jump to navigation

Abdul Moqsith: Mahkamah Sejarah Akan Uji Islam Liberal (Siri 1) Julai 29, 2005

Posted by ummahonline in Wawancara.
trackback

Oleh: Aqil Fithri

Wawancara ini Ummahonline.com adakan pada 21 Mei 2005 di Komunitas Utan Kayu, Jakarta. Asalnya, untuk mewawancarai Ulil Abshar Abdalla, namun sayangnya ketika itu beliau berada di Belanda atas suatu undangan. Jadi hasrat kami ini dilanjutkannya pada Abdul Moqsith Ghazali, koordinator Jaringan Islam Liberal (JIL). Ingat kami – sambil berseloka (via emel) – Ulil Abshar bilang Abdul Moqsith ini merupakan temannya yang paling pintar sekali (ketawa).

Di samping itu, untuk pengetahuan, bersama-sama dengan Ummahonline.com dalam wawancara ini ialah Fathi Aris Omar, Felo Asian Public Intellectuals (API). Beliau ketika itu sedang menjalankan kajian tentang ruang awam yang berpusat di Komunitas Utan Kayu tersebut. Memang, Fathi Aris banyak membantu mengurusi kehadiran Ummahonline Team semasa di Jakarta. Terima kasih! Manakala berbalik tentang wawancara ini, kami mengharapkan supaya para pembaca dapat responsif perspektif JIL ini dengan semangat adabul-iktilaf.

Pertama, apa hasrat perjuangan Jaringan Islam Liberal (JIL)?

Ok, jadi kalau Islam Liberal itukan memiliki semacam manifesto Islam Liberal. Salah satunya adalah membuka pintu ijtihad selebar-lebarnya, terutamanya pada ruang muamalah. Dalam ruang ini, aktiviti cendikia dan berfikir harus digerakkan secara terus menerus tanpa batasan.

Yang kedua ialah saya kira autonomi individu untuk melakukan aktiviti ijtihad itu. Jadi, kita menolak sebuah autoriti bagi seseorang ataupun institusi yang memonopoli tafsir keagamaan. Orang punya perundangan yang sama untuk bertafsir, berakses terhadap sumber-sumber agamanya termasuk dari al-Qur�an dan as-Sunnah.

Dan, di dalam politiknya, Islam Liberal itukan berpandangan sekular; bahawa negara harus menjadi zon yang neutral, ia tidak boleh menjadi negara agama. Harus neutral bermaksud, negara menjadi fasilitator dari sudut agama, negara tidak perlu di agamakan, negara tidak perlu mengakomodasi pandangan-pandangan keagamaan serta mengabaikan pandangan-pandangan keagamaan yang lain.

Jadi negara sepatutnya terus menerus menjadi zon yang neutral dalam menghadapi pluraliti keagamaan di Indonesia. Kerana kita tahu pluraliti keagamaan di Indonesia bukan hanya berlangsung dengan beragamnya agama, sebaliknya turut berlaku di dalam ummat Islam Indoensia itu sendiri. Jadi ummat Islam di Indonesia tidak moralitis, tetapi sangat beragama dengan organisasi NU, Muhammadiyyah, Islam Liberal, ada Islam yang lain.

Dan, yang di tolak oleh Islam Liberal ialah mereka yang menggunakan Islam sebagai asas kekerasan, bukan hanya kekerasan terhadap agama lain, tetapi terhadap ummat Islam yang tidak sama tafsir keagamaannya. Jadi kekerasan dengan mengajukan diri kepada satu tafsir keagamaan tidak boleh dilakukan. Kerana Islam sejak detik pertama kelahirannya telah membawa tema bahawa �tidak ada kekerasan dalam beragama� .

Ummat Islam bebas untuk memeluk atau tidak memeluk Islam. Dan dasar seperti inilah seperti yang kita baca dalam al-Qur�an misalnya, la iqro hafiddeen, tiada paksaan dalam beragama. Jadi, saya kira itu fakta-fakta penting dari misi dan visi perjuangan Islam Liberal.

Mengapa JIL bertitik-tolak dari kata nama Islam? Mengapa tidak liberal sahaja? Tidakkah ini memberi gambaran bahawa JIL menggunakan Islam sebagai eksperimen semata-mata?

Ya, boleh saja Islam di jadikan satu eksperimen. Tetapi jangan lupa bahawa kemunculan Islam Liberal pada kisahnya yang pertama iaitu kritiknya terhadap arus fundamentalis di Indonesia sebenarnya � anti-tesis! Kerana itu harus segera dihadirkan Islam alternatif, iaitu Islam Liberal. Liberal tentunya bererti bebas dari hagemoni masa lalu dan hagemoni masa lain, tetapi liberal juga membawa makna liberatif (membebaskan). Memang, persoalan nama ini juga mengundang kontroversi kerana banyak pihak menganggap liberal itu bebas segala-galanya, seperti liberal itu di anggap free-sex, boleh berjudi dll.

Umum maklum bahawa JIL memang menentang ekstrim sehingga mengundang aktiviti keganasan. Namun di balik yang berbeza, kelihatan JIL juga menjadi ekstrim terhadap kebebasan? Maksudnya, memperjuangkan kebebasan tanpa batasan?

Saya kira kebebasan dalam JIL itu sangat dihargai. Kerana itu pandangan keagamaan -keagamaan di dalam JIL itu tidak tunggal. Saya dengan Ulil Abshar Abdalla mungkin banyak sekali beda cara pandang terhadap kitab suci. Yang di cadangkan ialah kebebasan berfikir. Dan itu yang sangat asasi di dalam wacana demokrasi dan Islam.

Daripada gagasan-gagasan JIL, sejauh mana ia mengakar ke dalam masyarakat? Mungkin, di mana konkritnya wacana Islam liberal ini?

Kalau secara konkrit belum sampai kerana kelompok-kelompok muslim progresif memiliki keterbatasan infrastruktur. Tidak mungkin JIL itu menjadi parti politik. Kalau menjadi parti politik pasti akan terjebak dalam persoalan-persoalan korupsi juga; harus belajar bernegosiasi, akomodasi dengan orang lain dll. Tetapi ketika JIL hanya menjadi pencetus pemikiran, maka JIL tidak peduli fakta konkritnya apa? Apa yang disampaikannya adalah seruan-seruan moral kepada masyarakat dan melakukan kawalan terhadap orang yang melakukan penyelewengan terhadap agama.

Jadi kebebasan berfikir seperti yang dibawa oleh JIL itu merupakan manifestasi Islam yang sebenar. Ertinya begitu?

Saya kira ya, kerana kebebasan berfikir itukan salah satu bahagian dari prinsip-prinsip akal dalam tradisi usul fiqhi dan klasik yang memelihara kebebasan berfikir itu. Jadi, ketika orang melanggar prinsip itu, maka ia sudah bertengangan dengan prinsip Islam itu sendiri. Saya teringat pernyataan Gus Dur, �kalau Islam anti-demokrasi, anti-HAM, maka saya akan keluar dari Islam.� Ini kerana tidak ada gunanya lagi Islam tanpa memiliki apresasi yang baik, pelaksanaan yang baik dari sudat hak asasi manusia dan demokrasi.

Manakala gagasan-gagasan JIL akan di uji oleh sejarah, oleh mahkamah sejarah. Kerana itu keputrusannya bukan sekarang. Yang ditolak oleh JIL ialah kekerasan atas nama agama. Jadi tafsir-tafsir yang dikeluarkan JIL itu bukan satu-satunya tafsir. Ia adalah salah satu tafsir dari segian banyak tafsir yang ada di masyarakat. Kerana itu JIL tidak pernah mendakwa inilah tafsir yang paling benar. Kerana, sebaik saja JIL mengatakan tafsirnya yang paling benar, maka dia sudah menentang dirinya sendiri.

Hingga setakat ini, apakah anda melihat agenda JIL sudah sukses di Indonesia?

Saya kira agenda JIL itu tidak pernah final. Kerana JIL selalu akan berproses di dalam persoalan-persoalan konkrit yang di hadapi oleh masyarakat. Kerana itu tidak boleh diukur ada tahap tertentu yang JIL dianggap sudah sukses dan sebagainya. Saya kira beda dengan pendidikan sekolah. JIL itu sentralnya argumentasi intelektual. Lebih pada mencetus gagasan-gagasan.

Bercakap soal teori Islam klasik yang membahagi wilayah dunia, adakah dialektik Dar al-Harb dan Dar al-Islam masih lagi relevan dalam dunia Islam dewasa ini?

Ya, itu adalah fakta emperik. Mungkin juga konseptual yang pernah ada di dalam sejarah pemikiran Islam. Adanya kategori Dar al-Harb dan Dar al-Islam, bukan hanya sekadar fakta emperikal semata-mata, tetapi juga fakta politik. Apakah fakta yang terjadi di zaman lampau boleh difotokopi untuk diterapkan dalam konteks Indonesia moden sekarang? Saya kira pasti tidak, kerana Indonesia di susun bukan hanya oleh satu agama, tetapi juga oleh agama-agama yang lain. Indonesia berdiri bukan hanya oleh ummat Islam sahaja, tetapi juga oleh ummat agama yang lain.

Oleh kerana itu konsep kafir zimmi dalam pengertiannya yang klasik tidak boleh diterapkan pada ummat non-muslim di Indonesia. Tidak boleh sama sekali! Kerana kafir zimmi dalam pengertiannya yang klasik itukan warganegara kelas kedua sebenarnya, manakala warganegara kelas pertamanya ialah Islam. Dalam konteks Indonesia, tidak boleh diterapkan, dan ini sebenarnya bertentangan dengan konsep negara moden; adanya kewarganegaraan kelas kedua.

Maksudnya, hingga ke tahap non-muslim tidak harus dibezakan dengan muslim meskipun dalam konteks kepimpinan negara?

Ya, non-muslim di Indonesia memiliki status dan posisi yang sama dengan ummat agama lain. Agama tidak seharusnya membezakan sama ada orang itu boleh menjadi presiden atau tidak.

Dari sisi haknya?

Ya, dari sisi hak dan kewajiban sebagai warganegara. Seperti yang saya nyakan tadi, bahawa Indonesia mestilah menjadi zon yang neutral, yang hanya menjadi fasilitator terhadap seluruh agama-agama. Kerana itu agama tidak boleh menjangkau jauh ke dalam persoalan-persoalan keagamaan. Hatta kepada persoalan samada seorang itu perlu memakai jilbab atau tidak, negara tidak perlu mencampurinya.

Akan tetapi real problem di Indonesia sekarang adalah autonomi daerah. Jadi secara perlahan-lahan melalui autonomi daerah, kelompok-kelompok fundamentalis cuba mempengaruhi regularasi dan percaturan di peringkat daerah. Kita tahu di Padang, Sumatera Barat misalnya, ada kes mewajibkan pemakaian jilbab.

Sudah berjalan?

Ya, sudah berjalan. Kemudian juga di Banjarmasin, Kalimantan Selatan sekarang sudah ada kes larangan perendaman di sungai di kalangan perempuan. Jadi orang-orang melayu yang ada di sana yang sememangnya sudah sekian tahun mandi di sungai sambil memakai kemban. Tetapi dengan adanya Peraturan Daerah ini, ia sudah jadi tidak boleh di lakukan lagi. Jadi sekarang desa yang mengepung kota. Maka kelompok-kelompok fundamentalis telah bergerak mulai dari pinggir, dan mungkin berakhir pada tingkat regularasi nasional.

Kalau begitu persoalannya, sejauh mana batasan kebebasan dan wewenang daerah untuk membuat kebijakan tersebut. Tidakkah ia akan melemahkan negara-bangsa Indonesia itu sendiri?

Kerana itu sekarang, kelompok-kelompok muslim progresif Indonesia sedang melakukan kajian semula terhadap sejumlah Peraturan Daerah yang nyata bertentangan secara fundamental terhadap Perlembagaan Negara. Antaranya mungkin UUD 1945 dll. Bila itu dilakukan kajian kembali, ternyata ada ratusan Peraturan Daerah yang bertentangan dengan undang-undang yang sedia ada di atasnya.

Maksudnya Peraturan Daerah pasca-reformasi 1998?

Ia merujuk pada Peraturan Daerah yang ada di peringkat daerah yang banyak sekali bertentangan. Bahkan, misalnya usaha untuk meniru pelaksanaan shariat Islam yang ada di Makassar, Madura untuk diterapkan di daerah yang lain. Di Jember mungkin?

Kalau di lihat dari sisi lain, itukan pilihan masyarakat setempat?

Belum tentu� belum tentu itu menjadi pilihan masyarakat. Jangan-jangan di situ ada program relasi kuasa antara penguatkuasa agama di satu sisi dengan pihak yang membuat keputusan. Kemudian ini di tambah lagi dengan penglibatan aktor-aktor di peringkat lokal, mungkin juga kepala suku atau sebagainya. Jadi kita juga harus cermat dalam menganalisa aktor-aktor di peringkat lokal, iaitu seberapa jauh misalnya hal ini mempunyai tendensi ke arah politik, ekonomi dan sebagainya. Kerana kita tidak boleh menutup kemungkinan terhadap hal-hal seperti ini.

Ya, memang oleh kerana sifat agama yang manusiawi, hal-hal yang berkepentingan seperti itu sentiasa berhubungan.

Ya, pada peringkat globalisasi misalnya, tanda halal yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) itu tidak menutup kemungkinan-kemungkinan akan tendensi dan tujuan-tujuan ekonomi di balik itu. Maksudnya, seperti berkerjasama dengan pengusaha-pengusaha perkilangan dan pembuatan upamanya. Kerana itu tentangan kelompok-kelompok muslim progresif di Indonesia untuk tidak menyebut liberal sangat berat sekali kerana tentangnya berbeda. Kalau zaman Cak Nur (Nurcholish Madjid) misalnya, Cak Nur tidak berhadapan dengan Peraturan Daerah yang di cicir dari daerah ini. Dan sekarang tentangan kita berada di daerah-daerah itu, di samping juga ada persoalan di atasnya.

Apakah kelompok-kelompok muslim progresif bersedia untuk berhadapan dengan keadaan ini?

Sekarang teman-teman sedang bersinergi dan kami telah berkumpul di mana sekitar 30 NGO-NGO muslim yang turut serta. Meraka berkumpul untuk mengangkat isu yang sama, kemudian sharing masalah-masalah terhadap apa saja yang terjadi di tiap-tiap daerah. Dan ini menjadi sebahagian dari agenda seluruh NGO-NGO muslim yang progresif.

Ini tanggapan awal saya saja, bahawa ada beberapa kelompok ataupun aliran cara pandang kelompok-kelompok Islam di Indonesia ia memandang tinggi terhadap proses Islamisasi di Malaysia. Ya, sejauh mana benarnya tanggapan ini?

Memang proses Islamisasi yang dibawa oleh teman-teman ISTAC, dengan jurnal Islamianya di Indonesia sekarang itu terus menerus mengoncang pemikiran-pemikiran Islam. Mereka mungkin juga membaca pemikiran-pemikiran Hamid Abu Zayd dan sebagainya serta terus menerus melakukan anti-tesis terhadap pemikiran-pemikiran ini. Saya tidak tahu secara persis, seberapa jauh pengaruh kelompok-kelompok muslim konservatif, fundamentalis yang di bawa oleh Malaysia ke Indonesia itu. Tetapi seberapa apapun harus ia seperti itu.

Dalam tahap wacana intelektual, sejauh mana pula?

Saya kira tidak akan laku di pasar ya, kerana yang di usung ialah persoalan khilafah Islamiyyah. Kita tahu yang khilafah Islamiyyah tidak pernah menjadi alternatif oleh NU dan Muhamadiyyah sebagai ormas (organisasi masyarakat) terbesar di Indonesia. NU dan Muhammadiyyah sudah menerima secara final Indonesia dalam konsep sebagai negara-bangsa, yang final dengan pancasilanya. Kerana itu tidak perlu di carikan alternatif lain. Dan khilafah belum pernah menjadi alternatif. Jadi kita tidak khuatir, kerana misalnya NU dan Muhamadiyyah sebagai ormas keagamaan terbesar tidak mengarah ke situ. Tidak ada masalah.

Mereka yang meminjam wacana di Malaysia ini sebenarnya apa pengaruh dan kecederungan mereka? Mengapa mereka tertarik untuk meminjam dari Malaysia?

Ya, banyak faktor yang saya kira. Tetapi ilmu-ilmu yang diperolehi dari Malaysia akan dijadikan modal kapasiti intelektual untuk menyerang kelompok-kelompok muslim progresif. Kerana sebahagiannya telah terjadi perebutan autoriti di masa lalu. Kalau misalnya Fakhruddin ar-Razi dengan tafsirnya Mafatih al-Ghaibnya, selama ini beliau di kenal sebagai pemikiran liberal, manakala Abu Ishaq al-Shatibi dengan Kitab al-Muwarfaatnya turut dikenali juga sebagai pemikiran liberal. Mereka di dalam jurnal Islamianya menulis hal yang sama menunjukkan betapa konservatifnya orang-orang ini, tidak seperti yang di analisa dan tidak seperti yang di kenali oleh kelompok-kelompok muslim progresif. Jadi berlaku perebutan autoriti di masa lalu. Dan itu sampai sekarang ia masih berlangsung.

Tetapi hairan ya, kalau di Indonesia boleh begitu, mengapa di Malaysia pertarungan wacana tidak berlaku?

Saya kira berbeda dengan di Malaysia. Di Indonesia itu punya pesantren. Kita tahu di pesanteran itu, khazanah pemikiran klasik itu di ajar dengan sangat intensif sekali. Saya berada 12 tahun di pesantren di Jawa Timur. Kerana itu saya tahu persis pertarungan itu. Kitab-kitab klasik di ajar di pesantren tersebut. Dan kelompok-kelompok fundamentalis lemah dari sudut ini, mereka tidak memiliki akses yang memadai kerana tidak punya kecekapan teknis untuk membaca kitab-kitab klasik itu. Mereka hanya kini baru belajar untuk masuk dalam perdebatan klasik. Habis selama ini mereka belum berhasil.

Komen-komen»

1. Soegana Gandakoesoema, Pembaharu Persepsi Tunggal Agama millennium ke-3 masehi. - Mac 17, 2008

Islam Liberal terdukung oleh Al Kahfi (18) ayat 29: Barangsiapa yang ingin beriman silahkan dan yang kafirpun silahkan, bebas memilih.
Akan tetapi satu hal yang paling benar dari Jaringan Islam Liberal adalah sedang berusaha mencari HARI-HARI ALLAH sesuai maksud dari Ibrahim (14) ayat 5 dan Al Jaatsiyah (45) ayat 14 akan tetapi sedang mencari pintalan ayat-ayat pembuka jalannya agar hal-hal itu terungkap semuannya. Sukses Jaringan Islam Liberal.

Wasalam, Soegana Gandakoesoema, Pembaharu Persepsi Tunggal Agama millennium ke-3 masehi.

2. Cepot Gorbachev, Pembau Pepsi Tinggal 3 milli liter Masa-sich. - Julai 7, 2008

Cepot Gorbachev, Pembau Pepsi Tinggal 3 milli liter Masa-sich.
——————————————————————————————————–
Gratis… gratis… gratissss :D
Silahkan berkunjung rame-rame, murah dan meriah di:

Bacaan gratis := http://haniifa.wordpress.com

“@mas Eka main-Catur bari Sila, dengan lawan-tunggal @mba Ika”
Penonton := Gratis… tis !!
Kecuali sambil sbb:
“Minum Pepsi Cola gratis, setelah minum bayar dunk… “

Tersedia ditoko-toko dan kios-kios terdekat :
_____________________________________________
Jl. Carisendiri -C, Bandung-Jakarta-Sumatra
(Bus Trans Sumatra… :D )
Telp. 062-00-007
Fax. 061-00-007
Email. “GUNDUL-GUNDUL PACUL” Susuganan kayak Celengan :D

Cepat-cepat, siapa Cepat baca buku si Cepot siap Copot :D
(Apa nyang dipandu wong… pasang iklan dikoran aja bokek…)
—————————————————————-

PratPretProt,Cepot Gorbachev, Pembau Pepsi Tinggal 3 milli liter Masa-sich.

3. Cepot Gorbachev, Pembau Pepsi Tinggal 3 milli liter Masa-sich. - Julai 7, 2008

Hei… 8) “GUN” and “JIL”…. eh salah… “JIL”-”GUNDUL”

Punten nyah, Kang Cepot Gorbachev hitut tadi…

Perepeetttttt, PROT’s… duh aya bukuran geuning !!! :D

4. Soegana Gandakoesoema, Pembaharu Persepsi Tunggal Agama millennium ke-3 masehi. - Mei 4, 2009

Ujian Islam Liberal Indonesia Pasti, Pasti, Pasti Lulus 100% asalkan tunduk kepada ayat Allah, ayat nabi Muhammad saw. dan ayat Kitab suci-Nya:
Al A’raaf (7) ayat 52,53: Dan sungguh Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (suci dalam kalimat berbahasa Arab yang didalamnya terdapat wujud Al Quran sesuai Al Waaqi’ah (56) ayat 77,78,79 dan Al Baqarah (2) ayat 2, yang wajib ditunggu-tunggu akan tetapi dilupakan oleh umat Islam selama 1.400 tahun lebih yang bentuknya Kitab terbuka (skema) sesuai Al An Aam (6) ayat 7, Al Isro (17) ayat 13,14,71,72 yang isinya Risalah Tuhan sesuai Al A’raaf (7)( ayat 144,145 dan Al Ahzab (33) ayat 38,39,40), kepada mereka yang kami jelaskannya dengan ilmu, menjadi petunjuk dan rahamat bagi kaum yang beriman. Tiadalah yang mereka tunggu-tunggu kecuali hari bukti kebenaran kitab itu, orang-orang yang sebelumnya melupakan itu berkata, “Sungguh telah datang-datang rasul-rasul Tuhan Kami (sesuai Risalah Tuhan) memebawa kebenaran, maka adakah bagi kami penolong-penolong (yang lain datang lagi) lalu memberi pertolongan-pertolongan kepada kami, atau kami wajib dikembalikan kepada nol, lalu kami akan berbuat amal yang lain, selain dari amal yang telah kami amalkan sebalum ini. “Sungguh merekalah merugikan diri mereka sendiri dan telah hilanglah dari mereka apa yang mereka ada-adakan itu (yaitu multi tafsir 15:91 yang seharusnya tafsir tunggal 4:82, maka berlindunglah kepada tafsir tunggal Allah dari multi tafsir setan yang terkutuk 16:98).
Apabila Islam Liberal sampai kepada ilmu ini, maka mereka pasti, pasti, pasti menang 100%.

Salamun ‘alaikum daiman fi yaumiddin, Soegana Gandakoesoema, Pembaharu Persepsi Tunggal Agama millennium ke-3 masehi.
Oleh karebna itu:
Milikilah, bacalah, selidikilah, telitilah, yakinilah sampai imanilah buku panduan terhadap isi kitab-kitab suci agama-agama berjudul:
“BHINNEKA CATUR SILA TUNGGAL IKA”
Penulis: Soegana Gandakoesoema
Penerbit: GOD-A CENTRE
Bonus: “SKEMA TUNGGAL ILMU LADUNI TEMPAT ACUAN AYAT KITAB SUCI TENTANG KESATUAN AGAMA (GLOBALISASI) berukuran 63x 60 cm.

Tersedia ditoko-toko buku distributor tunggal
P.T. BUKU KITA
Telp. 021.78881850
Fax. 021.78881860

.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: