jump to navigation

Mana “gerakan mahasiswa”? Mac 26, 2006

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Oleh: Angkatan Pemuda Insaf (Baru)Kelompok mahasiswa adalah salah satu daripada sektor yang paling penting dalam menentukan hala tuju sesuatu masyarakat. Ini adalah kerana kelompok inilah yang benar-benar boleh meyakinkan rakyat tentang sesuatu permasalahan umum. Ini juga disebabkan kelompok mahasiswa merupakan golongan yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik yang boleh dieksplotasi daripada masyarakat.

Hari ini rakyat Malaysia menghadapi pelbagai tekanan oleh kerajaan, tetapi malangnya kenapa Mahasiswa masih membisu seribu bahasa, sambil berdiam diri di kampus masing-masing?

Rakyat sedang ditekan dengan kenaikan harga bahan bakar sebanyak 30 sen, kuasa beli rakyat yang semakin menurun, manakala satu persatu aset strategik negara diratah oleh Singapura, 200,000 Muslim sedang dalam proses untuk murtad, walaubagaimanapun, mahasiswa — yang amat diharapkan oleh rakyat sebagai pembela mereka — sedang berseronok di kampus dengan menghantar SMS undian peserta rancangan realiti TV kegemaran mereka, berpoya-poya dengan kekasih masing-masing, dan aktiviti-aktiviti mencipta rekod Malaysia.

Kenapa mereka tidak mewarisi mahasiswa seperti tahun 1960-an sehingga pada tahun 1970-an yang menyaksikan kebangkitan para mahasiswa dalam memainkan peranan yang besar dalam membantu rakyat di medan pertempuran melawan penguasa zalim.

Daripada isu “Hamid Tuah” sehinggalah “kebangkitan rakyat Baling” yang kebuluran, semuanya disokong penuh oleh gerakan mahasiswa pada ketika itu. Pada masa itu mahasiswa begitu lantang menyuarakan bantahan terhadap penindasan dan kekejaman yang dilakukan oleh pemerintah kepada rakyat bawahan.

Kenapa peranan universiti sebagai pusat untuk mencari ilmu dan kebenaran telah bertukar menjadi kilang yang mengeluarkan produk untuk dijual kepada pasaran, walaupun beratus ribu graduan sekarang menghadapi masalah pengangguran? Mahasiswa juga menghadapi bala pengangguran yang sedang menunggu mereka, tetapi kenapa mahasiswa masih tidak lakukan sesuatu?

Mahasiswa sekelian, janganlah beri alasan AUKU yang menyekat pergerakan mereka dan sebagainya, jika kita benar-benar bersatu dan ikhlas membela rakyat. Hakikatnya, tiada sebarang akta yang mampu menghalang usaha murni kita.

Sejarah telah membuktikan bahawa hanya apabila kelompok mahasiswa dan kelompok buruh mula bekerjasama, maka pembaharuan yang dicita-citakan oleh rakyat akan berjaya tercapai dengan jayanya. Ayuh! Bangunlah segera wahai mahasiswa sekelian. Rakyat amat memerlukan gerakan mahasiswa untuk membela nasib mereka.

Ingatlah, seperti ungkapan Hishamudin Rais, bahawa “hanya anak muda saja yang bisa mendobrak zaman, kerana dunia akhirnya kepunyaan anak-anak muda”.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: