi saya ialah membaca. Jadi, ini yang banyak saya miss. Beli buku dah banyak�.tapi tengok-tengok tak sempat nak baca. So i need more timelah untuk baca. Dan, tentunya satu lagi untuk memberi lebih sedikit masa untuk keluargalah.

Apa kenangan manis yang cikgu ingati selama menceburkan diri dalam dunia politik ini?

[berfikir] Ya�. sebenarnya antara kenangan paling manis saya ialah muktamar yang paling baru ini (senyum lebar). Itu antara saat-saat paling manis bagi saya. Iaitu apabila saya berundur, saya melihat ia digantikan dengan orang yang mampu untuk melaksanakan apa yang telah ditinggalkan. Maka, saya rasa cukup gembira sekarang ini sebenarnya. Itu salah satunya.

Yang keduanya ialah waktu PAS Terengganu mencapai kemenangan pada tahun 1999, ini satu peluang untuk kita melaksanakan tugas kita kepada rakyat dan negeri. Antara benda yang kita rasa ada satu kepuasan di situ. Walaupun masih banyak lagi yang tak sempat kita lakukan, tetapi kita telah buat semampu yang kita boleh. Itulah antara contoh-contohnya.

Kami percaya ramai juga yang terharu bila cikgu mengumumkan untuk berundur dari jawatan senior parti. Tetapi seandainya cikgu ada satu impian untuk Malaysia amnya dan PAS khususnya, apakah ia?

Saya nak tengoklah di Malaysia ini satu kewarasan berpolitik sebenarnya. Ya, kewarasan berpolitik atau political dignity� kembali menjadi ciri dalam politik demokrasi di Malaysia ini. Erti manusia bebas, tetapi bukanlah bermaksud kebebasan yang tiada hadnya. Kebebasan ini dalam pengertian untuk menegur, mengkritik sepatutnya tidak boleh dikekang. Saya nak melihat itu. Dan, satu-satunya yang boleh bagi cabaran ialah PAS. Tiada ada kekuatan lain lagi. Kekuatan lain boleh bersama dengan PAS, tetapi kalau PAS tidak ada, maka tidak akan kekuatan untuk kita menghadapi keadaan politik di Malaysia ini. Asas politik di Malaysia ini orang Melayu. Melayu ini ialah samada orang Umno ataupun PAS, Keadilan ada juga tetapi tidak kuat. Jadi oleh sebab itu, kalau PAS tidak memainkan peranannya, saya rasa itu beratlah. Sebab itu PAS perlu memainkan peranannya.

Dan political dignity yang saya sebutkan ini akan dapat kita bina dengan kekuatan yang ada. Yang jadi ketidakwarasan politik di Malaysia ini sebab Umno punya caralah. Cara-cara Umno bertindak yang tidak betul dan teruk sangat caranya itu. Semuanya ada kepentingan politik. Biarlah demokrasi itu berjalan dengan free and fair. Itupun bukan pilihanraya kita yang seratus peratus free and fair, tapi at least janganlah ada penipuan-penipuan yang besar seperti yang berlaku dalam pilihanraya umum 2004. Biarlah ada level playing field. Bila kita tengok pun, kita puas. Dan, rakyat menolak kita it�s ok. Sebab kita belum kuat, hendak buat macamana? You have to accept this fact. Ini yang berlaku bukannya rakyat yang menolak kita, tetapi kita ditolak oleh faktor yang bukan dari rakyat. Itu yang tidak adilnya di situ. Jadi, saya nak tengoklah penerusan PAS dengan pimpinan baru ini untuk terus memajukan PAS.

Kalau cikgu tidak keberatan, apa komen cikgu terhadap kepimpinan baru PAS?

Ya, saya antara orang yang sangat gembira dengan kepimpinan baru ini. Dan, antara sebab saya berundur pun sebab saya yakin orang-orang ini boleh melaksanakan apa yang saya nak buat pun. Lagipun saya dah berumur, tak boleh nak pergi round seluruh Malaysia. Orang baru ini bolehlah buat�haa begitu. Saya mungkin boleh buat kerja yang tidak macam waktu saya muda dululah. Waktu saya muda dulu, empat ceramah sehari semalam pun saya boleh buat. Tetapi sekarang tidak boleh lagi dah. Satu bolehlah�nak empat�hei�tak boleh. Orang muda ini (kepimpinan baru) bolehlah. Tenaga dia kuat�tetapi pengalaman kita bolehlah dimanafaatkan oleh orang muda ini (ketawa).

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: