jump to navigation

Kembalikan Acheh Merdeka! November 5, 2005

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Zainal Hassanudin

Sebelum Indonesia merdeka lagi, Acheh memang terkenal gigih melawan penjajah Belanda, walhal pada saat itu Indonesia sudah menyerah kalah. Akibat dari penentangan yang kuat itulah, Belanda telah kalah dalam perlawanannya dengan rakyat Acheh. Kenapa keajaiban ini boleh berlaku? Kerana rakyat Acheh mempunyai ideologi yang jelas, iaitu Islam dan maruah diri!

Sebagai rakyat Malaysia yang berketurunan Acheh, saya menilai masyarakat Acheh muktakhir ini telah banyak yang kehilangan pegangan mereka. Perkara ini terjadi sejak Acheh dimasukkan ke dalam Republik Indonesia. Identiti rakyat Acheh yang kuat mempertahankan ideologi Islam telah mula kelihatan luntur. Akibatnya sekarang, maruah dan martabat bangsa Acheh terus terkikis dan sekarang berada pada tahap yang minimun.

Ketika bangsa Acheh menyedari bahawa ideologinya dihancurkan secara sistematik oleh Indonesia dengan cara menggabungkan Acheh menjadi sebahagian daripada Sumatera Utara. Maka, kenapa bangsa Acheh terus melawan? Jawapannya ialah kerana orang Acheh masih memiliki ideologi Islam di dadanya. Meskipun Acheh telah dijadikan Daerah Istimewa, tetapi penerapan syariat Islam dihambat oleh Indonesia.

Setelah ideologi Islam hilang dan diganti dengan Pancasila maka identiti Acheh telah mula terancam. Lihatlah Acheh sekarang, banyak wanitanya telah diperkosa dan dibunuh oleh pasukan-pasukan penjaga Pancasila yang berideologi Pancasila sejati. Para pemuda Acheh tanpa nyawa terbungkus dalam kuburan yang besar serta ada diantara mayat mereka dilemparkan di pinggir-pinggir jalan dan lembah oleh Tentara Nasional Indonesia (TNI) yang kononnya berjiwa nasionalis sejati.

Sudah cukupkah sampai di situ perlakuan Indonesia terhadap rakyat Acheh? Ternyata sesudah Daerah Operasi Militer (DOM) dihapuskan, masih lagi terjadi perbunuhan besar-besaran seperti yang berlaku di gedung KNPI Acheh Utara. Manakala pembantaian di Idi Cut, jenazahnya yang terkorban pada malam itu juga telah diangkut dengan trak dan dihumbankam ke sungai Arakundou. Susulan di keesokan harinya TNI telah meneruskan pembunuhan beramai-ramai rakyat Acheh sehingga mencapai ratusan orang. Anggapan Indonesia, mereka yang mati itu adalah anggota GAM yang boleh dibunuh sesuka hati mereka.

Hampir setiap hari ada berita pembunuhan tanpa diketahui siapa pembunuhnya. Pembakaran sekolah-sekolah telah mencapai ratusan, ditambah lagi terjadi pelarian mencapai ribuan rakyat Acheh. Semua kejadian itu semakin hari semakin meningkat. Katanya, untuk melindungi rakyat. Kalau kejadian sezalim seperti itu, siapa yang mahu percaya alasan untuk melindungi?

Saya mengaggap diri saya sebagai sebahagian daripada rakyat Acheh. Dan saya sudah mengerti dan muak dengan tindakan Indonesia terhadap rakyat Acheh. Secara perlahan dan berperingkat telah mengikis hasil alam, membunuh dan memperbodohkan rakyat Acheh. Kerana kepentingan inilah, Indonesia tidak mahu menghentikan kekejaman mereka itu. Lambat laun, tidak mustahil rakyat Acheh akan menyerah kalah dan mengakui ketuanan Indonesia.

Saya memohon kepada Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri agar memenuhi permintaan ini; biarkanlah Acheh bebas merdeka, berdikari seperti yang telah dinikmati sebelum dijajah oleh Indonesia. Apatah lagi sebelum ini Indonesia berulang-ulang kali menolak untuk di adakah referendum seperti yang berlaku di Timor Leste. Saya juga ingin melihat dan mendengar reaksi rakyat Indonesia terhadap rintihan murni ini. Semoga rakyat Indonesia sejahtera selamanya sekiranya permintaan ini diterima.

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: