jump to navigation

Helman Sanuddin: Pendekatan Gerakan Mahasiswa Berbeza Dengan Parti Politik Mac 8, 2006

Posted by ummahonline in Wawancara.
trackback

Oleh: Aqil Fithri

Di kalangan ISA7, terdapat seorang mahasiswa dari UiTM Shah Alam. Beliau bersama-sama dengan enam temannya, telah didakwa kerana menyertai demostrasi dalam bantahan ISA di Masjid Negara pada 8 Jun 2001, iaitu hampir lima tahun yang lalu. Dengan hujah kononnya demostrasi itu haram, maka sampai kini, Helman Sanuddin telah dinafikan hak pendidikannya di UiTM.

Justeru, wawancara bersama beliau ini, yang di asalnya dimuatkan dalam ForumNet (II), telah diterbitkan kembali dengan melampirkan beberapa baki persoalan yang belum pernah tersiar dalam mana-mana media sekalipun. Justeru, untuk anda meneliti minda anak muda ini, serta bagaimana sisi lihatnya terhadap gerakan mahasiswa, maka bahan ini memang boleh memenuhi maksud itu.

Boleh anda berkongsi pengalaman/penglibatan anda dalam gerakan mahasiswa? Dari pengalaman anda, apakah cabaran terbesar yang dihadapi oleh gerakan mahasiswa untuk bergelar sebagai jurubicara rakyat?

Ketika mula � mula masuk ITM (Sekarang UiTM) pada tahun 1998, saya benar � benar belum memahami apakah peranan besar Mahasiswa terhadap masyarakat. Masih teringat lagi, ketika baru sebulan mengaji di semester satu saya diminta untuk bersama teman lain memimpin �kempen Memboikot Program Induksi� yang dikendalikan oleh Persatuan Fakulti Pengajian Maklumat yang diterajui oleh pelajar Senior.

Alasannya amat mudah, mahasiswa bukanlah seperti budak sekolah yang boleh diperbodohkan dan dibuli. Arahan untuk mengantung Name Tag sebesar kertas A4 setiap kali pergi kuliah selama seminggu adalah satu arahan yang sukar diterima akal dan tidak menunjukan imej seorang mahasiswa. Keengganan pelajar senior untuk bertolak ansur memaksa pelajar junior memboikot program Induksi. Kenangan itu sebenarnya telah menyedarkan saya, bahawa ketika itu kami bukan lagi budak � budak kecil. Kami sebagai mahasiswa harus bangkit untuk belajar menjadi lebih dewasa dan saling bantu – membantu.

Ketika disemester 2, saya dicadangkan oleh Classmate untuk bertanding dalam Pilihanraya JPPUiTM. Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk saya menjawat jawatan SU Agung JPPUiTM yang ketika itu diketuai oleh Sdr. Khairul Rizal Arshad.

Sepanjang perkenalan bersama � sama dengan teman � teman JPP saya berpeluang belajar menghadapi banyak perkara seperti urusan � urusan rasmi, protokol program, surat, hubungan luar dan dalam kampus serta melakukan pelbagai program.

Saya berkesempatan menemui teman � teman mahasiswa dari kampus lain dan berkongsi isu serta maklumat. Idealisme gerakan mahasiswa dicanai bersama dan pada ketika itu Mahasiswa berani keluar untuk berdemo bagi membantah dasar � dasar kerajaan yang bertentangan dengan kehendak masyarakat, seperti membenarkan Ahli sukan Israel memasuki negara.

Kami juga berpeluang untuk menemui pimpinan tertinggi Negara seperti Tun Mahathir dan YB Najib bagi menyatakan pandangan mahasiswa. Kami juga berkesempatan untuk membuat referendum membantah pembinaan kompleks Gereja Terbesar di Malaysia yang ketika itu dicadangkan pembinaannya di dalam kawasan Bandaraya Shah Alam yang dihuni hampir 80% umat Islam.

Saya akui bahawa, suasana dan cabaran dahulu sedikit berbeza dengan sekarang. Mahasiswa masa kini ditekan oleh Universiti yang kini banyak bermain politik dari menguruskan kebajikan mahasiswa. Pentadbiran Universiti dilihat tidak bebas dan mereka juga cuba memasukkan mahasiswa dalam sangkar mereka. Mereka bermain politik dan mahasiswalah bahan pertaruhan mereka.

Walaubagaimana pun, dari dahulu hingga kini saya melihat bahawa cabaran terbesar Mahasiswa untuk menjadi jurubicara rakyat adalah diri sendiri. Selagi kita tidak merubah persepsi kita terhadap masyarakat, maka selagi itulah kita akan menjadi kumpulan bisu dan pekak. Mahasiswa harus menerima hakikat bahawa mereka juga sebahagian ahli masyarakat, masalah dalam masyarakat adalah masalah mereka jua. Jika ada kebersamaan sebegini, pastinya mahasiswa boleh mengunakan akal yang diberikan Allah untuk keluar berbakti pada masyarakat.

Mentaliti mahasiswa yang membuat garis pemisah dalam pikiran mereka terhadap tanggungjawab sosial perlulah dipadamkan agar tiada lagi yang menghalang mereka untuk keluar.

Mahasiswa perlu peka terhadap isu semasa kerana itulah cabaran harian mereka. Mahasiswa juga harus belajar menjadi dewasa dan matang. Cabaran yang melemahkan mahasiswa masa kini lebih dilihat pada tekanan AUKU yang mana kebanyakan mahasiswa sendiri tidak memahami apakah yang terkandung dalam Akta itu secara terperinci. Justeru itu halangan kecil sebegini harus dihadapi dengan membanyakkan bacaan dan perkongsian idea. Pemikiran Mahasiswa perlu bersifat multi-dimentional, fleksibel dan realistik. Akar idealisme perlu dikembangkan dengan menyesuaikannya dengan realiti semasa.

Kebanyakkan mahasiswa hari ini terlalu idealistik dalam membawa apa jua isu dan tidak mendalami jalan penyelesaian terhadap sesuatu perkara. Mereka terkurung dikampus sendiri. Perhubungan mahasiswa inter-campus juga terlalu pendek dan ianya seharusnya dibuka kepada sebuah networking yang lebih luas dengan mewujudkan kesinambungan perjuangan yang lebih utuh bersama rakan mahasiswa dari dalam dan luar Negara.

Secara ringkasnya, selesaikan dulu persepsi mahasiswa terhadap dunia yang dilihat, bukalah mata, ketahuilah bahawa dunia ini luas, banyak lagi yang kita belum ketahui. Belajarlah mengenali dunia, dan berusahalah untuk membantu orang lain seikhlas hati. Ingatlah, jauh dihadapan kita telah tersedia sebuah tempat bernama kejayaan�..kejayaan untuk mereka yang berani untuk menghadapi segala kesukaran hidup. Hidup umpama roda, jadi gunakan peluang ketika kita diatas untuk memberikan cahaya kepada orang yang dibawah.

Secara jujur, apa komentar anda terhadap gerakan mahasiswa Malaysia hari ini? Membanggakan atau memalukan?

Gaya pemikiran kebanyakan mahasiswa hari ini tidaklah sematang golongan mahasiswa di abad yang lalu. Mahasiswa hari ini telah banyak ditekankan dengan program akademik yang mendesak mereka menumpukan kepada pengajian. Sistem semester yang diamalkan tidak membuka ruang kepada mahasiswa bagi memahami persekitaran masyarakat diluar pagar universiti mereka. Waktu cuti dibazirkan dengan bersantai dikampung halaman atau melakukan aktiviti dalam kelompok tertentu sahaja.

Mereka sibuk mengejar sijil � sijil Diploma, Ijazah, Master dan Phd yang hakikatnya kini semakin kehilangan nilai tambah ekoran sikap mereka yang tidak mahu mengambil kisah terhadap apa yang berlaku dalam masyarakat diluar kampus. Retorika ilmiah yang mereka pelajari tidak sama dengan realiti sebenar, kenyataan inilah yang menyebabkan mahasiswa hari ini gagal memasarkan diri mereka didalam masyarakat.

Masyarakat sukar menerima mahasiswa yang angkuh, menguncikan diri mereka dibalik gahnya pintu gerbang kampus universiti. Justeru itu, bila mahasiswa keluar untuk hidup dengan masyarakat, mereka seperti rusa masuk kampung yang tidak tahu membiasakan diri.

Masa lapang mahasiswa masa kini lebih banyak dihabis dihadapan TV bagi menonton pelbagai rancangan hiburan dan gossip. Ruang internet yang ada pula dibazirkan dengan chit chat kosong dengan menjadikan budaya couple melalui alam cyber sebagai agenda utama. Teknologi SMS dan telefon bimbit menguasai masa mahasiswa dan mereka lebih banyak menghabiskan duit pinjaman untuk itu.

Keadaan � keadaan ini menyebabkan gerakan mahasiswa terpinggir dari masyarakat dan dilihat kurang bermaya. Gerakan mahasiswa semakin hambar. Keyakinan masyarakat terhadap mahasiswa kian pudar dan ikon kepimpinan mahasiswa tidak lagi kelihatan dipentas masyarakat sebagai golongan pembela warga rakyat.

Oleh itu, mahasiswa harus keluar dari zon selesa ini untuk menyahut cabaran. Jika tidak, jangan harap masyarakat akan menghargai mereka. Mahasiswa hari ini patut malu kerana sepanjang tempoh pengajian mereka universiti, mereka gagal memberikan apa � apa faedah kepada masyarakat khususnya golongan marhaien yang kini kian terdesak ekoran sikap pemimpin yang tidak prihatin pada rakyat.

Di manakah perbezaan gerakan mahasiswa negara kita berbanding dengan gerakan mahasiswa antarabangsa yang lain? Sebab dari pengalaman banyak gerakan mahasiswa global seperti di Korea Selatan, Indonesia, UK, Iran dll, mereka semua tampaknya betul-betul mengugat dan mengagumkan kita! Dan, kita pula seolah-olah jauh ketinggalan?

Dekad tahun 70-an dizaman Anwar Ibrahim, mahasiswa berjaya membangkitkan massa dengan memperjuangkan isu � isu rakyat walaupun mereka hanya ditemani oleh golongan petani dan kalangan pemimpin borjois ketika itu.

Dekad 80-an telah memperlihatkan perubahan gaya kepimpinan mahasiswa yang mengurangkan aksi dijalan raya tetapi bermain dipentas diskusi dan permainan politik diplomasi. Walaupun ada gerakan mahasiswa dijalanan namun ianya tidak sehebat zaman 70-an.

Penghujung era 90-an mahasiswa kembali bangkit dijalan raya bersama rakyat menyokong Anwar Ibrahim atas nama menuntut keadilan mutlak. Tidak dinafikan bahawa gaya kebangkitan mahasiswa di Malaysia kurang panas berbanding dinegara lain seperti di Iran, Korea, India, Nepal dan Indonesia.

Kebangkitan mahasiswa dinegara luar lebih didasari kepada isu menuntut perlaksanaan dan penafsiran semula sistem demokrasi yang diamalkan dengan membawa isu kemelaratan rakyat sebagai wacana hujah mereka. Corak perjuangan mereka juga amat serius dan tidak dibatasi oleh faktor masa dan usia penglibatan mereka. Dengan idea menuntut keadilan dan kebenaran mereka berjaya menumbangkan kerajaan yang zalim dan meraih sokongan rakyat. Walaubagaimana pun, sebagai bukti bahawa mereka tidak meminta apa � apa imbuhan tidak ramai kalangan mereka yang duduk dan mengambil jawatan dalam kerajaan baru yang dibentuk selepas revolusi.

Hakikat ini berbeza dengan Mahasiswa Malaysia yang kurang serius dalam memperjuangkan isu � isu yang telah dibangkitkan. Sistem perjawatan MPP yang hanya berkuasa dalam tempoh setahun (sepenggal) menyebabkan pimpinan mahasiswa tidak sempat mematangkan diri dengan politik kampus dan luar.

Desakkan AUKU dan Akta 174 (UiTM) menyempitkan lagi peluang mahasiswa untuk terlibat dalam politik kampus secara bebas. Kebebasan mahasiswa untuk bersuara, menerbitkan makalah, membuat kenyataan akhbar dan terlibat dalam apa jua organisasi telah dikongkong seperti budak sekolah. Tindakan undemocratic ini telah menjejaskan kualiti yang dimiliki oleh mahasiswa hari ini. Mereka keluar dari kampus dalam keadaan tidak matang, gagal memahami keperluan, tuntutan massa serta desakkan hidup rakyat.

Mereka keluar hanya berbekalkan teori � teori retorika yang mereka pelajari di kelas � kelas akademik yang sempit ruang perbincangannya. Maka tidak hairanlah jika, ada kalangan rakyat mengelarkan bahawa produk mahasiswa yang keluar pada hari ini adalah dari golongan pemimpin kelas ketiga dan tidak berpengalaman untuk memimpin rakyat.

Mereka keluar dari kampus membawa Ijazah atau diploma berserta sijil hutang PTPTN dan akhirnya mereka hanyut dalam dunia pekerjaan yang terasing dari dunia kepimpinan massa. Mereka sibuk untuk membayar hutang. Mereka lupa apa yang mereka pernah perjuangkan ketika dikampus dahulu. Sebab itulah, mahasiswa gagal mengugat, perjuangan mereka hanyalah setakat semester 6 atau semester yang terakhir dikampus.

Perspektif ini perlu diubah. Seandainya kita ingin melihat gerakan mahasiswa di Malaysia terus subur, maka para alumni gerakan mahasiswa perlu tampil kehadapan membajai semula semangat juang dan mengukir kebangkitan semula mahasiswa yang menjadi pewaris mereka. Generasi baru perlukan bimbingan dan sokongan dari para alumni dan mereka yang baru bertatih ini tidak seharusnya dipaksakan berjuang secara bersendirian. Perkara inilah yang menjadi imbuhan zaman dalam lipatan sejarah perjuangan mahasiswa diluar Negara. Perjuangan mereka terus disokong oleh para alumni, pensyarah dan warga masyarakat.

Dalam pada itu, harus diingat bahawa gerakan mahasiswa bukan bertujuan untuk menumbangkan kerajaan. Mahasiswa bukan agen anarki. Mahasiswa hanyalah speaker hati rakyat. Dasar � dasar kerajaan yang baik harus disokong, idea � idea buruk dari pembangkang harus ditegur dan begitulah sebaliknya. Mahasiswa perlu berdiri ditengah � tengah dan memegang belati kebenaran, antara keduanya, jika ada yang tersasar dan menyusahkan rakyat maka belati mahasiswalah yang akan mengajarkan mereka erti sebuah perjuangan.

Antara ungkapan Hishamuddin Rais yang signifikan ialah, �hanya anak muda saja yang bisa mendobrak zaman�. Maksud yang sama turut di ulang oleh Amien Rais yang turut menyifatkan hanya golongan mahasiswa sahaja yang mampu mengerakan reformasi sesebuah negara. Kita sebenarnya agak curiga dengan idea kedua-dua tokoh ini. Adakah orang tua tidak memang tidak boleh diharapkan untuk memimpin perubahan negara atau zaman? Dan, mestikah segala-galanya tentang perjuangan rakyat haruslah di diterajui oleh anak muda seperti gerakan mahasiswa?

Sejarah kebangkitan rakyat yang mempengaruhi politik sesebuah Negara sebenarnya dikuasai oleh tiga golongan; Mahasiswa, Buruh dan tentera. Andaian bahawa mahasiswa bisa mendobrak zaman, melakukan aksi reformasi sememangnya benar dan tidak perlu diragui.

Walaubagaimana pun, sesuatu revolusi atau kebangkitan rakyat itu tidak akan berlaku jika mahasiswa sahaja bangkit. Kebersamaan rakyat dan golongan buruh biasanya menjadi nadi kepada kebangkitan rakyat yang plot perjuangan mereka selalunya didahului oleh kebangkitan mahasiswa.

Sebagai golongan terpelajar yang tidak mempunyai kepentingan peribadi, rakyat kebiasaannya mudah mempercayai semangat juang mahasiswa berbanding parti politik dan rakyat menjadikan mahasiswa sebagai ikon perjuangan massa dalam membangkitkan perjuangan rakyat seperti yang berlaku dalam peristiwa Revolusi Iran, Kebangkitan Taliban dan sebagainya. Justeru itu, peranan mahasiswa tidak boleh dipandang remeh, Mahasiswalah yang menjadi suara yang menyemarakan revolusi perjuangan rakyat.

Golongan tua kebiasaan dianggap tidak melihat kepada skop yang lebih luas dan mereka kebanyakkannya terpengaruh dengan idea dan kenangan � kenangan lama yang hakikatnya tidak menyamai dengan keperluan semasa. Walaubagaimana pun, golongan tua yang beraliran sederhana kadang kala mampu menjadi pencetus kepada kebangkitan mahasiswa. Mereka menjadi inspirasi dan kekuatan mahasiswa. Maka, tidak menjadi isu jika kebangkitan mahasiswa hari ini juga lahir dari ilham cernaan pengalaman generasi tua yang masih sedia menabur saki baki benih perjuangan yang mereka ada.

Parasit sosial istilah yang diutarakan oleh Amien Rais bagi mengambarkan kelesuan gerakan mahasiswa. Mungkinkah iklim mahasiswa Malaysia dewasa ini sudah boleh disifatkan mencapai tahap parasit sosial?

Parasit sosial yang diistilahkan oleh Amien Rais, lebih jitu dalam mengambarkan sekelompok mahasiswa yang enggan memikirkan permasalahan masyarakat yang berlegar di dalam dan diluar kampus. Iklim Mahasiswa Malaysia kini telah mulai berubah. Musim revolusi kebangkitan Mahasiswa telah digantikan dengan zon keselesaan yang akhirnya menjumudkan pemikiran Mahasiswa.

Berbeza dengan zaman � zaman kebangkitan Mahasiswa pada tahun 70-an dan di ambang millennium 2000 dahulu, mahasiswa hari ini kurang sensitif terhadap isu � isu besar dalam dan luar Negara. Mahasiwa masa kini lebih menjiwai program � program reality show seperti Malaysian Idol, Fear Factor, Akademi Fantasi dan lainnya yang lebih kepada hiburan membazirkan minda berbanding isu � isu kemasyarakatan.

Tindakan kerajaan yang mencantas segala anasir gerakan Mahasiswa yang digelarkan sebagai �tangan � tangan pembangkang� di dalam kampus telah menyebabkan Gerakan Mahasiswa menjadi mandom. Kekusutan ini bertambah nyata bila mana blok yang digelarkan �kelompok Aspirasi Kerajaan� gagal memainkan peranan besar terhadap isu � isu yang bermain di sekitar mereka atas alasan bahawa isu kemasyarakatan yang ada bukan tanggungjawab mereka. Tanggungjawab mereka sebagai pelajar untuk belajar dan lulus exam lebih banyak disuntik berbanding agenda nasional yang lebih merakyatkan mahasiswa.

Keselesaan yang dinikmati melalui program � program indoktrinasi BTN, ziarah ke putrajaya, kediaman baru di Kolej, pinjaman PTPTN dan sebagainya telah melalaikan pemimpin Mahasiswa yang sedia ada. Pujukkan massa yang memaksa mereka untuk menumpukan kepada dunia kuliah dan buku � buku akademik semata telah mematikan langkah juang mereka.

Idea meletakan filsafat mahasiswa dalam kelompok kampus dan menolak elemen luar sebagai nilai tambah pemikiran mereka telah mengosongkan sejarah gerakan mahasiswa. Mahasiswa hanya keluar ke program � program khemah masyarakat dan anak angkat anjuran Universiti untuk mengiyakan apa yang dibuat oleh kerajaan, tetapi gagal untuk melihat apa yang diingini rakyat.

Atas sikap inilah, kelompok kepimpinan Mahasiswa yang ada pada hari ini digelarkan sebagai parasit sosial kepada dunia gerakan mahasiswa dan masyarakat kerana mereka hanya memikirkan kepentingan diri sendiri sahaja. Walaupun ada sekumpulan pimpinan mahasiswa yang berani memanjat pintu pagar universiti untuk keluar memperjuangan nasib rakyat diluar, namun bilangan mereka agak kecil dan mereka menerima tekanan teruk oleh kerajaan bersama universiti. Vokal kumpulan ini agak lemah pada pandangan umum, namun peluang untuk kebangkitan mahasiswa masih ada walaupun nadanya tidak selantang dahulu.

Mengapa mahasiswa Malaysia gagal untuk berperanan sebagai suara pengimbang antara parti pemerintah dengan parti oposisi? Kita kira gerakan mahasiswa hari ini seperti �hidup segan, mati tidak mahu�; umpama gerakan yang langsung tidak membawa apa-apa erti dalam konteks sosio-politik nasional!

Menjelang abad ke 21, sikap segelintir pihak yang mendominasikan pemikiran memecah belahkan mahasiswa kepada kelompok Pro-Aspirasi (Kerajaan) dan Pro- Pembangkang menjadi punca kepada kehilangan identiti mahasiswa.

Mahasiswa yang menyokong agenda kerajaan automatik dicop Penyokong Kerajaan, manakala mahasiswa yang banyak mempersoalkan agenda kerajaan dilabelkan sebagai anak didik pembangkang. Melalui tafsiran sempit sebegini, mahasiswa akhirnya hanyut dalam arus politik semasa Negara dan kelibat mereka bukan lagi berjubahkan identiti mahasiwa.

Seharusnya pihak universiti juga bersikap terbuka dan tidak mengambil sikap melaga � laga pemimpin mahasiswa dengan label tertentu. Perpecahan mahasiswa dalam Negara hari ini menyebabkan mahasiswa gagal untuk bangkit sebagai satu kumpulan pendesak yang hebat kepada kumpulan parti pemerintah dan oposisi. Pandangan masyarakat juga telah dikelabui dengan agenda sempit yang menghimpit mahasiswa ke jalan sempit yang mematikan akal pikiran mereka. Justeru itu, agenda mahasiswa perlu dineutralkan dan disatukan atas nama Mahasiswa, bukannya atas label tertentu.

Mahasiswa tidak bersetuju dengan kerajaan bukan bererti mereka pembangkang, mahasiswa menyokong idea pemerintah bukan bermakna mereka pendokong wacana kerajaan. Mahasiswa adalah mahasiswa, satu kelompok manusia kecil yang seharus berjiwa besar untuk kebaikan Negara keseluruhannya.

Gerakan mahasiswa hari ini sebenarnya berada pada tahap kritikal kerana suasana yang tidak memihak kepada mereka. Apa yang ada hanyalah kelompok �pak angguk� dan �pak sanggup� yang terpaksa menuruti kehendak pentadbiran Universiti.

Namun begitu, kita tidak boleh salahkan Mahasiswa masa kini 100% dan memberikan hukuman bahawa mereka umpama �hidup segan, mati tidak mahu�. Mereka tidak segan, tapi mereka tiada kekuatan dan keberanian seperti kita dahulu. Mereka memang tidak mahu mati, kerana bila mereka mati akan tamatlah riwayat gerakan mahasiswa.

Kalau nak disalahkan, pada saya para Alumni patut lebih bersikap bertanggungjawab terhadap keadaan hari ini. Apa yang ada hari ini adalah warisan alumni gerakan mahasiswa. Kegagalan mereka adalah kegagalan alumni gerakan yang tidak membimbing mereka dengan baik. Mereka umpama �anak terbuang� yang terpaksa berjuang untuk hidup sendirian setelah ditinggalkan oleh ayah dan saudara mereka yang tidak mahu bertanggungjawab.

Jadi hentikanlah suara untuk menyalahkan gerakan mahasiswa hari ini sahaja. Para alumni harus berhenti mengutuk dan memperlekeh apa yang mereka buat. Jika benar para alumni gerakan ini hebat pada zaman mereka, ayuh! Inilah masanya untuk buktikan bahawa mereka memang hebat. Ayuh! Kita turut membantu dan gerakan semula gelombang mahasiswa dalam cara alumni. Suntikan sedikit ubat agar kesakitan pimpinan Junior kita dapat terus bangkit dan dewasa dalam nada mahasiswa.

Adakah anda bersetuju parti-parti politik meluaskan pengaruhnya ke dalam kampus seperti usaha tersirat yang telah dan akan dilakukan oleh Puteri dan Putera Umno? Apa impak – jika tindakan ini dilakukan – terhadap gerakan mahasiswa?

Secara peribadi, saya tidak bersetuju jika Mahasiswa diperalatkan oleh mana � mana parti politik, sama ada secara tersirat atau tersurat. Adalah satu kesilapan besar jika kita membiarkan parti politik menguasai mahasiswa kerana keadaan ini sekaligus akan menghilangkan identiti neutral mahasiswa. Mahasiswa akan gagal menjadi agen check and balance dan pejuang masyarakat jika mereka telah bersandar pada ideologi mana � mana parti politik.

Jika dilihat pada senario semasa, pihak universiti dilihat lebih terbuka untuk membiarkan mahasiswa diperalatkan oleh parti UMNO dan BN. Sebagai contoh, setiap kali tahun pemilihan UMNO mahasiswa terpilih dari UiTM akan dibenarkan menjadi petugas dalam Mesyuarat atau Perhimpunan Agung UMNO. Keadaan ini berbeza bilamana ada kalangan mahasiswa yang terlibat membantu parti pembangkang atau meraikan parti pembangkang dengan hadir sebagai tetamu kehormat dalam Muktamar atau Mesyuarat Agung mereka.

Justifikasi yang tidak selari ini sebenar tidak jujur dan mengambarkan bahawa Universiti sendiri gagal menunjukan bukti keadilan mereka. Jadi, seandainya kita membiarkan Puteri dan Putera UMNO memasuki kampus maknanya kita redha pada dasar yang tidak adil ini yang akhirnya akan mewujudkan mahasiswa jumud yang berpandu pada satu arah yang mereka sendiri tidak pasti sama ada itu adalah arah yang betul atau tidak kerana tiada pilihan lain.

Justeru itu, adalah lebih baik jika mahasiswa dibebaskan dari kongkongan mana � mana parti politik. Biarlah kampus dijadikan sebagai tempat mereka mempelajari, memahami dan menilai politik massa sebelum mereka memilih aliran sebenar yang sesuai dengan jiwa mereka setelah bergelar graduan.

Usaha mengkaderkan mahasiswa pada satu pilihan ideologi yang terhad dengan menolak pandangan lainnya harus dikritik kerana ianya tidak membina mahasiswa yang kreatif dan berpengetahuan luas. Seandainya wujud idea untuk membenarkan parti politik memasuki kampus dan mengkaderkan ahlinya, maka peluang sama rata harus diberikan pada semua parti politik dan hak kebebasan mahasiswa dalam memilih harus diberikan secara mutlak.

Jalan yang seimbang harus dibuka kepada mahasiswa untuk mereka berjalan diatas laluan yang harmonis, jika tidak dengan fikrah sehala yang fanatik kepada satu kumpulan sahaja ianya akan merosakan kualiti mahasiswa.

Secara keseluruhannya, saya tetap tidak dapat melihat bahawa campurtangan parti politik itu akan mewujudkan kesatuan dan keamanan dalam masyarakat mahasiswa. Keadilan dan keikhlasan dalam membawa masuk parti politik ke dalam kampus juga perlu diperhatikan kerana mereka pastinya punya agenda yang berbeza dengan Mahasiswa. Biarlah mahasiswa berdiri sebagai entiti yang bebas untuk menentukan hala tuju mereka dan menjadi organisasi bebas bagi menilai, menerima atau mengkritik apa yang kerajaan atau pembangkang buat untuk kebaikkan rakyat.

Seperkara lagi, amatlah diharapkan agar pihak Universiti dapat bersikap telus untuk mentadbir Universiti. Tugas mereka untuk mendidik anak bangsa menjadi tanggungjawab utama. Oleh itu, pihak universiti harus faham bahawa mereka memikul amanah dari rakyat melalui kerajaan. Dan Kerajaan rakyat harus dihormati, bukannya menghormati agenda politik parti yang memerintah. Universiti harus bijak membezakan kepentingan parti yang memerintah dan kerajaan. Jika UMNO dan BN atau apa jua parti tiada maka, kakitangan kerajaan tetap boleh melakukan tugasnya atas amanah rakyat dan pimpinan Yang diPertuan Agong. Universiti untuk rakyat bukannya untuk parti (Jika parti politik berhasrat mengindoktrinasi mahasiswa melalui Universiti, parti � parti politik harus mewujudkan universiti mereka sendiri yang datang bukan dari kantung rakyat dan dana negara).

Jika ada kalangan mahasiswa ingin bermain politik nasional, saya tiada masalah. Tetapi berfikirlah dahulu. Ini musim kampus, musim untuk mahasiswa belajar mengenali kulit dan isi, masa untuk memahami kebenaran dan kepalsuan, masa untuk memahami kehendak rakyat. Jangan biarkan agenda mahasiswa tenggelam akibat pengaruh parti politik. Kita jadi Pak angguk kerana menyertai UMNO atau kita menjadi pembangkang semata � mata tanpa melihat perkara positif lain kerana kita sokong parti pembangkang.

Kalau pun kerajaan benarkan mahasiswa berpolitik, saya tidak yakin bahawa undangan itu benar � benar ikhlas. Lihatlah pada apa yang berlaku kini. Parti mana yang dibenarkan masuk kampus untuk berdiskusi bersama mahasiswa? Adilkah kerajaan BN sekarang?

Ada yang hairan, mengapakah ramai dari kalangan aktivis Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang melibatkan diri secara langsung dalam PAS selepas tamat pengajian? Adakah ini mencerminkan bahawa PMI itu PAS? Dan, apakah wujudkan ancaman/bahaya di sebalik hubungan/perkaitan ini?

Perkara ini tidak seharusnya menjadi kerisauan kepada semua pihak. Semua orang mengakui bahawa golongan mahasiswa yang ada pada hari ini merupakan pelapis kepimpinan negara di masa hadapan. Jadi tiada isu jika pimpinan PMI atau MPP atau mana � mana pertubuhan di Universiti pada hari ini atau sebelum ini keluar dari kampus dan menyertai mana � mana parti politik.

Pemikiran sempit bahawa mahasiswa yang bergelar graduan tidak boleh menjadi ahli atau pimpinan parti kerajaan atau pembangkang harus dijauhi. Apa guna mereka berjuang dikampus jika pengalaman ini tidak ditumpahkan dalam pentas masyarakat dalam keadaan yang mereka ingini.

Kita jangan terkejut jika pemimpin PMI ada yang menyertai BN atau pembangkang. Kita harus bangga kerana mereka mampu membuktikan pada dunia bahawa mereka bukan sekadar pemimpin kecil didalam kampus.

PMI sebagai agen PAS didalam kampus merupakan idea yang tidak jelas dan progresif. Seharusnya kita memahami bahawa kewujudan PMI itu adalah untuk memperjuangan Hak Mahasiswa dan mengeluarkan pandangan bebas mahasiswa, khususnya untuk mahasiswa muslim dikampus. Ini berbeza dengan PAS yang banyak memainkan dan memperjuangan isu � isu peringkat nasional serta antarabangsa dan kurang mengambil tahu tentang isu � isu dalaman mahasiswa.

Hanya kerana idea dan dasar mereka sama, iaitu perjuangan membela umat Islam maka ramailah kalangan kita yang melabelkan PMI itu PAS, dan PAS itu mentor mereka. Lupakah kita bahawa kebanyakan ahli PMI yang keluar dari kampus tidak semuanya menyertai Politik PAS. Ada yang memilih jalan hidup terasing dari dunia politik, ada yang menyebelahi BN dan ada yang menyertai parti pembangkang lainnya.

Perjuangan mahasiswa didalam kampus tidak bertujuan untuk mengejar pangkat. Tanyalah pada mana � mana bekas pimpinan kampus, adakah mereka pernah dibayar untuk memegang jawatan, berdemontrasi dan sebagainya. Semua telah dilakukan atas dasar kemahasiswaan yang tulus dan tiada niat untuk menguntungkan diri sendiri.

Kesinambungan perjuangan kebanyakan pimpinan PMI bersama PAS diluar mungkin disebabkan oleh suasana yang tidak memihak mereka diluar. Pemimpin Kerajaan menolak mereka ketika di alam kampus hinggalah mereka bergelar graduan. Tetapi pemimpin PAS dilihat bijak untuk menarik mereka bagi menyertai politik PAS dengan instrument idea yang sama mereka melangkah jauh ke hadapan.

Kita lihat kepada pengalaman yang dilalui oleh Saudara Izwan Yusof (mantan Presiden PMIUM) yang gagal menempatkan diri dalam organisasi kerajaan, beliau akhirnya telah disambut oleh PAS dan diberikan pekerjaan serta tempat didalam PAS.

Jadi, siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Adakah pimpinan PMI yang telah di blacklisted oleh kerajaan harus dipersalahkan bila mereka terlibat dengan PAS setelah bergelar graduan? Adakah mereka bersalah bila terlibat dengan parti PAS yang telah membela nasib mereka? Adakah kita berhak memaksa mereka memilih jalan hidup seperti yang kita ingini?

Dalam sudut yang lain, kita juga tidak boleh menjumudkan pemikiran kita dengan menghalang pimpinan mahasiswa seperti PMI bergaul dengan masyarakat termasuklah ahli politik dari kerajaan atau pembangkang. Apa yang kita harapkan adalah keterbukaan minda dan hubungan harmonis antara pimpinan mahasiswa dengan pimpinan Negara yang ada tanpa mengira parti mana yang mereka terajui.

Terpulanglah pada pimpinan PMI untuk menentukan hala tuju mereka setelah melangkah keluar dari pintu gerbang universiti dan mengejar kedewasaan mereka bersama masyarakat. Ingatlah bahawa mereka tidak boleh menjadi pimpinan mahasiswa untuk selamanya, kerana pentas kecil ini tidak mampu untuk melaksanakan segala idea besar mereka. Diluar itulah pentas sebenarnya untuk kita melihat keikhlasan perjuangan mereka selama ini. Adakah mereka berjuang untuk mahasiswa dan rakyat? Lihatlah apa yang benar � benar ada dihadapan mata dan bukannya cakap � cakap orang di angin lalu.

Mengapakah gerakan mahasiswa seperti BBMN dan MPMI (dulu GAMIS) tidak mengkritik kepimpinan gerakan pembangkang? Apakah benar mereka di dalangi oleh pembangkang? Hal yang sama turut berlaku kepada Kelab Aspirasi yang kelihatan menjadi �Tukang Angguk� kerajaan/Umno?

Kenyataan ini tidak benar sama sekali. BBMN dan MPMI berdiri atas nama mahasiswa. Cuma cara dan corak gerakan mereka dilihat mirip kepada parti politik tertentu. Ini tidak dapat dielakkan kerana pemimpin Mahasiswa juga punyai idola tersendiri, sama ada mereka mencontohi pemimpin Kerajaan atau Pembangkang terpulang pada penerimaan masing � masing.

Kalau disudut hiburan masing � masing punyai citarasa muzik yang berbeza, begitu jugalah dengan pentas politik. BBMN dan MPMI yang kononnya dilihat tidak mengkritik kepimpinan gerakan pembangkang sebenar adalah satu tuduhan yang sempit. Teguran yang dilahirkan oleh BBMN dan MPMI sebenarnya tidak menempelak kerajaan UMNO semata, ianya harus dilihat dari pelbagai perspektif yang luas yang mana Parti PAS juga adalah kerajaan di kelantan dan menjadi sasaran teguran BBMN dan MPMI.

BBMN dan MPMI juga pernah menegur pimpinan pembangkang dalam isu mencerca dan menghina peribadi pimpinan UMNO dalam ceramah mereka, saranan ini disambut baik oleh pimpinan pembangkang. Pimpinan BBMN dan MPMI suatu ketika dahulu juga pernah duduk bersemuka dengan pimpinan kerajaan termasuk Perdana Menteri dan Tun. Dr. Mahathir bagi menyatakan idea mereka untuk kebaikkan Negara termasuklah dalam urusan perlaksanaan Pilihanraya Umum yang didesak supaya lebih telus.

Jadi tidak timbul soal bahawa pimpinan BBMN dan MPMI hanya memihak kepada kumpulan pembangkang sahaja. Keadaan ini berbeza dengan Kelab Aspirasi yang sememangnya ditubuhkan untuk menyokong dan melaksanakan dasar � dasar kerajaan semata. Walaubagaimana pun mereka tidak bersalah selagi apa yang dibawa itu baik untuk Mahasiswa.

Apa reaksi anda mengenai budaya label-melebel di kalangan gerakan mahasiswa? Upamanya, BBMN (PAS), Dema (DAP), Karisma (JIM), PKPIM (ABIM), Aspirasi (Umno) dll. Sejauh manakah kesan budaya ini terhadap masa depan gerakan mahasiswa itu sendiri?

Inilah masalah gerakan mahasiswa sekarang. Mahasiswa telah berpecah mengikut juzuk tertentu dan gagal mewujudkan kebersamaan dalam memperjuangkan isu mahasiswa dan masyarakat. Kumpulan Aspirasi dilihat lebih cenderung kepada menyokong dasar � dasar kerajaan BN walaupun ianya tidak menepati citarasa mahasiswa secara keseluruhannya.

Kita tidak pernah mendengar kumpulan aspirasi ini berjuang untuk memansuhkan AUKU dan Akta 174 yang hakikatnya turut menyekat kebebasan mereka juga. Mereka juga dilihat lebih pasif terhadap isu masyarakat tetapi lebih gemar memainkan isu kecil yang melingkari warga kampus seperti isu bas, isu bilik kuliah, isu kantin, kolej dan banyak lagi. Tapi itu adalah satu usaha yang baik dan harus diteruskan.

BBMN, DEMA, Karisma, PKPIM pula dilihat lebih terkehadapan dalam menguasai isu masyarakat. Pertubuhan � pertubuhan mahasiswa ini lebih bersifat nasional dan telah diwujudkan melalui gabungan beberapa persatuan kecil dari beberapa kampus diseluruh Negara. Mengapa begitu? Sebenarnya kebanyakan pertubuhan ini meletakkan tugas menjaga kebajikan kampus melalui persatuan kecil yang bernaung dibawah mereka dan suara yang lebih kuat diperingkat nasional digerakan melalui kesatuan yang lebih besar.

Sikap label melabel ini merupakan penyumbang kepada perpecahan ini dan menyebabkan budaya politik dari luar dibawa masuk secara tidak sihat. Keadaan menjadi lebih teruk bila mana pihak Universiti turut berperanan mempengaruhi aktiviti politik kampus ini. Universiti yang gagal menunjukan sikap toleransi dan neutralisme seperti UiTM, UUM, UKM, UNIPUTRA, UM, UTM dan sebagainya telah menyebabkan mahasiswa berpecah dengan teruk.

Pihak universiti dilihat sebagai entiti yang pro-BN, maka secara tidak langsung mereka lebih menyokong kumpulan Aspirasi dan menganaktirikan persatuan lain yang tidak sehaluan dengan mereka.

Melihat kepada keadaan yang sebegini, pastilah masa depan gerakan mahasiswa yang sebelum ini lantang, telus dan matang akan malap. Pihak universiti dan parti � parti politik seharusnya tidak mengongkong para mahasiswa dengan perundangan dan idelogi mereka. Gerakan mahasiswa tulen, sebenarnya lahir dari isi perut dan fikiran mahasiswa sendiri. Mereka bangkit bukan atas mana � mana bendera parti, namun tidak salah jika mereka menyokong atau membantah ideologi mana � mana parti seandainya bertembung dengan apa yang mereka bawakan. Kebebasan dan hak bersuara mahasiswa harus diiktiraf dan tidak dibelenggu oleh akta � akta yang tidak pragmatik dan kuno seperti AUKU, AKTA 174, ISA dan beberapa lagi akta drakonian lainnya.

Jika anda mengikuti perkembangan politik kampus, menurut penelitian anda, adakah pilihanraya kampus bagi pemilihan MPP di IPTA boleh kita sifatkan sebagai telus, berjaya dan saksama? Di samping itu, adakah pengamalan pilihanraya kampus ini boleh menjadi platform terbaik untuk mahasiswa belajar akan erti demokrasi? Dan, apa komen anda terhadap prestasi MPP IPTA sekarang ini?

Melihat kepada pengalaman yang lalu dan situasi hari ini, ianya amat berbeza. Ketika saya ingin bertanding untuk menyertai MPP UiTM bagi sesi 1999-2000 dahulu, pihak universiti bersikap lebih terbuka untuk menerima mana � mana pencalonan.

Keadaan berubah selepas itu, pihak universiti sudah mula membuat label tertentu dan mewujudkan pasukan tersendiri dari kalangan mahasiswa untuk menguasai MPP. Perkara yang sama berlaku dikampus lain. Kelompok yang digelarkan sebagai Group Aspirasi ini telah diberikan latihan khas melalui indoktrinasi BTN dan juga program membina daya kepimpinan anjuran HEP.

Strategi ini amat baik, kerana wujudnya usaha untuk melahirkan pemimpin mahasiswa yang terlatih. Namun kaedah pemilihannya adalah tidak adil kerana melibatkan kelompok yang disukai oleh HEP sahaja. Dimusim Pilihanraya pula, pihak Univerti seperti di UiTM dan UUM hanya menerima pencalonan dari calon � calon yang mereka telah dilatih sahaja.

Mana � mana calon yang tidak melalui program indoktrinasi HEP tidak akan disokong oleh pihak fakulti, sekaligus menyebabkan mereka tidak boleh menawarkan diri untuk bertanding walaupun mereka berkebolehan. Justeru itu, pilihanraya kampus kerap kali akan mewujudkan kemenangan tanpa bertanding.

Suasana ini akan menjejaskan demokrasi dalam politik kampus dan menyebabkan Izzah MPP yang kononnya memenangi pilihanraya kampus tidak kelihatan. Selain itu, taktik mengugut untuk membuang pelajar yang menduduki kolej atau asrama dan menyekat kebebasan mereka memilih calon menyebabkan calon Pro-Aspirasi boleh menang dengan cara yang mudah.

Keadaan sebegini akhirnya melahirkan pemimpin mahasiswa yang lesu dan menjadi talibarut HEP yang tidak membawa suara mahasiswa yang telus kerana mereka naik bukan kerana sokongan mahasiswa tetapi dipilih oleh HEP. Senario ini telah berlaku hampir 4 tahun lamanya dan menyebabkan demokrasi didalam kampus menjadi mandom.

MPP tidak berani bersuara kerana mereka terpaksa akur pada arahan HEP. Mereka terhutang budi pada HEP dan akhirnya menjumudkan gerakan mahasiswa hingga tidak berani menegur kelemahan dasar � dasar kerajaan BN seperti isu kenaikkan harga minyak, Jarum dan kondom, Perobohan RTB di Terengganu dan lain � lain yang menyusahkan mak bapak mereka diluar kampus dan di kampung � kampung.

Jika keadaan ini dibiarkan berterusan maka, MPP yang ada pada hari ini tidak ubah seperti persatuan pengawas sekolah menengah sahaja. Pemimpin mahasiswa sebenar gagal dilahirkan, yang ada hanyalah tukang angguk dan pengampu HEP serta kerajaan.

Di kalangan gerakan mahasiswa Islam di kampus-kampus, mereka menunjukkan bahawa gerakan mereka seolah-olah anti-konsert. Konsert-konsert seperti Siti Nurhaliza, M.Nasir dll yang di adakan dalam kampus disambutnya dengan demostrasi. Inikah tanda kematangan gerakan mahasiswa Islam negara kita? Wajarkah hanya nasyid sahaja dibenarkan mengadakan persembahan di dalam kampus? Juga, benarkah persembahan kumpulan-kumpulan rock, pop, rap di dalam kampus boleh mengugat intelektualisme mahasiswa?

Mahasiswa sebagai golongan muda tidak boleh dipisahkan dari dunia hiburan. Namun kita amat khuatir pada budaya memuja artis dan penumpuan melampau terhadap dunia hiburan. Kewujudan kumpulan mahasiswa yang menolak penyanyi nombor satu Negara- Siti Nurhaliza atau artis yang bukan dari kelompok penasyid mengambarkan kelainan fikrah yang seharusnya diberikan perhatian.

Jika kita lihat, Siti Nurhaliza sebagai artis yang amat bersopan dan baik budi pekertinya seharusnya tidak menjadi sasaran boikot. Namun, kita juga perlu lihat bagaimana pula para peminat fanatik beliau yang memuja Siti secara keterlaluan hingga membanggakan Siti melebihi sunnah Rasulullah. Poster ditampal didalam bilik tidur, bilik air, dalam diari dan lain � lain. Lagu � lagu mereka dihafal sedangkan ilmu yang diajar oleh pensyarah hilang entah ke mana selepas musim peperiksaan.

Dalam hal sebegini, Siti, M.Nasir dan artis bersopan lainnya tidak bersalah cuma kita tidak mahu kehadiran mereka melalaikan mahasiswa dan menyebabkan mereka hanyut dalam impian untuk menjadi artis pula. Majalah hiburan dan gossip menjadi buku utama mereka sedangkan buku akademik dikesampingkan.

Hal yang sama patut dilakukan kepada mana � mana kumpulan penasyid yang lebih dilihat mengutamakan keuntungan komersial dari membangunkan masyarakat kampus. Gejala negatif ini mungkin tidak menjejaskan prestasi semua pelajar tetapi kesan jangka panjangnya amat merisaukan. Keadaan ini akan melahirkan graduan yang hanya tahu bekerja dan berhibur sahaja tanpa memikirkan permasalahan serta pembangunan masyarakat secara terkehadapan.

Hiburan seharusnya menjadi metod pendidikan berguna dan tidak disalahgunakan untuk berhibur semata. Kita tidak mahu melihat masyarakat Mahasiswa hanyut dalam dunia khayalan dan fantasi hiburan semata.

Dalam pada itu, Mahasiswa perlu belajar bertoleransi untuk membenarkan hiburan dibawa masuk ke kampus bagi membentuk ruang riadah yang positif. Kita perlukan kebijaksanaan mahasiswa bagi menafsir dan memilih masa serta bentuk hiburan yang sesuai dengan imej Mahasiswa sebagai golongan intelektual yang menjadi rangsangan kepada pembangunan masyarakat di masa hadapan.

Dalam sebuah tulisan Ahmad Lutfi Othman, beliau menyifatkan mahasiswa negara memerlukan �korban� dalam perjuangannya; maksudnya korban dari kalangan aktivis seperti insiden Trisakti di Indonesia. Menurut hemat anda, adakah teori beliau ini ada kebenarannya ke arah mencetuskan perubahan politik negara yang lebih bermakna?

Tragedi Trisakti di Indonesia pada 12 Mei 1998 telah mengorbankan empat mahasiswa Trisakti, iaitu Elang Mulia Lesmana, Hery Hartanto, Hendriawan Sie, dan Hafidin Royan. Demonstrasi berdarah ini mengulangi sejarah hitam perjuangan Mahasiswa menuntut demokrasi di Medan Tiananmen, China pada tahun 1989 yang mengorbankan ribuan nyawa dihujung senjata api tentera pemerintah.

Di Malaysia, mahasiswa belum lagi melalui tragedi kejam sebegitu. Namun kita juga tidak terlepas dari ancaman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang satu ketika dahulu pernah menguji kekentalan pemimpin mahasiswa seperti Anwar Ibrahim. Pada 5 dan 6 Julai, tahun 2001 pula, Sdr. Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Presiden MPPUM Sdr. Mohamad Fuad Ikhwan telah menjadi mangsa kekejaman ISA.

Sebelum Itu, pada 8 Jun 2001, 7 mahasiswa (ISA 7 – Rafzan, Helman, Khairul Amal, Ahmad Kamal, Zulkifli, Nik Norhafizi dan Wan Sanusi) telah ditahan dibawah Akta Polis kerana dituduh menyertai Perhimpunan Haram membantah AKTA ISA.

Peristiwa � peristiwa ini dilalui mahasiswa dalam dua perspektif berbeza. Kedua � dua peristiwa yang berlaku di luar Negara telah berjaya membakar semangat Mahasiswa hingga berjaya menumbangkan regim pemerintah di Negara masing � masing. Pengorbanan yang dilakukan oleh teman � teman mereka disambut dengan semangat penuh setiakawan dan pengorbanan heroic ini telah menjadi inspirasi kepada kejayaan mahasiswa selepas itu.

Mengikut pemerhatian saya, secara jujur saya katakana bahawa di Malaysia, usaha Kerajaan mengunakan sistem perundangan dilihat amat berjaya dalam meredakan gelombang badai yang ditiupkan oleh idealisme mahasiswa. Penangkapan ISA 7 dan 2 orang lagi mahasiswa selepas itu, telah berjaya melongggarkan keyakinan dan semangat setiakawan mahasiswa.

Mahasiswa diracuni dengan ugutan dan ancaman. Keluarga pimpinan mahasiswa diganggu dan ditakut � takutkan oleh pihak berkuasa. Universiti pula cuba membuang dan mengantung pimpinan mahasiswa yang dilihat terkehadapan dalam membantah dasar � dasar kerajaan dan cenderung menyokong idea pembangkang.

Setelah hampir 4 tahun berlalu, semangat juang mahasiswa berada dalam paras kritikal. Mereka tidak melihat bahawa penglibatan mereka dalam adunan sebuah gerakan mahasiswa dapat menjaminkan kelangsungan masa depan mereka yang gilang � gemilang. Gambaran masa depan yang suram yang kononnya menjadi balasan kepada pemimpin mahasiswa yang engkar serta enggan bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan dijaja ke serata Negara.

Keadaan ini akhirnya berjaya melumpuhkan kegiatan apa yang kita gelarkan sebelum ini sebagai Gerakan Mahasiswa Lantang, Mahasiswa Pembela Rakyat dan sebagainya. Mahasiswa menjadi seperti tikus yang disuntik ubat pelali, lemah dan tidak bermaya. Dikurung didalam Universiti, dilarang bercakap tentang isu � isu politik, diharamkan mendengar ceramah politik, pemimpin pembangkang diblacklisted dari memasuki kampus.

Secara keseluruhannya, Mahasiswa di Malaysia amat mudah ditakutkan berbanding mahasiswa diluar Negara yang lebih bersikap proaktif dan lantang dalam erti kata sebenar walaupun mereka juga menerima tekanan yang lebih teruk lagi. Mahasiswa Malaysia amat selesa umpama ayam yang diternak. Jika disembelih mereka mengikut, jika tidak disembelih mereka akan teruskan dengan aktiviti makan dan berak sahaja. Walaupun ada yang cuba bersikap seperti ayam kampung yang berani meredah setiap denak perjuangan namun mereka � mereka inilah yang akhirnya terpaksa mengorbankan diri untuk meneruskan suara mahasiswa.

Justeru itu, mahasiswa Malaysia perlu bangkit dari kegagalan ini dan melihat dunia melalui skrin yang lebih besar. Untuk itu, mahasiswa Malaysia perlu berubah sikap sebagai golongan yang tidak mementingkan tali perut sendiri dan sedia untuk berjuang mempertahankan semangat setiakawan dan juga warga rakyat. Rakyat akan menghargai dan menyediakan tempat bagi pimpinan mahasiswa yang berani kehadapan dan melaungkan suara keramat mahasiswa menggugat yang sebelum ini menjadi simbol api perjuangan mahasiswa.

Kekuatan dan kebangkitan secara bersama semua kelompok mahasiswa di Malaysia sebenarnya mampu untuk menggugat Kerajaan dan juga massa, mahasiswa mampu untuk menjadi pencetus kebangkitan dan pembela rakyat. Cuma kini, kita perlukan ramai lagi mahasiswa yang berani tampil kehadapan untuk memimpin dan bersuara serta berkorban untuk rakyat.

Jika ada yang bertanya apakah yang akan mereka dapat setelah diri mereka dikorbankan�saya secara peribadi telah melalui pengalaman ini, dihumban ke lokap, dibicarakan selama 4 tahun, dinafikan hak sebagai pelajar dan digantung pengajian hampir 4 tahun lama. Pengalaman ini menjadi satu sejarah yang mendewasakan dan menguatkan lagi azam perjuangan saya. Berbekalkan keyakinan bahawa rezeki, dan ajal maut itu sudah tersedia sebelum diri ini dilahirkan, maka tiada apa yang saya perlu risaukan. Selagi kita mengikut jalan yang benar, insya Allah rezeki Allah itu akan tetap mengalir sampai kepada kita walaupun ada yang cuba menghalang, malah lebih baik lagi dari orang � orang yang tidak berani untuk melalui takdir yang penuh cabaran ini.

Seharusnya, bagaimanakah pendekatan gerakan mahasiswa yang paling praktikal pada hari ini bagi memartabatkan semula gerakan �istimewa� ini di kacamata rakyat? Harapan kita dengan pendekatan baru tersebut, ia dapat memecahkan kebuntuan politik nasional serta memartabatkan kembali karismatik gerakan mahasiswa negara kita.

Sebuah gerakan mahasiswa yang tulen seharusnya mampu untuk meneruskan survival dan bergerak kehadapan. Walaupun wujud tatangan mendatar atau menegak disepanjang laluan perjuangan ini, namun kebersamaan mahasiswa dalam memperjuangkan suara kebangkitan mahasiswa pasti akan menghanyutkan halangan itu.

Pendekatan praktikal pertama adalah lebih kepada menguasai bidang keilmuan. Mahasiswa seharusnya membuktikan daya intelek mereka dengan membina khazanah ilmu yang sarat dengan teologi pembacaan yang bukan sahaja dinikmati isi tersuratnya tetapi disedut sekali isi tersiratnya. Lingkaran ilmu yang pelbagai harus dijadikan peluang untuk mahasiswa memilih bentuk sandaran ilmu dan tidak seharusnya mahasiswa mengutip cebisan beberapa helaian ilmu sahaja. Teologi mantik, falsafah, sains dan teknologi, matematik, ekonomi, sosial dan ilmu lainnya perlu dipelajari sebagai nilai tambah keintelektualan mahasiswa.

Kedua, mahasiswa harus berani untuk menelaah keperluan massa. Penglibatan bersama masyarakat dan kebersamaan mereka dalam menjuarai isu � isu rakyat bakal menjadikan mahasiswa sebagai speaker utama kepada suara rakyat. Keadaan ini sekaligus akan meletakan mahasiswa setaraf dengan pimpinan kelas borjouis dan aristokrat walaupun mereka bertongkatkan amanah rakyat marhaien. Mahasiswa sebenarnya mudah untuk diterima masyarakat lantaran kehadiran mereka bukan untuk mengisi kantung peribadi tetapi lebih kepada cernaan idealisme yang kudus.

Ketiga mahasiswa harus melihat bahawa peranan mereka bukannya sebagai penyokong mana � mana golongan partisan atau pun hakim yang bisa menghukumi massa. Mahasiswa harus mengetengahkan diri sebagai golongan neutral yang dedikasi dalam perjuangan tanpa memilih kualiti permaidani yang dihamparkan. Matlamat utama adalah untuk mencari dan menegakkan kebenaran dan mengembalikan paksi keamanan pada tempatnya.

Keempat, mahasiswa harus sedar bahawa dibelakang mereka juga terpikul beberapa amanah sebagai seorang anak, abang, kakak atau adik. Maka penglibatan mereka juga harus diseimbangkan dengan hak kehadiran mereka dikampus iaitu untuk meraih status graduan. Jangan disebabkan oleh kesibukkan dunia perjuangan mahasiswa, perkara asas ini dilupakan hingga membawa kepada jalan kegagalan dalam akademik yang akhirnya akan mematikan langkah juang dan mendustai slogan berapi mahasiswa iaitu sebagai golongan terpelajar yang membimbing nasib rakyat.

Dengan keempat � empat paduan praktikal ini, insya Allah perjuangan mahasiswa akan dilihat lebih mantap, pragmatik dan berkarisma.

Pada fikiran anda, apa puncanya pemimpin gerakan mahasiswa yang hebat di kampus suatu ketika dulu, tetapi tidak meneruskan idealismenya sementelah keluar dari dunia pengajian? Di mana silapnya?

Ini adalah satu persoalan yang begitu subjektif. Banyak jawapan yang kita pernah dengar, antaranya:-

I. Mereka hanyalah pemimpin yang bermusim, habis musim mahasiswa mereka kehilangan arah dan anak buah yang ingin dipimpin.
II. Bila diluar, mereka kembali menjadi Junior dan terpaksa menapak semula untuk membina kekuatan suara.
III. Idealisme mereka ketika dikampus terlalu idealistik dan sukar diterima oleh masyarakat yang hanya tahu berbicara tentang perkara realiti dan wang. Ketika di kampus Idea mereka boleh dilaksanakan kerana mereka tidak perlu banyak berfikir tentang urusan mencari dana untuk jalankan program. Mereka juga tidak terbeban dengan tanggungjawab menjaga anak isteri yang juga perlukan perhatian.
IV. Bila pimpinan Mahasiswa keluar, mereka hanyut dalam kesibukan dunia pekerjaan. Pemikiran mereka tengelam dalam timbunan kerja � kerja harian.
V. Bila dah cukup duit, mereka sibuk untuk berkahwin dan mendapatkan anak. Bagi alumni Mahasiswi mereka terikat dengan kuasa suami. Yang jadi suami pula terbeban dengan karenah dan tanggungjawab sebagai ketua rumahtangga. Hidup mereka lebih berbicara tentang kos dan ongkos. Bayar PTPTN, nak beli lampin anak, susu, kereta, rumah dll.
VI. Mereka juga sebenarnya tiada inisiatif untuk menyambung perjuangan diluar kerana adakalanya mereka tidak tahu untuk bergerak atas platform apa. Politik, masjid, NGOs atau yang mana lagi. Mereka pening, hingga akhirnya hanya mampu menjadi pemerhati, tukang tepuk dan tukang sorak sahaja.
VII. Bagi yang bekerja dengan sektor kerajaan, mereka mengganggap kerajaan itu Milik BN sepenuhnya, jadi pemikiran mereka juga perlu mengikut rentak BN walaupun rakyat menjadi mangsa buli mereka seperti Kes Perobohan rumah di RTB Bujal. Otak mereka kosong dan jadi macam robot yang telah diprogramkan.

Walaubagaimana pun, tidaklah semua pemimpin mahasiswa itu hanyut serupa itu. Ada juga yang berjaya menonjolkan diri dipentas rakyat melalui parti Politik, NGOs, persatuan penduduk, masjid dan tempat kerja sendiri. Apa yang penting adalah kehendak diri sendiri. Adakah kita masih menyumbang atau tidak terpulanglah pada kita untuk meletakan diri kita di mana.

Ingatlah, sehebat mana sekali pun Pemimpin Mahasiswa itu, jika ia gagal meletakkan dirinya dipentas massa atau bersama masyarakat ketika diluar maka nyatalah bahawa ianya tergolong dalam klon pimpinan mahasiswa bermusim yang telah gugur di musim luruh. Dan itulah perkara yang paling menyedihkan yang terpaksa kita kuburkan bersama diari catatan kenangan semalam. Yang pergi tetap akan pergi, maka kita yang tinggal ini janganlah menuruti jalan gelap yang sama.

Berusahalah untuk menyeimbangkan kepentingan diri, keluarga dan hak masyarakat terhadap diri kita. Seimbangkanlah dunia dan akhirat dalam diri. Yakinlah bahawa apa yang kita buat di dunia tetap akan ada ganjarannya di hari Kebangkitan nanti.

Bagaimana anda melihat perkembangan intelektual di kalangan aktivis gerakan mahasiswa? Apakah rangsangan yang perlu kita lakukan agar tahap intelektual mahasiswa dapat dipertingkatkan supaya mereka benar-benar menepati harapan generasi pewaris negara?

Daya intelektual aktivis mahasiswa di Malaysia amat cetek berbanding dengan apa yang diperlukan oleh rakyat. Mahasiswa yang ada kini hanya mampu berbicara soal � soal rutin yang dipandukan oleh teori � teori beku melalui bacaan teks � teks ilmiah dibilik kuliah dan tidak memperincikan nisbah keperluan semasa rakyat secara serius mengikut aliran keperluan massa.

Perjuangan mereka hanya dihiasi dengan agenda dasar � dasar kerajaan yang tinggi melangit dan mereka sendiri takut untuk menegur segala kelemahan yang ada. Selain itu pengaruh sentimen pembangkang disebahagian blok mahasiswa pula menjadikan mereka dilihat seperti sekelompok pengikut setia yang menjadi bahan eksperimental sarana – sarana baru pemikiran pembangkang.

Tidak salah jika mahasiswa mencedok idea dari kerajaan atau pembangkang atau siapa pun jua, tetapi mereka harus bijak dalam memilih pandangan semasa. Sebagai mahasiswa, imej intelektual seperti berilmu, tahu memproses maklumat, bijak berpolitik, memahami keperluan rakyat, berani bersuara dan berhujah perlu dipenuhi. Karismatik pimpinan mahasiswa hari ini telah lenyap ditengah � tengah tempikan suara pembangunan yang kian mencabar erti kedewasaan warga kota. Mereka hanyut ditengah � tengah medan pertempuran politik kumpulan parti pemerintah dan pembangkang.

Justeru itu, perubahan perlu dilakukan. Rangsangan minda pimpinan mahasiswa perlu diberikan. Melalui pembacaan meluas yang bukan setakat bertiangkan buku � buku akademik, pastinya pimpinan mahasiswa akan mampu untuk kelihatan lebih unggul dan berjaya. Buku � buku kepimpinan, motivasi, sejarah, falsafah, politik, ekonomi dan isu � isu umum termasuk dunia hiburan perlu dijadikan santapan harian bagi meneguhkan hujah matang pimpinan mahasiswa. Pembacaan ini juga perlu bijak dan tidak melarakan hingga pimpinan mahasiswa terlupa pada matlamat perjuangan mereka yang berpaksikan kepada idea mencari kebenaran pada sisi pandangan mahasiswa.

Mahasiswa juga perlu berani untuk keluar menelaah kehidupan masyarakat. Sikap ego kemahasiswaan perlu dibuang dan mereka harus sedar bahawa �dari masyarakat mereka datang, kepada masyarakat jugalah mereka akan kembali�. Perhubungan dengan masyarakat luar tidak harus diputuskan dengan tembok yang memagari Universiti. Mereka harus belajar memahami rencaman hidup dan kepelbagaian isu dalam masyarakat secara realiti. Erti matang dalam kamus kedewasaan mahasiswa bukan sahaja diterjemahkan melalui putaran pengalaman mahasiswa disekitar ruang lingkup bilik kuliah sahaja, ianya juga perlu mencakupi aksi � aksi memasyarakatkan diri dalam kelompok makna yang hakiki.

Sikap yang hanya bersadai pada hujah lapuk dan sempit atau bersandarkan secara total pada pandangan kumpulan tertentu diluar kampus perlu dikesampingkan. Idea mahasiswa perlu merentasi batas masa dan menjadikan diri mereka sebagai satu entiti masyarakat yang berprofail tinggi dan sentiasa proaktif dalam menilai dan menguasai isu � isu rakyat. Daya intelektual mahasiswa dalam membuat kajian dan rumusan terhadap sesuatu isu amat dituntut oleh masyarakat. Dengan itu, rakyat akan lebih yakin atas keikhlasan pembuktian sikap intelektualisme mahasiswa yang bukannya omongan kosong.

Maaf, ramai yang menyifatkan ramai aktivis gerakan mahasiswa hari ini psikologi ilmunya tinggi (kononnya), tetapi mereka tidak pandai untuk merumuskan pendirian secara bebas. Sebaliknya, setiap pendapat yang dikeluarkan merupakan lanjutan dari perbincangan politik luar atau idea-idea yang di kitar semula; bukannya hasil daripada gagasan mahasiswa itu sendiri? Mungkinkah ini bersumber dari kelemahan aktivis mahasiswa untuk menyampaikan hujah atau barangkali aktivis mahasiswa sudah diresapi oleh dependency syndrome (sindrom kebergantungan) atau juga mereka mungkin malas untuk berwacana?

Ya! Adakalanya kita melihat kenyataan yang dikeluarkan segelintir pimpinan mahasiswa agak stereotype dengan apa yang diungkapkan oleh pemimpin politik diluar. Natijah kebersamaan pandangan ini telah menjadikan pimpinan mahasiswa dilihat sebagai golongan yang ketandusan idea untuk mencipta isu dan rumusan tersendiri.

Pendirian yang sealiran dengan kumpulan parti tertentu dianggap mencerminkan sikap hipokrit pimpinan mahasiswa. Namun adakalanya kita harus belajar memahami bahawa mana � mana pimpinan mahasiswa tidak akan terlepas dari menimbangkan apa jua saranan, baik dari dalam atau luar kampus, baik dari kerajaan atau pun pembangkang.

Apa yang kita ungkapkan sebagai dependency syndrome (sindrom kebergantungan) mungkin telah berlaku dan menyebabkan mereka tidak dapat berdiri secara rasional selaku seorang yang bergelar mahasiswa. Namun atas sokongan dan perbincangan yang lebih meruap, pimpinan mahasiswa yang ada kini masih boleh diberikan peluang untuk menjiwai hasrat mahasiswa yang tulen.

Mereka perlu diberikan ruang untuk mempelajari taktikal dan ilmu � ilmu sains politik kampus dan massa bagi mengukuhkan hujah mereka kelak. Pimpinan mahasiswa tidak dibina sekelip mata umpama kata � kata ahli falsafah yunani yang mengatakan bahawa �Rom tidak dibina dalam satu hari�.

Kita tidak boleh mengatakan bahawa idea yang dibawa oleh mahasiswa masa kini melalui program kitar semula wacana umum dan lanjutan perbincangan luaran sebagai idea yang tidak sesuai bagi mengambarkan gagasan mahasiswa. Gagasan mahasiswa yang lahir pada zaman sebelum ini pun lahir dari pandangan massa yang disalin dan diterjemahkan dalam bahasa mahasiswa melalui sandaran idea masyarakat sekitar. Cuma idea � idea lapuk itu perlu disegarkan semula, dibajai dengan kepelbagaian aliran pandangan semasa.

Jika ada pun gagasan yang tidak sealiran dari mana � mana parti politik sebelum ini, maka rujukan mereka mungkin pada kalam � kalam pemikiran cendikiawan yang hakikatnya mereka telah kitar semula dalam wajah mahasiswa yang mereka terajui. Dan kalam � kalam itu jugalah yang menjadi bacaan kepada pimpinan kerajaan dan pembangkang. Jadi program kitar semula tetap berlaku sama ada dalam olahan baru atau mengikut order lama, sama ada mengikut pandangan parti politik atau idea � idea dalam buku atau pun sisi � sisi polemik lainnya.

Mungkin apa yang diingini oleh sahabat yang bertanya adalah idea tulen mahasiswa yang diproses mengikut daya fikir yang kritis dan tidak sekadar menyalin pandangan lainnya begitu sahaja. Itu adalah idea yang amat baik tetapi adakala ianya tidak terlaksana ekoran mahasiswa sendiri menyedari kedangkalan pengalaman akal fikiran mereka berbanding orang lain yang telah jauh mengembara dialam dunia. Justeru itu, mereka juga perlu menomadkan diri dalam mengenali ranjau kehidupan dan menelaah lebih banyak teks – teks ilmiah sebagai sandaran hujah mantap mereka dihadapan masyarakat.

Terpulang pada masyarakat untuk menilai sama ada idea mereka itu releven atau idealistik. Mungkin masih ada yang melihat mahasiswa masih bersuara dalam nada parti tertentu, cuma jejeran perhiasan kosa katanya sahaja yang berbeza. Pada saya terpulang pada aksi dan kemampuan yang bisa dilontarkan asal saja mahasiswa tidak berhenti dari berwacana.

Ada yang berpendapat, idea, bakat dan imaginasi gerakan mahasiswa hanya dapat dilahirkan jika negara kita demokratik. Selagi ini belum diraih, selagi itulah minda aktivis mahasiswa tidak akan cerah ekoran kebebasan yang terhad. Anda setuju dengan pendapat ini? Mengapa?

Ya! Jiwa mahasiswa yang merdeka menjadi impian perjuangan mahasiswa disetiap penjuru zaman. Negara yang mengamalkan sistem demokratik tulen menjadi garapan cita � cita para pejuang hak asasi mahasiswa.

Seandainya konsep demokrasi tulen dapat diberikan dalam konteks menyebarkan pendapat, idea, bakat, dan imaginasi maka gerakan mahasiswa akan lebih disanjungi dan dipandang tinggi. Namun itu semua tidak akan terjadi selagi mana Malaysia masih mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan yang memberikan kuasa mutlak kepada pemerintah untuk menafsirkan konsep demokrasi itu.

Demokrasi terpimpin dilihat lebih sejahtera untuk mendewasakan erti demokrasi kerana segala bentuk kelemahan masih dapat ditegur dan diperbaiki tanpa adanya sekatan dari pemerintah.

Selagi agenda mendemokrasikan sistem demokrasi tidak dilaksanakan maka, mahasiswa harus bersedia untuk meneruskan hidup dibawah bayang � bayang kesuraman sebuah kebebasan dalam menyatakan soal � soal kebenaran.

Bagaimanakah gambaran gerakan mahasiswa ideal yang anda impi-impikan?

Pada saya, cukuplah sebuah gerakan itu dapat bergerak. Tidak guna ia dinamakan gerakan mahasiswa jika ia tidak dapat bergerak, berfikir dan berani bersuara.

Sebuah gerakan yang ideal itu pastinya akan hadir bila mana penjawat keahliannya memahami tujuan mereka menyertai gerakan dan mematuhi pimpinan. Pimpinan juga perlu bersifat merakyat bukan bersifat mahasiswa sahaja. Mesti belajar menerima kritikan dan pandangan orang lain. Tidak mengelabah bila difitnah atau digertak oleh Universiti. Yakin pada tindakan dan berani menanggung risiko.

Kesatuan pimpinan dan ahli bakal mewujudkan gelombang kebangkitan yang bersama yang utuh dari semua sudut. Sebuah gerakan mahasiswa juga perlu bijak membezakannya dirinya dengan gerakan lainnya seperti Parti politik. Kena memahami matlamat gerakan. Adakah ianya bersifat kebajikan atau sekadar berseronok dalam menikmati kuasa kecil yang bersifat kontrak bermusim.

Apa yang saya impikan adalah kedamaian dan kebebasan dalam menyatakan pandangan tanpa adanya sekatan AUKU dan Akta 174. Saya mengimpikan sebuah Universiti yang professional dan bukannya sebuah pusat pengajian yang bermain politik paksaan dan bacul terhadap Mahasiswa. Demokrasi sebenar tidak wujud kerana gerakan mahasiswa tidak lagi dihormati oleh universiti yang lebih suka agar mahasiswa menjadi budak suruhan mereka yang bisa dibuli atau digula � gulakan.

Walau apa jua halangannya gerakan mahasiswa harus digerakan. Orang kata, kalau kaki kita patah kita menongkat guna kekuatan tangan. Jika tangan kita patah dan tubuh menjadi lumpuh gunakan mulut untuk meneruskan suara mahasiswa. Jika kita dibisukan maka gunakanlah bahasa isyarat untuk menzahirkan pandangan kita. Gunakanlah apa yang ada pada kita. Jangan mengalah pada kelemahan dunia, bangkitlah pada sisi kebenaran dan jauhilah sudut � sudut yang melemahkan diri.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: