jump to navigation

Pemuda PAS Hilang Rasional Januari 10, 2006

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Harith Ahmad

Antara jentera PAS yang sukar difahami dewasa ini ialah Pemuda PAS pusat. Sikap pragmatis dan tidak berpendirian mereka sukar difahami oleh para penyokong dan orang awam. Kenyataan, pendirian dan juga sikap mereka di dalam menghadapi isu-isu semasa amat rancu dan juga kalut.

Di dalam sesetengah keadaan mereka dilihat seolah-olah terlalu liberal, di sudut yang lain mereka kelihatan amat ekstrim dan radikal. Idealisme perjuangan pemuda PAS yang pernah menjatuhkan Dato Asri Muda pada awal 80’an hanya tinggal sejarah. Pemuda PAS yang wujud kini adalah dari kalangan mereka yang tidak tahu ke mana arah perjuangannya.

Antara sikap mereka yang sukar difahami ialah sikap mereka ketika menyikapi isu artis dan juga kesenian. Di Taman Melewar, pemuda PAS pusat pernah menganjurkan konsert yang mengundang Ito Blues Gang dan lain-lain artis untuk menjayakan “malam kesenian Islam” mereka. Di dalam waktu yang sama, mereka juga menentang Jom Heboh yang juga disertai oleh Ito dan Blues Gang.

Ketika Mawi dijemput oleh Menteri Besar Kelantan, mereka menyokong. Ketika Menteri Besar Kelantan membuat beberapa kenyataan kontreversi juga mereka turut menyokong dan membela. Pendirian mereka yang paling memalukan juga apabila mereka mengucapkan tahniah buat Zinadine Zidane lewat Piala Dunia 2006 yang lalu. Pemain bola sepak yang pernah membuat pengakuan bahawa beliau bukanlah “practising muslim” itu disanjung oleh pemuda PAS pusat.

Di sebalik sikap liberal itu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenyataan-kenyataan para pemimpin pemuda yang berbau taksub dan radikal. Di dalam satu waktu mereka menentang IFC dan kumpulan Artikel 11, mereka juga menghentam Pemuda UMNO yang menimbulkan isu tersebut lewat perhimpunan agong Pemuda 2006. Idris Ahmad, merangkap timbalan ketua Pemuda PAS pusat dengan lantang telah menggelar pemimpin pemuda UMNO sebagai munafik, kepala munafikin dan juga agen asing. Perhimpunan Pemuda UMNO yang telah bertukar menjadi perhimpunan pemuda PAS ketika membincangkan isu IFC dan Artikel 11 langsung tidak mendapat penghargaan pemuda PAS pusat.

Seperkara yang menarik, mereka (PAS) pernah bersepakat dengan pemuda UMNO mengenai isu tersebut. Malangnya, usaha pemuda UMNO telah dibalas dengan label “munafik” oleh ulama muda merangkap timbalan ketua pemuda PAS pusat.

Mutakhir ini pemuda PAS pusat sekali lagi memeranjatkan rakyat Malaysia dengan dea kenyataan mereka yang menghentam “Mufti” Perlis. Kenyataan pertama dikeluarkan oleh Idris Ahmad mewakili pemuda PAS pusat, manakala kenyataan kedua dibuat oleh lajnah tarbiyah Pemuda PAS pusat. Slogan kepimpinan ulama dan juga sikap menghormati para ulama seperti yang biasa mereka laungkan bagaikan hilang. Hanya kerana mufti tersebut bukan orang PAS dan juga tidak membuat kenyataan-kenyataan yang dapat membantu politik PAS, maka beliau telah dihentam dan dikecam hebat oleh pemuda PAS sebanyak dua kali. Jikalaulah mufti berkenaan orang PAS, mungkin jika beliau mengatakan Tuhan itu samseng dan juga harus berkawan dengan Syaitan pun akan mendapat sokongan dari pemuda PAS pusat.

Kegagalan pemuda PAS memahami kenyataan mufti tersebut yang menyuruh pegawai penguatkuasa menghentikan Mengendap atau mengintip (snooping) telah menyebabkan mereka membuat tuli membuat kecaman. Sikap sembrono pemuda PAS yang mengatakan mufti berkenaan menyuruh menghentikan “nahi munkar” adalah sesuatu yang memalukan pemuda PAS.

Sepatutnya mereka membuat lawatan untuk berbincang dengan mufti berkenaan dahulu sebelum membuat apa-apa kecaman dan hentaman. Bukankah seorang ulama itu ada kedudukannya? Mengapakah pemuda PAS tidak bersikap hormat dan beradab dengan seorang mufti. Jawapannya mudah sahaja, kerana mufti tersebut bukan orang PAS dan beliau tidak membuat apa-apa kenyataan yang boleh memberikan kemenangan politik kepada pihak PAS. Sudah sampai waktunya pemuda PAS membuat koreksi dan muhasabah. Apakah kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan menepati strategi perjuangan, ataupun ianya hanya berdasarkan reaksi dan emosi. Di zaman PAS sudah tidak menerima sokongan masyarakat lagi, sewajarnya pemuda PAS lebih bersikap berhati-hati. Sikap teliti dan membuat kajian sebelum mengeluarkan apa-apa pendirian dan kenyataan mungkin boleh membantu pemuda PAS pusat.

Pemuda PAS harus banyak meletakkan rasional di dalam tindakan mereka. Jangkan hanya kerana kegilaan seorang dua pemimpin mereka, imej keseluruhan pemuda, malah imej PAS itu sendiri akan tercalar dan rosak.

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: