jump to navigation

Kebangkitan spiritual Mac 13, 2006

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Oleh: Rafi AfifNegara kita mengalami kemerosotan dan kebejatan rohani yang amat dahsyat. Apakah kesannya? Kesannya adalah kelemahan terhadap kemajuan insani. Kita tidak lagi menobatkan maruah insan malah mirip kepada kebinatangan. Pak Lah di manakah anda meletakkan maruah seorang manusia? Apakah terletak kepada kemajuan duniawinya, sepertimana yang didoktrinkan oleh Mahathir?

Tidak! Jika anda berfikiran demikian anda telah silap! kemuliaan seorang manusia itu terletak kepada nilai spiritualnya yang dibawakan oleh agama Allah, dan dengan nilai spiritualnya itu yang akan menggegarkan dunia kerana Allah dan bersama Allah. “Dan Allah bersama-sama kamu dimana sahaja kamu berada”.

Dunia ini penuh dengan ayat-ayat Allah yang menzahirkan Kebenaran, Keagungan dan Kebesaran-Nya. Apakah kita harus menjadi seorang yang buta dan tuli dan mendirikan kerajaan yang berdasarkan kepada kebutaan dan ketulian ini?

Jika demikian saksikanlah nanti,anda akan melahirkan individu-individu yang buta dan tuli dan akan menjadi lebih teruk dari binatang. Kesan dari kebutaan dan ketulian akan ayat-ayat Allah ini bukan sahaja akan memberikan akibat yang buruk di akhirat kelak malah didunia ini lagi.

Mereka hidup dalam penuh kecemasan,kegelisahan dan menjadi alat kepada nafsu dan syhaitan. Mereka sudah tidak bebas dan menjadi hamba kepada nafsu dan dunia,sedangkan Allah telah menjadikan kita merdeka tanpa perhambaan kepada sesiapa pun.

Kesan dari penghambaan ini akibat dari kebutaan dari ayat-ayat Allah Ta’ala.Akan melahirkan individu yang menentang agama Allah dan memperolok-olokanya, yang jelas mencerminkan kebodohan dan kebinasaannya. Sebenarnya memperolok-olokan agama Allah ini jelas mencerminkan ketidak warasannya, tidak kira dia seorang Professor, Doktor atau sesiapa pun.

Dan, dengan ketidak warasnya ini ia akan menzalimi hamba-hamba Allah dan makhluk-makhluknya seperti yang berlaku pada hari ini. Kezaliman berleluasa akibat dari manusia meninggalkan madrasah nubuwwahnya dan membiarkan jiawanya tidak terurus dan semakin menghampiri kebutaan. Agama Allah (Islam) itulah yang melindungi hak-hak manusia dan memimpin manusia kepada kesempurnaan dan kehidupan.

Jadi apabila menyebut tentang syariat Allah dan kebenaran, masyarakat tidak seharusnya membayangkan kemundurun dan kedangkalan seperti yang didakyahkan oleh musuh-musuh Islam. Jelas sekali Al-Quran tidak begitu, Rasulullah tidak begitu dan Ahlul Baytnya tidak begitu.

Malah kepimpinan Allah ini memimpin manusia kepada kebijaksanaan,kecergasan,kasih sayang dan perdamaian dan memimpin kepada kesempurnaan dan kebahagiaan didunia ini lagi. Hanya sahaja para pendokongnya yang memakainya secara terbalik meyebabkan ia tidak tampak seperti yang sepatutnya. Dengan itu kita ditertawakan, diasingkan, dipermainkan dan lemah.

Saksikanlah kaum hawa telah merintih terhadap kaum Adam belum lagi kanak-kanak yang dibiarkan, semua hasil daripada kebejatan spiritual yang dididik oleh pemerintah kita selama ini. Yang jelas tidak langsung memperjuangkan hak-hak Al-Quran dan umat Islam sehingga meyebabkan masyarakat kita spiritualnya mundur ke belakang, sedangkan kemajuan dan kecemerlangan rohani adalah matlamat utama para Nabi dan auliya’.

Oleh itu saya menyeru kepada kaum muda belia yang masih cerah hatinya dan yang masih setia pada Islam untuk meyahut serian Ilahi dan menggilap hati mereka dengan madrasah nubuwwah ini agar kita tidak terpolosok sama dalam kebutaan dan ketulian ini yang kian mencengkam masyarakat kita. Dan kita yang dianugerahkan kesihatan jasmani dan hati yang masih segar agar dapat bangkit membantu Rasulullah saw dan pemimpin setelahnya dalam memperjuangkan hak-hak kaum yang lemah dan ditindas. Siapakah lagi kalau bukan kalian!

Sungguh kaum yang lemah seperti kaum wanita, kanak-kanak menanti kebagkitan anda bagi membawa cahaya Islam dan keadilan kepada mereka. Bangkitlah demi keredhaan Allah walaupun bersendirian!

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: