jump to navigation

Hiduplah Sebagai Syuhada ‘alan Naas Februari 5, 2006

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Al-Fajar

Dalam menghadapi masa sekarang, tidak cukup kita hanya menonjol-nonjolkan mana yang haram dan mana yang halal, mana yang batil dan mana yang hak. Sebaliknya, kita hendaknya pandai pula menunjukkan dengan bukti mana yang hak dan mana yang bathil itu, dengan amal perbuatan yang nyata, yang dapat dilihat oleh mereka yang meragukannya.

Dunia kita sekarang penuh dengan persoalan-persoalan yang meminta penyelesaian. Setiap penyelesaian meminta fikiran, di mana tiap-tiap aliran menpunyai tujuannya masing-masing. Berkenaan dengan itulah, maka kita jangan membatasi diri dengan hanya menonjolkan yang tidak baik saja, tetapi harus pandai dan berani juga menunjukkan jalan yang mana harus ditempuh.

Umat Islam harus insaf kembali, bahawa mereka mempunyai risalah yang semenjak berabad-abad belakangan ini telah dikesampingkan. Adapun yang menyebabkannya ialah dikeranakan mereka telah menjadi makanan bangsa-bangsa lain, disebabkan telah lupa harga diri dan kemudian memiliki sifat penakut dan kikir.

Dalam arus globalisasi sekarang ini, setiap muslim mesti memasuki gelanggang masyarakat kembali, bukan menjauhkan diri, agar dapat merubah mana yang tidak baik dalam masyarakat tersebut. Di dalam dan di tengah-tengah masyarakat yang sakit dan bobrok itulah, kita mesti berdiri—syuhada ‘alan naas—menjadi saksi atas kebajikan sesuatu di depan manusia umum, mempertahankan pendirian dengan jihad yang teguh.

Dengan demikian barulah hidup ini ada nilai, yakni hidup yang memberi kehidupan kepada insaniyyah yang sesungguhnya.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: