jump to navigation

Pemuda PAS Iktiraf Malaysia Negara Islam Januari 15, 2006

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Harith Ahmad

Parti PAS sememangnya sudah hilang panduan. Sering berlaku pertentangan di antara apa yang mereka laungkan dengan apa yang mereka amalkan. Mutakhir ini satu kejutan telah dilakukan oleh Pemuda PAS pusat.

Lajnah Tarbiyah Pemuda PAS pusat melalui pengerusinya, Nasrudin Hj Hassan telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam selari dengan doktrin negara Islam yang telah dibawa oleh al-Mawardi di dalam karya agungnya al-Ahkam al-Sultaniyyah. Sebelum beliau, Timbalan Ketua Pemuda PAS pusat telah menyatakan perkara yang hampir sama.

Di dalam lidah rasmi PAS, akhbar Harakah bertarikh 16-31 Januari 2007, muka surat empat dan lima sisipan Fikrah Harakah, Nasrudin dengan panjang lebar telah menyatakan hal tersebut. Di dalam keghairahan beliau menyanggah pandangan mufti Perlis mengenai penangkapan khalwat, beliau telah mengiktiraf pemerintahan Islam yang telah dilaksanakan di Malaysia. Hal ini amat bertentangan dengan kedegilan Dewan Ulama PAS yang menafikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam lewat dokumen Negara Islam yang telah mereka keluarkan pada tahun 2004 yang lalu.

Ketika menjustifikasikan operasi mengintip para penguatkuasa jabatan-jabatan agama, beliau telah mengiktiraf badan-badan tersebut sebagai institusi Hisbah. Menurut beliau ketika menyokong tindakan mengendap para pegawai penguatkuasa jabatan agama: “Tugas ini menepati peranan Hisbah yang telah lama dihuraikan oleh ulama-ulama Islam dalam kitab-kitab karangan mereka. Malah menurut ulama, perana Hisbah ini adalah salah satu cabang tugas atau tanggungjawab yang wajib dilaksanakan dalam sebuah pemerintahan Islam”. (Fikrah Harakah, 16-31 Januari 2007, m.s. 4)

Jelas di sini beliau mengiktiraf kerajaan Malaysia sebagai sebuah pemerintahan Islam dan melaksanakan undang-undang Islam di dalam perlaksaan Hisbah. Perkara ini disokong lagi di dalam kenyataan beliau di muka surat lima akhbar yang sama, katanya: “Dalam sistem Pemerintahan Islam terdapat satu jawatan khusus yang dinamakan al-Hisbah. Orang yang menjawatnya dinamakan Muhtasib…” (Fikrah Harakah, 16-31 Januari 2007, m.s. 5)

Selain daripada merujuk kepada buku al-Ahkam al-Sultaniyyah karya al-Mawardi, beliau juga telah merujuk kepada buku Abdul Karim Zaidan yang bertajuk Usul al-Dakwah. Kenyataan berani Nasrudin di dalam lidah rasmi PAS ini patut diberikan pujian. Beliau telah berjaya mendedahkan kelemahan para pemimpin PAS terdahulu dan juga Dewan Ulama PAS yang terlepas pandang kepada fakta yang beliau bawa. Secara sinisnya, beliau seakan-akan ingin memberikan teguran kepada para pimpinan PAS yang lain supaya merujuk kepada karya-karya ilmiah ulama terdahulu di dalam membuat pendirian. Kemungkinan inilah trend baru dan trend refomasi yang ingin dibawa oleh para pemuda PAS untuk merubah pemikiran lama di dalam PAS.

Jika dilihat, tiada kepentingannya untuk pemuda PAS mempertahankan tindakan mengendap para pegawai penguatkuasa jabatan agama. Tugas tersebut bukannya tugas pemuda PAS, dan mereka pun tiada kena mengena dengan apa yang diperkatakan oleh mufti Perlis itu. Ternyata, Nasrudin telah menggunakan kesempatan ini untuk memberikan satu tamparan kepada para pimpinan PAS dan juga Dewan Ulama PAS yang masih lagi bersikap jumud.

Sewajarnya para pimpinan PAS dan juga Dewan Ulama mereka mula mendengar suara perubahan di kalangan pemuda. Sudah sampai waktunya mereka juga mengiktiraf bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam berteraskan Syariat Islam seperti yang telah dinyatakan oleh Nasrudin. Negara Islam Malaysia ini juga turut disokong oleh al-Mawardi.

Apakah para pimpinan PAS takut kehilangan modal politik? Apakah lebih penting sekarang ini, kebenaran ataupun modal politik? Kita berharap agar Nasrudin dan rakan-rakannya dapat menerangkan perkara tersebut kepada para pimpinan mereka agar lebih terbuka fikiran!

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: