jump to navigation

Cinta Selepas Valentine Februari 26, 2006

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Khalid Jaafar

God is our professor and love is our academy.”

Let us love, and be loved.” Itulah lagu cinta dari sang penyair Anatolia kurun ke-13, Yunus Emre. Saya berharap dapat menterjemahkan ke Melayu. Tetapi ia telah diterjemahkan dari bahasa Turki ke Inggeris. Kalau diterjemahkan ke Melayu pula dari Inggeris akan lagi pudar makna dan keindahannya. Mungkin akan ada kawan-kawan yang belajar bahasa Turki untuk memindahkan keindahan dan kedalaman isi puisi Yunus terus ke Melayu.

Yunus adalah seorang sufi yang karam dalam cinta, berkelana dengan pakaian robek.

I’m Yunus, mystic of sorrow.
Suffering wounds from top to toe,
In the Friend’s hands I writhe in woe,
Come see what love has done to me.

Yunus hanya menyanyikan suara hatinya. Tetapi suara hatinya menjadikan penyair itu suara bangsanya. Puisinya mewarnai bahasa Turki dan mencorakkan kebudayaan bangsa tersebut. Maka beratus-ratus perkampongan Anatolia mendakwa Yunus adalah putera mereka. Tidak kurang tempat yang mendakwa sebagai kubur penyair itu disemadikan.

Dia mengangkat loghat petani Anatolia untuk menjadi bahasa yang membicarakan falsafah dan metafizik. Dan falsafah cintanya merentasi batas-batas kampong dan bahasa. Maka Yunus menjadi manusia cinta sejagat. Justeru itu dalam tahun UNESCO menjadikan 1991 sebagai “Tahun Antarabangsa Yunus Emre.”

Bahawa Yunus menganuti faham Wahdatul Wujud amat jelas dalam puisi-puisinya.

God permeates the whole wide world,
Yet his truth is revealed to none.
You better seek Him in yourself,
You and He aren’t apart – you’re one.

Perdebatan tentang Wahdatul Wujud amat sengit dalam sejarah Islam. Ia juga memakan korban seperti al-Hallaj, ‘Ain Qudhat al-Hamdani dan Sheikh Siti Jenar. Tetapi bagi Yunus Wahdatul Wujud bukan doktrin falsafah. Ia adalah pengalaman kerohanian. Kata Yunus: “Filasuf menulis buku, dengan dakwat hitam dikertas putih, aku memahat bab-bab buku suciku, di dalam hati pencinta sejati.”

Metafizik yang diutarakan oleh Yunus boleh kita perolehi di kalangan pemuka-pemuka tasauf yang lain. Di sini Yunus tidak boleh mengatasi Ibn Arabi. Dalam metafizik Ibn Arabi adalah sebaris dengan Plotinus, Shankaracharya dan Miester Eckhart. Yunus dalam tradisi mahabbah, mendekati Hakikat melalui jalan cinta. Ini juga aliran Jalaluddin Rumi. Ibn Arabi adalah dalam alirah makrifah, mendekati Hakikat melalui jalan ilmu.

Tetapi Yunus membawa pesan yang mendesak untuk kita hari ini. Dalam dunia yang sarat dengan kebencian, kebencian agama, kaum dan sebagainya, penyair ini mengajar kita: “Mari kemari, kita berdamai, jangan kita jadi orang asing antara satu dengan lain.”

Yunus mengajar kita jangan membenci “orang lain”. Kita harus membenci kebencian itu sendiri.

Mystic is what they call me.
Hate is my only enemy;
I harbor a grudge against none.
To me the whole wide world is one.

Cinta, apa jua bentuknya, adalah percikan kepada cinta sejati.

Nota: Khalid Jaafar adalah penulis “Tumit Achilles”, satu kumpulan esei tentang politik, agama dan kebudayaan. Fragmen tulisan-tulisan terbaharunya terdapat di dalam http://www.khalidjaafar.blogspot.com.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: