jump to navigation

ISIUKM membela Nabi Mac 16, 2006

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Oleh: Suzaime ZakariaDi awal permulaan tahun 2006 ini, selepas kita meratap sedih kejadian tsunami yang telah mengingatkan kita semua tentang kekuasaan Tuhan,kita telah di kejutkan dengan pelbagai kejadian yang telah mengguris hati dan perasaan kita selaku ummat Islam. Akan tetapi kekecewaaan pada kali ini cukup mendalam kerana agama kita telah di cabar ketuanannya.

Di antara peristiwa yang berlaku adalah episod duka penyiaran karikatur yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.aw. oleh akhbar Jyllands Posten Denmark pada bulan September tahun lepas yang baru disedari oleh ummat Islam tahun ini. Penyiaran karikatur itu juga telah di siarkan lagi oleh beberapa akhbar lain di benua Eropah yang disiarkan mengikut pandangan mereka di atas prinsip kebebasan media. Amat menyedihkan penyiaran itu juga menular kepada akhbar di Malaysia iaitu Sarawak Tribune dan NST. Media perdana TV3, RTM dan NTV7 juga telah mengecewakan kita dengan turut menyiarkan karikatur itu.

Persoalannya, adakah kita boleh lagi berdiam diri dan bersabar dengan segala macam hinaan ini ? Adakah kita rela Agama dan Nabi kita di hina? Sememangnya Nabi kita ada mengingatkan kita semua akan hakikat pahitnya berada di akhir zaman, sehingga pada satu tahap kita diibaratkan berpegang dengan Islam ibarat memegang bara api dan kita terpaksa berpaut pada Islam dengan gigi geraham kita sendiri.

Kita seharusnya bertindak menyuarakan pandangan kita secara bersama terhadap isu ini. Semakin lama kita berdiam diri maka semakin beranilah mereka mencerca Agama dan Nabi kita. Oleh itu kita semua perlu bersatu hati untuk mempertahankan kemuliaan dan kesucian agama Islam. Kita cukup bimbang satu hari nanti jika tiada tindakan yang kita ambil untuk menangani isu ini maka mereka akan terus-terusan menghina Islam.

Umum mengetahui bagaimana peristiwa tahanan di penjara Abu Gharib diperlakukan. Mereka dilayan dengan begitu hina dan jelek sekali. Begitu juga peristiwa yang berlaku di Bosnia satu ketika dahulu yang meruntun hati dan perasaan kita. Saudara seislam kita dibunuh, wanita Islam ditelanjangkan serta dirogol, kanak-kanak dibunuh tanpa belas kasihan dan pelbagai lagi peristiwa yang cukup sukar untuk diungkapkan.

Kita juga masih mengenang peristiwa sedih Shabra Syatilla dimana begitu ramai ummat Islam dibunuh dengan kejam lagi dahsyat. Mungkin kita masih kecil ketika berlaku peristiwa itu namun kenangan itu cukup sukar untuk dilupakan.

Justeru,kita mesti bersatu hati dalam hal ini dan kita mesti berani untuk menyatakan rasa hati kita terhadap peristiwa ini. Jangan kerana kesenangan dan keselesaan yang dianugerahkan pada kita ini membuatkan kita alpa tentang tugas dan tanggungjawab kita untuk sama-sama membela nasib saudara seislam kita yang lain.

Pelbagai tindakan boleh kita ambil untuk menyuarakan pandangan kita, yang penting kita bertindak dengan kelebihan akal yang diberikan kepada kita. Kalau pun kita tidak mampu melakukan perkara yang besar sekurang-kurangnya kita berdoa mohon pada Allah agar perkara ini dapat diselesaikan. Doa ialah senjata terhebat bagi setiap mukmin.

Ikatan Studi Islam (ISIUKM) dalam hal ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan semua badan penyiaran tersebut yang menyiarkan karikatur itu. Kita berpendapat sensitiviti ummat Islam perlu di jaga agar wujud kestabilan di dunia ini. Ini kerana kita ummat Islam tidak pernah menghina serta mencaci mana-mana agama yang lain. Oleh sebab itu kita mengharapkan agar kehormatan agama kita ini khususnya maruah Nabi Muhammad s.a.w tidak lagi di jadikan isu oleh masyarakat secara keseluruhannya.

Nota: Penulis, yang berlatarbelakangkan pengajian dalam undang-undang, merupakan Presiden ISIUKM sesi 2006/2007.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: