jump to navigation

Menilai kembali Hari Pekerja Mac 7, 2006

Posted by ummahonline in Intifadha.
trackback

Oleh: Maszlee Malik1 Mei 2004 merupakan hari yang amat bermakna bagi para pekerja di Malaysia. Bukan hanya sekadar hari itu merupakan cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia, lebih daripada itu ianya merupakan satu pengiktirafan kepada para pekerja di seluruh Negara. Bagi Malaysia, ini merupakan kali ke 32 ia merayakan hari tersebut secara rasmi di peringkat kebangsaan. Kali pertama 1 Mei diiktiraf sebagai hari pekerja sekaligus merupakan cuti umum di seluruh Malaysia adalah pada tahun 1972. Langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia itu sebenarnya adalah hasil perjuangan kesatuan – kesatuan pekerja di Malaysia semenjak tahun 1960, bilamana buat pertama kali Kesatuan Kebangsaan Pekerja – Pekerja Kilang dan Am telah membawa usul untuk 1 Mei diiktiraf sebagai cuti umum ke dewan rakyat.

Tindakan Malaysia menjadikan 1 Mei sebagai “Hari Pekerja” sebenarnya selaras dengan keputusan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang telah menjadikan hari tersebut sebagai “Hari Pekerja” dan juga cuti umum di seluruh dunia. Ianya bermula pada tahun 1884 di Amerika Syarikat, bilamana Persekutuan Kesatuan Buruh dan Pekerja Berkesatuan meluluskan resolusi yang menggariskan kerja lapan jam sehari yang sah mulai 1 Mei 1886. Ianya adalah hasil tidak balas dari kerakusan para majikan dan pemodal (kapitalis) yang telah memerah dan menyalah gunakan para pekerja di seluruh dunia lewat Revolusi Perindustrian yang meletus di negara – negara maju. Resolusi yang diusulkan itu juga menggesa diadakan mogok umum untuk mencapai matlamat memandangkan pendekatan perundangan menemui kegagalan.

Walaubagaimanapun tidak semua negara menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei. Pada peringkat permulaannya, hanya negara – negara berfahaman Komunis sahaja yang menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei, manakala yang bukan Komunis menyambutnya pada hari yang lain, namun pada akhirnya, majoriti negara – negara di dunia mengiktiraf 1 Mei sebagai “Hari Pekerja” kecuali Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa negara yang lain. Persoalannya di sini ialah, bagaimanakah islam melihat “hari Pekerja” dan bagaimanakah respon seorang muslim kepada “Hari Pekerja” dan apakah ertinya ia bagi mereka?

Jika dilihat sejarah asal – usul kemunculan “Hari Pekerja” yang lebih merupakan hasil perjuangan para pekerja menentang ketidak adilan para majikan dan pemodal, ianya amatlah bertepatan dengan ruh islam yang cintakan kedamaian dan kesaksamaan. Allah S.W.T telah berfirman : “Dan jika kamu berhukum , hendaklah kamu berhukum dengan adil” (surah al-Nisaa : 58), Rasulullah S.A.W juga telah menegaskan “Allah S.W.T telah menetapkan ihsan ke atas segala sesuatu…” (H.R al-Bukhari) . Kedua – dua dalil di atas dengan tidak langsung telah menggariskan dua panduan kasar untuk setiap manusia untuk bertindak dalam hidup mereka, iaitu dengan “Adil” dan “Ihsan”.

Maka dalam kerangka hubungan majikan dan pekerja, dua aspek ini hendaklah sentiasa dijadikan sebagai panduan para majikan di dalam menggunakan khidmat para pekerja mereka. Islam juga melihat hubungan di antara pekerja dan majikan sebagai suatu bentuk perjanjian atau aqad (kontrak). Umat islam wajib menunaikan janji mereka, dan juga menepati aqad (kontrak) yang mereka meterai (Wahai orang – orang yang beriman, tunaikanlah aqad – aqad (kontrak) kamu ( al-Maidah : ayat 1). Oleh itu baik dipihak majikan, mahupun di pihak pekerja, kontrak pekerjaan adalah suatu kewajipan untuk dipenuhi, barangsiapa yang mengingkarinya maka mereka telah melakukan dosa di sisi syarak.

Di atas dasar inilah, kita tidak pernah terjumpa, atau membaca di dalam lembaran sejarah islam di zaman kegemilangan mereka berlakunya rusuhan pekerja, penindasan ke atas pekerja dan juga pelbagai masaalah yang timbul seperti di barat pada zaman ini. Jika berlaku rusuhan pun seperti di era pemberontakan al-Qaramitah oleh golongan kulit hitam, bukan kerana faktor ekonomi ataupun faktor hubungan keruh majikan – pekerja, tetapi lebih didorongi oleh faktor politik dan agama. Oleh itu terjawablah soalan yang mungkin timbul di benak pemikiran kebanyakan orang mengapa tiada istilah “Hari Pekerja” di dalam islam, dan mengapa ianya bermula di barat. Jelas juga kepada kita bahawa sikap rakus dan zalim para majikan dan para pemodallah yang membawa kepada tercetusnya “Hari Pekerja”. Persoalannya adakah islam melarang pula kita menyambut “Hari Pekerja” memandangkan ianya tiada hubung kait dari segi sejarahnya dengan umat islam ?, ataupun islam tidak pula mempunyai sebarang urusan dengan “Hari Pekerja”?

Jawapannya akan segera terjawab jika kita kembali kepada tiga asas utama hubungan pekerja – majikan seperti yang telah diterangkan awal – awal tadi, keadilan, ihsan dan juga amanah. “Hari Pekerja” jika dilihat dari falsafahnya, menuntut ketiga – ketiga unsur yang telah disebutkan, dan islam pula sedari awal telah memperjuangkannya. Jika ditinjau dari aspek ini, tiadalah apa – apa kesalahan bagi umat islam untuk merayakan “Hari Pekerja” sekaligus menghargai dan memperingati jasa para pekerja di seluruh dunia. Walaupun begitu sebagai umat islam, baik pekerja mahupun majikan, mereka terikat dengan beberapa norma dan juga adab – adab syarak dalam menjamin keharmonian hubungan yang wujud itu. Adab – adab ini mengikat kedua – dua pihak agar terus beriltizam dengan hukum syarak dan etika supaya mereka bukan hanya sekadar menjadi pekerja atau majikan yang baik, malah yang diredhai Allah.

Yang paling utama bagi para pekerja muslim, mereka hendaklah hanya melakukan pekerjaan yang halal sahaja. Sebarang pekerjaan yang haram dan syubhat, samada secara langsung ataupun tidak wajiblah dijauhi. Sebagai umat islam dan umat Rasulullah S.A.W , para pekerja hendaklah berhati – hati dalam perkara yang melibatkan rezeki mereka, ini kerana sesuap harta yang haram yang masuk ke dalam rongga anak adam, hanya neraka sahajalah tempat yang layak baginya. Oleh itu para pekerja muslim hendaklah menjauhi kerja – kerja yang terlibat dengan judi, arak, pelacuran, perjudian, riba, penipuan dan segala macam pekerjaan yang hanya akan menjerumuskan mereka kepada kemurkaan Allah S.W.T. Merujuk kepada kes ini, Allah S.W.T telah berfirman : “Wahai orang – orang yang beriman, makanlah dari segala yang baik (halal) yang telah kami berikan kepada kamu” (surah al-Baqarah: ayat 172).

Bagi para pekerja muslim juga, mereka hendaklah menjalankan kerja – kerja mereka dengan penuh professional, tekun dan juga mengusai kerja – kerja mereka. Ini selaras dengan anjuran Rasulullah S.A.W : “Allah S.W.T sangat sukakan seorang hambanya yang melaksanakan kerjanya dengan professional (tekun)” (H.R al-Baihaqi). Mereka juga perlu ingat, kerja – kerja yang mereka lakukan adalah ibadat, dan ianya perlu dilakukan secara bersungguh – sungguh agar ibadat mereka benar – benar diterima oleh Allah S.W.T. Oleh itu perbuatan menipu, curi tulang, pecah amanah, malas, kerja sambil lewa dan pelbagai sifat negatif lain tidak patut timbul di dalam kamus hidup seorang pekerja yang beragama islam.

Ini selaras dengan hadith Rasulullah S.A.W : “Barangsiapa yang menipu bukanlah dari kalanganku(orang islam) (H.R Muslim)”. Sayangnya, jika kita lihat hari ini, kebanyakan para pekerja muslim, terutamanya di kalangan mereka yang bukan pekerja professional amat kurang mengamalkan sifat seumpama ini. Pelbagai istilah timbul hasil dari kemalasan dan juga ketidak jujuran para pekerja muslim kita di Malaysia seperti “mengular”, “pergi minum”, “curi tulang” dan lain – lain lagi. Perkara yang sama juga yang perlu dijauhi ialah penyalah gunaan harta benda dan wang majikan. Kadang – kadang ramai di antara para pekerja yang menyalahgunakan harta benda syarikat ataupun organisasi mereka untuk kepentingan diri mereka sendiri. Contohnya membuat tuntutan perjalanan yang lebih, membuat tuntutan perbelanjaan yang palsu, menggunakan komputer dan waktu kerja untuk melihat perkara – perkara yang haram dan tiada kaitan dengan pekerjaan, menggunakan kenderaan syarikat untuk kegunaan peribadi, menggunakan telefon pejabat untuk tujuan peribadi, malah kadang – kadang menggunakan waktu pejabat untuk berniaga dan melakukan kerja – kerja yang tiada langsung kaitan dengan pekerjaannya.

Sikap sebegini adalah sikap tidak amanah dan juga mengkhianati amanah yang telah diberikan. Allah S.W.T telah berfirman: “Wahai orang – orang yang beriman, tunaikanlah amanah kepada ahali – ahlinya” (Surah al-Nisaa: ayat 58) . Rasulullah S.A.W juga mengkategorikan sikap tidak amanah ini sebagai salah satu daripada ciri – ciri golongan munafik. Sikap seumpama ini juga bukan sahaja memberikan kesan buruk terhadap diri para pekerja itu sendiri, malah kepada imej umat islam dan juga kepada pembangunan negara.

Selain daripada itu para pekerja muslim hendaklah setia kepada majikan, syarikat atau organisasi yang mereka bekerja dengannya selagimana mereka tidak menyuruhnya melakukan perkara – perkara yang haram. Segala kerja – kerjanya, usahanya adalah bertujuan untuk bersama memajukan majikannya, kerana untuk tujuan itulah dia telah diambil bekerja. Segala rahsia dan strategi syarikat, selagimana ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak hendaklah dijaga dan dipelihara. Walaubagaimanapun kesetiaan ini tidaklah sampai mereka mendahulukan majikan mereka ke atas perintah tuhan. Janganlah kerana taat dan patuh kepada majikan , maka seseorang pekerja muslim itu terpaksa menanggalkan tudung mereka, berpakaian seksi, meninggalkan solat, terlibat dengan perkara – perkara maksiat dan dosa. Mereka perlu ingat pesanan Rasulullah S.A.W : “Tidak wajib taat kepada makhluk dalam perkara yang dilarang oleh al-Khaliq (Allah)” (H.R al-Bukhari dan Muslim).

Bagi pihak majikan muslim pula, mereka juga mempunyai adab – adab dan etika yang perlu mereka patuhi agar mereka menjadi majikan muslim yang diredhai oleh Allah. Yang paling utama sekali ialah berkaitan dengan gaji atau upah. Upah dan gaji hendaklah dibayar pada waktunya, kerana ia adalah kewajipan para majikan terhadap para pekerja setelah mereka menjalankan kewajipan mereka terhadap majikan, iaitu bekerja. Sikap melewat – lewatkan bayaran gaji atau upah pekerja merupakan sesuatu yang dilarang oleh islam. Perintah Rasulullah S.A.W : “Bayarlah upah pekerja kamu sebelum kering peluh mereka” (H.R Ibnu Majah). Sistem pemberian gaji secara bulanan amatlah bertentangan dengan makna hadith ini. Mengapa para majikan muslim tidak cuba mempraktikkan sistem pembayaran gaji seperti yang dijalankan di sesetengah Negara – negara maju yang membayar pekerja – pekerja mereka dalam tempoh dwi mingguan.

Selain daripada menggurangkan bebanan para pekerja, ianya secara tidak langsung membantu mereka untuk tidak bersikap boros dan kering pada pertengahan bulan seperti adatnya para pekerja di Malaysia. Antara perkara yang penting berkaitan upah dan gaji juga ialah gaji dan upah tersebut hendaklah setimpal dengan kerja yang dilakukan. Had minima gaji buruh dan petugas am seperti yang pernah dicadangkan oleh sesetengah pihak di Malaysia suatu waktu dulu adalah satu cadangan yang amat baik. Pembayaran gaji yang tidak setimpal dengan tugas pekerja merupakan satu bentuk kezaliman yang amat – amat dilarang di dalam islam. Amat menyedihkan jika kita lihat gaji yang kecil yang dibayar kepada pekerja buruh dan profesion yang melibatkan bidang perusahaan dan juga kemahiran mudah. Perkara seumpama ini hanya akan menimbulkan masaalah sosial dan krisis di dalam masyarakat!, mana tidaknya, bila gaji yang diterima adalah kecil setiap pekerja akan bekerja lebih untuk mendapatkab gaji yang dapat menampung kehidupan mereka. Bila mereka bekerja lebih, sudah tentu waktu bersama keluarga dan anak – anak akan berkurangan. Maka timbullah masaalah sosial di kalangan anak – anak kerana kurangnya perhatian dan bimbingan ibu bapa. Bagi yang tidak mempunyai maruah dan harga diri pula akan melakukan aktiviti mencuri, membohong, meminjam duit dan juga pelbagai cara lain untuk menampung kehidupan mereka. Ini semua timbul kerana upah dan gaji yang sedikit yang diberikan kepada para pekerja. Di pihak majikan pula, yang kaya bertambah kaya, dan yang mewah bertambah mewah.

Para majikan muslim juga

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: