jump to navigation

Ali Bukhari Amir: Memerdekakan Jjiwa Gerakan Mahasiswa (Bahagian Pertama) Mac 27, 2006

Posted by ummahonline in Wawancara.
trackback

Oleh: Aqil Fithri

Selain daripada demostrasi, yang lebih utama ialah pelajar sendiri perlu juga menumpukan kepada bidang pemikiran serta idea dalam mendepani cabaran semasa. Menulis untuk melahirkan pandangan ke atas isu-isu tertentu adalah keutamaan mereka masa kini.

Dalam wawancara bahagian pertama ini, yang asalnya telah dimuatkan dalam ForumNet (II) sebelum ini, Ali Bukhari cuba menekankan dimensi perjuangan pemikiran dalam konteks gerakan mahasiswa sepertimana yang diungkapnya di atas. Jadi, untuk mendekati ideanya, silalah ikuti rakaman fikiran beliau ini:-

Boleh anda berkongsi pengalaman/penglibatan anda dalam gerakan mahasiswa. Dari pengalaman anda, apakah cabaran terbesar yang dihadapi oleh gerakan mahasiswa untuk bergelar sebagai jurubicara rakyat?

Cerita ini tidaklah menarik seperti seumpama mereka yang lain. Pada 1996�97 ketika masuk USM mungkin boleh ditakrifkan keterlibatan itu. Tapi, saya anggap keterlibatan itu bermula sejak zaman sekolah. Selepas tahun 1996-1997 sehinggalah 2001, saya menempuh suatu zaman yang saya namakan �zaman-zaman kegelapan� (dark ages).

Seperti pelajar lain, saya mengikuti program oleh senior. Akhirnya, saya jadi ahli PKPIM. Lagipun, latarbelakang keluarga memang Abim. Ketika itu jarang menulis tapi ghairah bercakap mengenai idea. Di matrik, saya cuba gerakkan penulisan dalam kalangan kawan-kawan badan dakwah. Tetapi, tidak ramai menunjukkan minat.

Saya ramai kawan-kawan yang gemar berbincang tentang pelbagai topik. Tasauf, politik, teologi, zionis, dan lain-lain. Kadang-kadang, kalau kena rakan yang satu kepala, memanglah berjam-jam habiskan masa berbincang mengenai topik-topik yang diminati. Kemudian, kami terpisah satu persatu. Hilang entah ke mana.

Ketika itulah saya ghairah menulis mengenai idea, pandangan dan cadangan, tapi tidak di media aliran perdana, kerana tidak yakin dengan idea kita yang boleh menembusi media. Apatah lagi mempengaruhi pandangan umum. Tetapi, salah satu hal menyebabkan saya menulis, iaitulah Pengarah BTN.

Ketika itu saya suka �berbalas pantun� dengan Datuk Dr. Nordin Kardi sebagai pengacara �Bicara Siswa�. Dia menyambut baik pandangan saya dan mengesorkan agar menulis secara berterusan dan jangan berhenti sambil bercerita tentang pengalamannya yang mendapat kiriman balas daripada Perdana Menteri.

Saya cuba menulis. Tidak lama kemudian, ada yang terbit di Dewan Masyarakat, Mei 2001. Ia berisi saranan saya agar Kementerian Belia dan Sukan diubah nama kepada Kementerian Belia & Pembangunan. Sejak itu, keyakinan mula timbul. Saya meneruskan hal ini dan, saya fikir beliau memantau tulisan saya.

Ini kerana, beliau mengirim emel menyatakan pandangan saya mengenai 31 Mei � Hari Pelajar telah terbit di Massa. (Massa kini telah ditutup). Idea ini saya majukan dalam persatuan.Tetapi, tidak berkembang. Saya fikir, itu emel terakhir beliau kerana barangkali dia sibuk. Saya hilang lagi seorang rakan debat.

Pada Disember 2000 ke Januari 2001, (kalau tak silap) tulisan saya yang bertajuk �Mahasiswa Anti-Establishment� tersiar dalam Dewan Siswa. Gaya bahasa agak nakal di dalamnya. Di akhir tulisan itu, saya mengesorkan �Sistem Parlimen Pelajar�. Namun saya tidak mengulas lanjut mengenai pelaksanaannya. Tetapi, idea Parlimen Pelajar tidak juga berkembang, mungkin kerana tidak ramai mahasiswa membacanya.

Saya berasa gembira kerana pada April 2001, Konvensten Mahasiswa Nasional diadakan di USM dan Naib Canselor, Prof. Zulkifli Abdul Razak dalam ucapannya telah mengusulkan supaya �Parlimen Mahasiswa� dibentuk untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa, berlatih menyampaikan idea-idea untuk pembangunan negara. Ketika itulah mahasiswa rancak membahaskannya kerana liputan mengenai Parlimen Mahasiswa disiar besar-besaran dalam Utusan Malaysia sehinggalah pada Konvensyen MPP IPTA 2002 di Genting Highland, saya mendengar bahawa idea itu dibantah melalui konvensyen itu.

Resah dengan idea-idea tidak berkembang, maka melalui perbincangan bersama sahabat, Garap (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) tertubuh. Ia sebenarnya cenderung kepada gerakan pemikiran seperti Ikhwan as-Safa, golongan cendekiawan, penulis yang tidak dikenali siapakah identiti mereka. Semua ini berlaku dalam era terawangan apabila saya tidak dapat tumpukan pengajian. Jiwa saya bukannya arkitek, tetapi arkitek kepada pembangunan idea. Dalam masa itu, saya berulang kali memohon pertukaran kursus.

Selepas itu hingga 2002, universiti meluluskan permohonan memasuki pengajian Komunikasi dan bermula �era pencerahan�. Di tahun ketiga, saya diberi ruang memimpin Berita Kampus (BK). Memang ia bermasalah kerana lazimnya akhbar pertama diterbitkan kurang berita. Namun, masalah terbesar ialah saat BK, melalui lidah pengarangnya, telah mengkritik cara penggunaan wang universiti yang berlebihan terhadap program hiburan. Sedangkan, wang universiti sepatutnya diperuntukkan kepada program keilmuan.

Di samping itu, BK mengkritik dasar baru HEP � Majlis Penggawa yang melantik kepimpinan desasiswa melalui temuduga. Ertinya, pilihan raya desasiswa (asrama – kolej) dimansuhkan. Apa ertinya Datuk Razali Ismail (Duta Myanmar dan Pro Canselor, USM) berhempas pulas memperjuang nasib Aung San Suu Kyi (Barisan Pro-Demokrasi) yang menentang pemerintahan autokratik junta tentera, tapi dalam masa yang sama, universiti bergerak ke arah menamatkan riwayat demokrasi. Kita tiada keberanian moral.

Kemudian, BK melalui lidah pengarangnya membangkitkan semula wacana lama; �Parlimen Mahasiswa� (atau �Parlimen Pelajar� dalam istilah saya). Hal ini kerana, debat mengenainya sudah tidak lagi kedengaran sejak konvensyen Genting Highland itu telah �membunuhnya�. Dengan ketiga-tiga isu itulah bermulanya konflik BK � HEP.

Dalam masa yang sama, saya cuba menjanakan idea Sepkom (Sekretariat Pelajar Kewartawanan Muslim). Namun, ada pro � kontra. Seorang pensyarah beraliran Marxist, tidak jadi membatalkan satu tutorial kerana ingin berdebat mengenainya.

�Sepatutnya, saya dah batalkan tutorial ini, tetapi bila dapat tahu mengenai idea ni, maka tutorial ini tidak jadi saya batalkan semata-mata nak berdebat dengan awak,� katanya. Malangnya, saya tidak hadir kerana saya diberitahu tutorial itu batal. Ada lagi pihak tertentu yang tidak senang, maka ia terhenti seketika. Di samping itu, kita terpaksa mengakui hakikat pahit, bahawa kita dikelilingi insan yang tidak ghairah dengan idea. Dua tiga keluaran BK berikutnya, Minah Kerek telah mengkritik program Aman Damai Idol (Adi) di dalam ruangan pojoknya. Hal itu mendapat reaksi hangat dari ramai pihak. Lada Burung, seorang ahli jawatankuasa Adi misalnya, telah menulis surat kepada BK. Katanya, Adi itu aktiviti sah, bukan haram serta mendapat kelulusan Hep.BK siarkan surat itu sepenuhnya agar mereka berpuas hati.

Saya mahu menjawab surat itu, tapi pihak atasan BK tidak meluluskannya; khuatir dengan masa depan BK yang mungkin terancam. Namun, sejauhmanakah kita mahu tutup semua suara. Akibatnya, meletup juga �Demokrasi Universiti Sudah Mati� di media luar.

Kebetulan, ketika itu ada seorang pensyarah menyebut perihal anti-intelektual lalu merujuk kepada kegelisahan pemikir Barat terhadap fenomena ini di universiti USA. Lalu kesempatan itu diambil untuk menulis ke Harakah dan Harakahdaily. Akhirnya, tragedi drama episod bersiri ini menjadi yang terhangat di pasaran Idealis Mahasiswa.

Ketika dihadapkan ke Jawatankuasa Siasatan, antara hal yang menyebabkan saya berasa puas hati ialah ketika ditanya oleh salah seorang panel penyiasat,�Kamu sedarkah, bahawa tindakan menulis mengenai Adi ini telah menyebabkan buruk nama universiti?�

Alangkah bodohnya soalan ini, saya berkata, �Tidak, siapa yang menggerakkan Adi inilah yang sebenarnya telah memburukkan imej universiti. Pada pendapat saya, kita perlu takrifkan siapakah sebenarnya yang mencemar imej universiti.� Panelis itu tunduk tidak menjawab. Bagaimana dia mahu menjawab. Dia tiada keberanian moral kerana idea melancarkan Adi itu adalah cetusan ideanya sendiri. Itu kali pertama saya rasa puas hati.

Bercakap mengenai cabaran terbesar gerakan pelajar ialah pertamanya berpunca daripada ketakutan terhadap bayang-bayang mereka sendiri. Majoritinya akan mendakwa bahawa Auku itulah yang menyekat mereka. Walhal Auku itu adalah selemah-lemah akta jika dibandingkan dengan perundangan lain. Pada faham saya,Auku ialah undang-undang yang tidak masuk akal dan tidak berdaulat. Suatu undang-undang yang tidak didebatkan secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum dikanunkan, adalah tertolak.

Sebelum undang-undang Melayu mengenai �ketaatan� sekalian hamba Melayu itu terhadap raja-raja dikuatkuasakan, maka debat antara Sang Sapurba (Raja) dan Demang Lebar Daun (Rakyat) dimulakan terlebih dahulu. Raja berjanji untuk memerintah dengan �adil� dan membantu rakyatnya. Maka, dengan sebab itu, titah perintah raja menjadi akta lalu di�dekree�kan dan digazetkan menjadi �undang-undang� di zaman silam.

Kemudian, sebelum raja-raja memasuki balairong seri, rakyat bangun menyembah dengan laungan, �Daulat Tuanku!�. Maknanya, selepas mendengar permasalahan rakyat, titah perintah raja sebagai respon terhadap segala permasalahan negara yang dibangkitkan menjadi undang-undang negara pula. Apakah Auku pernah didebatkan kepada mahasiswa sebelum dikanunkan dan dikuatkuasakan kepada sekalian mahasiswa?

Orang yang takut kepada Auku, (semoga saya tersilap) bererti telah �bertuhankan� kepada insan yang lemah. Dalam konteks mahasiswa Islam, puncanya berakar dari hilang ketakutan kepada Allah. Yang tidak berpuasa, menunaikan solat serta melanggar perintah Allah s.w.t yang lain seperti yang terkandung dalam �akta�perlembagaan� al-Qur�an, tapi merasakan hal itu perkara biasa saja, memanglah ramai.

Apabila ketakutan kepada �akta dan perlembagaan� Allah mula pudar, maka Allah akan menggantikan ketakutan kepadaNya kepada ketakutan terhadap akta – perlembagaan universiti. Demikianlah caranya untuk mengembalikan kekuatan kita. Iaitu, kembali taat, bertaubat dan patuh kepada akta perlembagaan Tuhan, maka perlembagaan dan akta manusia akan dipandang kecil sahaja. Hal ini ada kaitannya dengan iman kita.

Saya kebetulan sempat bertemu dengan pelajar Indonesia beberapa bulan lalu. Ada kalangan mereka yang bercerita bahawa menulis dengan nada kritikal di akhbar itu sudah lumrah. Demonstrasi dianggap sebagai suatu yang biasa.

�Bukankah semua itu risiko yang mesti ditempuh? Mas Ali, sekatan yang sebenar bukannya Auku, tapi dinding �ketakutan� yang menebal dalam jiwa,� kata mereka ketika beraksi membantah isu Baitulmaqdis dua bulan lalu bersama Partai Keadilan Sejahtera.

Ringkasnya, pada pandangan saya, selain daripada demonstrasi, yang lebih utama ialah pelajar sendiri perlu juga menumpukan kepada bidang pemikiran serta idea dalam mendepani cabaran semasa. Menulis untuk melahirkan pandangan ke atas isu-isu tertentu adalah keutamaan mereka masa kini.

Secara jujur, apa komentar anda terhadap gerakan mahasiswa Malaysia hari ini? Membanggakan atau memalukan?

�Kamu ingat semua pensyarah yang ada sekarang ini boleh �pakai� ke?� seorang bekas pensyarah sastera bertanya kepada saya di suatu hari. Beliau juga pernah berjuang semasa bergelar mahasiswa bersama Fatimah Sham (anak kepada petani Hamid Tuah) di USM tidak lama dahulu.

Lama saya termenung dan berfikir mengenai persoalan yang dibangkitkan. Pernah saya terdengar mengenai �pensyarah kangkung�, iaitu cendekiawan yang tidak menjawab masalah sekitar mereka. Mereka fikir tanggungjawab mereka cuma mengajar mahasiswa. Jadi, tanggungjawab sosial ke atas masyarakat bukan bidang mereka.

�Teruklah Dr., kalau pensyarah yang ada kini, tidak boleh diharap,� balas saya. �Kalau begitu, nak harap pada siapa lagi?�. Hassan Karim pernah dalam satu tulisannya menyebut bahawa antara kelemahan pelajar ialah kekurangan pengalaman dan keilmuan mereka sendiri. Saya fikir, dalam hal ini, guru memainkan peranan penting.

Selalu kita diperingatkan oleh guru-guru. Janganlah malu bertanya, malu bertanya sesat jalan. Tetapi, keadaan terbalik. Kini, pelajar sesat bertanya. Akibatnya mereka malu berjalan pula. Itulah yang berlaku. Apa yang maksudkan dengan �sesat� dalam pertanyaan itu, ialah pelajar tidak tahu siapakah yang patut dirujuk. Mereka keliru. TNC kata begini, Auku kata begitu. Pensyarah kata di sini, Auku kata di situ. Jadi bagaimana pergerakan dan perjalanan mahu bermula?

Mahasiswa dulu dipimpin di bawah payung keintelektualan Prof Diraja Ungku Aziz, mantan Naib Canselor UM, pelajar juga bernaung di bawah lembayung pemikiran Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Tan Sri Hamzah Sendut dan lain-lain. Kalau dahulu, murid yang baik dipimpin guru yang baik.

Tetapi, keadaan sudah berubah. Sama ada pelajar yang berpotensi, lalu menerima ajaran �sesat�, atau pun kedua-duanya, mahasiswa serta mahaguru, sama-sama menderita kemerosotan budi, terancam dan terhimpit dek kemiskinan hikmah, lalu bankrap idea.

Tapi, hal yang tidak boleh kita kompromikan ialah pendirian mahaguru universiti yang memang telah ranum pengalaman masak keilmuannya dan terlatih pula dengan teori penyelidikan, tetapi memendam kepakarannya secara sengaja. Akibatnya, pelajar-pelajar kita akan �sesat� dan penjelajahan ilmu dan kembaraan spiritualnya.

Mahaguru universiti yang pro-kerajaan akan terus dijadikan panelis forum-forum menjelang pilihan raya. Sementara guru yang pro-pembangkang dicacatkan keilmuannya, dicaci cela, dimaki nista. Ringkasnya, memalukan atau membanggakan gerakan pelajar hari adalah bersebabkan. Maka, tidak adil menghukum kebaikan dan keburukan jika tidak meneropong segala faktor dalaman dan luaran.

Berbalik kepada hal di atas, apakah gerakan pelajar Malaysia boleh dibanggakan atau memalukan? Jawapannya, ia tidaklah membanggakan dan tidaklah amat memalukan. Hal ini kerana, suatu perkara yang mesti difahami ialah, mahasiswa ialah golongan yang sentiasa belajar. Sudah tentu mereka melakukan pelbagai kesilapan ketika melalui proses pembelajaran itu. Dan hal itu berlarutan sampai bila-bila.

Selain itu, pelajar informer yang membekalkan segala maklumat gerakan tidaklah begitu kuat berbanding sekarang. Informer dahulu langsung tidak dibantu kerajaan seperti kini yang lengkap dengan bantuan akhbarnya, laman internetnya, kelab serta persatuan tertentu dalam universiti dan dana khusus menjelang pilihan raya kampus.

Selain Mahasiswa Negara, wujud juga suratkhabar dalam universiti yang kritikal. Ada Warta PKPIM termasuklah penerbitan-penerbitan kecil, tapi diedar secara konsisten bertenaga dalam menyalurkan idea dan pandangan mahasiswa dari semasa ke semasa.

Di Indonesia, wacana-wacana mengenai penerbitan mahasiswa ini sudah rancak. Istilah umum yang digunakan ialah �pers (press) mahasiswa�. Adakah tahap tulisan serta pemikiran kita sudah sampai ke tahap membangunkan sebuah akhbar sendiri? Saya tidak tahu mengukur sejauh mana rakan-rakan kita menyedari kepentingan media ini. Banyak isu-isu pendidikan yang diambil oleh media aliran perdana, tapi kita boleh mengupasnya dengan lebih mendalam dan mendasar lagi.

Demikian juga dengan penerbitan buku-buku mengenai kemahasiswaan. Hingga kini, buku Mahasiswa Menggugat itulah yang menjadi sandaran utama mahasiswa jikalau mereka melibatkan diri di dalam tulisan mereka. Ringkasnya, semua faktor kekuatan dan kelemahan ini perlu diambil kira. Perpecahan telah pun berlaku dan titik persamaan harus dipertemukan dari sekarang dan selama-lamanya. Semoga prestasi generasi depan lebih membanggakan dari hari ini �

Di manakah perbezaan gerakan mahasiswa negara kita berbanding dengan gerakan mahasiswa antarabangsa yang lain? Sebab dari pengalaman banyak gerakan mahasiswa global seperti di Korea Selatan, Indonesia, UK, Iran dll, mereka semua tampaknya betul-betul mengugat dan mengagumkan kita! Dan, kita pula seolah-olah jauh ketinggalan?

Saya sendiri hairan dan tidak tahu di mana puncanya. Jika dikatakan mereka tiada perundangan seperti Auku, di Indonesia sendiri apa kurangnya? Berapa ramai pelajar ditangkap, dihumban ke dalam lokap, terbunuh dan mayat mereka hilang entah ke mana. Itu cerita di zaman Suharto tahun 1998.

Kedutaan Amerika di Jakarta terpaksa ditutup buat sementara waktu mengikut laporan media perdana kita tidak lama dahulu. Begitu juga di Korea, kebetulan saya baru pulang dari sana. Pengkalan tentera Amerika dan kedutaannya dikawal rapi. Semuanya itu gara-gara kelompok pendesak dari pelbagai pertubuhan termasuklah pelajar.

Di United Kingdom, Presidennya, Tony Blair pula berpeluh kerana dihujani ribuan pertanyaan daripada mahasiswa mengenai tindakannya menyokong pencerobohan di Iraq. Demikianlah Thaksin Shinnawatra, Perdana Menteri Thailand yang telah dikecam hebat oleh mahasiswa kerana bersikap biadap kepada pembunuhan beramai-ramai di Tak Bai (Tabal) tidak lama dahulu.

Kadangkala saya fikir, kita tidak tahu dari mana kita patut bermula. Sebenarnya, dari segi semangatnya, mungkin kita kurang. Itu agakan saya sahaja. Jika dari segi ilmu, kadangkala saya fikir, mungkin Indonesia lebih jauh lagi ke depan,agakan saya begitulah. Puncanya kerana, pengalaman saya di Indonesia April lalu, kebanyakan mahasiswa yang aktif dengan pemikiran masih mengikuti tulisan Istac melalui langganan majalah.

�Kami memang melanggan majalah Akademia ini kerana kami memang berdepan dengan Islam Liberal yang bertapak kukuh di sini,� kata seorang aktivis KAMMI. �Jadi, sumber pemikiran kami memang berdasarkan dari majalah ini.�

Ada kebanggaan tercuit dalam hati saya. Rupa-rupanya mereka mengenali al-Attas dan murid-muridnya di Istac. Saya tidak tahu berapa ramai dari kalangan mahasiswa kita yang mengenali Istac. Dalam hati saya terfikir, �Mereka ini di Indonesia, tapi memanglah Istac terkenal di sini.� Lalu saya fahamlah. Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Adakah kita jauhari atau manikam. Entahlah. Saya bersetuju bahawa generasi hari ini suka menciplak idea lalu dikumandangkan di dalam muktamar, seminar-seminar. Itu, barangkali betul juga. Mungkin silap. Sekarang, bolehkah kita cari satu perkara yang agak unik, mungkin besar bagi sesetengah orang dan releven pula untuk diketengahkan?

Hal itu kita namakan sebagai penjajahan. Sejak robohnya kota Melaka, penjajah turut hadir ke dalam negara kita untuk menjadikan polisi mereka mengenai ekonomi turut dianuti oleh kebanyakan pemimpin negara. Ambillah satu contoh, Amerika adalah negara penjajah. Mereka juga pengganas, bagaimana kita boleh benarkan pengganas ini sentiasa berada di negara kita? Maksudnya, sebuah pusat kajian mengenai keganasan diwujudkan sedangkan kini, Amerika dan PBB belum memutuskan takrif pengganas.

Kemudian, Perdana Menteri telah menyatakan sikapnya untuk memerangi industri rasuah habis-habisan hingga ke akar umbi. Bolehkah kita sama-sama duduk semeja serta bertukar-tukar fikiran mengenai kaedah-kaedah yang sesuai untuk membanteras rasuah? Lagipun, antara sebab penjajahan berlaku di Melaka dahulu kerana rasuah juga.

Saudara, letih juga kita bercakap mengenai perbezaan antara mahasiswa luar dan dalam negeri. Saya fikir, kalau kita bertindak sekarang, mungkin kita akan meninggalkan bekas dan kesan kepada generasi muda di masa depan. Boleh kita bermula sekarang?

Antara ungkapan Hishamuddin Rais yang signifikan ialah, �hanya anak muda saja yang bisa mendobrak zaman�. Maksud yang sama turut di ulang oleh Amien Rais yang turut menyifatkan hanya golongan mahasiswa sahaja yang mampu mengerakkan reformasi sesebuah negara. Kita sebenarnya agak curiga dengan idea kedua-dua tokoh ini. Adakah orang tua tidak memang tidak boleh diharapkan untuk memimpin perubahan negara atau zaman? Dan, mestikah segala-galanya tentang perjuangan rakyat haruslah di diterajui oleh anak muda seperti gerakan mahasiswa?

Hingga kini saya tidak faham kenapa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir tidak memberi sebarang respon kepada gagasan Islamic Union (IU) tatkala presiden Iran, Khatami menyampaikan ucapan mengenainya (IU) beberapa tahun lalu. IU adalah suatu usul yang cuba dikembangkan oleh Khatami supaya negara-negara Islam bersatu seperti Europe Union (EU) dalam mendepani kemaraan globalis.

Presiden Pas Haji Abdul Hadi Awang telah memberikan responnya bahawa beliau menyetujui cadangan IU tersebut. Tiada siapa yang mengetahuinya dan saya fikir tiadalah laporan yang mendalam mengenai IU itu di dalam akhbar oleh mana-mana wartawan.

Sekarang ini, Tun Dr. Mahathir ghairah bercakap tentang mata wang Dinar Emas. Saya fikir, kalaulah sejak duhulu beliau menyokong gagasan IU, ertinya mata wang itu sudah boleh digunakan. Agakan awal saya begitulah. Ini kerana, EU yang ditubuhkan itu akhirnya dengan segera merumuskan bahawa, mata wang Euro dibentuk untuk berdepan dengan nilai mata wang dollar Amerika yang tidak tetap dan mudah dimanipulasikan.

Sengaja saya bangkitkan cerita lama ini dengan hujah baru, iaitu, para pemimpin Melayu kita dilanda dilema. Dan biar kita namakan dilema itu sebagai �Dilema Pemimpin Melayu�. Kalau kita sudah ada Dilema Melayu, mustahil Pemimpin Melayu tiada dilema. Ini kerana, dalam mana-mana negara pun, kelompok penguasa dan rakyat saling wujud dalam harmoni, bantu-membantu dan tidak kurang juga bersengketa konflik.

Apabila mereka berkonflik, maka tercetuslah sesuatu yang diistilahkan dilema atau dalam perkataan Melayu, �Diluah mati emak, ditelan mati bapa�. Kita mahu selesaikan konflik, tetapi tidak mahu ada pihak yang tersisih dan terpinggir. Di antara tanah peneroka dan wang pampasan yang tidak seimbang, manakah yang mahu dinilai? Kadangkala, (dan selalunya begitulah) pemimpin memihak kepada projek pembangunan lalu mengabaikan jeritan petani dan pemilik tanah. Semua itu pantas dilakukan dengan melalui sogokan.

Demikianlah jika tidak mahu selesaikan masalah secara berhati-hati dan waspada. Kalau betul-betul mahu selesaikan konflik, memang pemimpin selalu bergelut di antara dilema; mahu korbankan hak peribadi untuk kepentingan rakyat umum atau korbankanlah kepentingan rakyat umum, lalu selamatkan hak milik sendiri dan kroni.

Said Zahari (bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu) menulis di dalam bukunya mengenai rundingan Baling antara Chin Peng dan Tunku Abdul Rahman. Suatu perkara yang mengejutkan kita dan ia terpendam dalam sejarah kita ialah Tunku Abdul Rahman sendiri tidak mahu rundingan itu berjaya.

Memoir Said Zahari, Meniti Lautan Gelora menyatakan bahawa Perdana Menteri itu mengadakan rundingan dengan niat memutarkan pandangan umum mengenai dirinya agar kelihatan demokratik. Ketika ditanya adakah Tunku berdukacita kerana rundingan itu gagal, Tunku berkata, �Saya sebenarnya, tidak mahu rundingan berjaya.�Sebenarnya ada banyak lagi contoh yang menunjukkan sikap tidak ikhlas pemimpin Melayu.

Dari awal, saya bangkitkan gagasan I.U dengan pendirian bekas perdana menteri. Kekadang, timbul di benak saya bahawa antara sikap buruk pemimpin kita ialah mereka suka jika cadangan mereka itu disokong orang. Mereka ini mahu mendahului. Boleh jadi, jika mereka menyokong orang lain, maka kelihatanlah kekurangan mereka. Itulah Dilema Pemimpin Melayu. Banyak dasar-dasar mereka yang silap. Tapi tak mungkin dibetulkan.

Anda tentu tertanya, kenapa? Ini kerana, jika mereka menukar dasar kerana pihak pembangkang yang mendesaknya, akan kelihatanlah mereka yang salah selama ini. Mana boleh. Pemimpin tidak boleh buat silap. Mereka akan sentiasa betul. �The Might is Right�.

Guru-guru wartawan selalu mengingatkan bahawa, dalam penulisan berita hujah dan pendapat anda mestilah dikombinasikan dengan fakta. Banyak orang rebah kerana mereka terlalu beremosi,seorang guru wartawan berkata,�Antara pertempuran emosi dan fakta, maka faktalah yang menang�. Rupa-rupanya, dalam politik, hal itu tidak berlaku.

Syahadan, Kongres Pendidikan Melayu menjadi sandarannya. Banyaklah panelis yang terdiri dari kalangan tokoh akademik dan cendekiawan Melayu membentang fakta serta data mengenai kejatuhan prestasi akademik pelajar Melayu. Terutamanya di dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Hal ini menjadi bukti kukuh, bahawa kepenggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar Sains dan Matematik adalah salah.

Tapi, apa kata pemimpin politik? Kata seorang pemimpin tertinggi Pemuda Umno �Kita tidak boleh menukar dengan tergesa-gesa, kerana ini akan menunjukkan kelemahan kerajaan�. Adakah kerana tidak mahu menunjukkan pentadbiran kita lemah, maka soal pendidikan Melayu diabaikan? Dan banyak lagilah ucapan-ucapan yang tidak masuk akal yang berselerak di dada akhbar.

Namun, dalam diam-diam, seorang ahli Umno sempat berbisik ke telinga, �Yang sebenarnya, mereka tidak mahu menjatuhkan aib Perdana Menteri terdahulu. Kalau tidak, pihak pembangkang akan jadikan hal ini isu-isu dalam ceramah�. Entah betul, entahkan tidak katanya itu. Tetapi, oleh kerana dia ahli Umno dan rapat pula dengan orang atasan, maka saya nukilkan juga hal itu di sini.

Termasuklah akhbar mainstream sendiri tidak mempunyai pendirian yang kukuh mengenai hal ini. Demikianlah, apabila fakta bertembung emosi, maka emosi kerajaanlah yang menang. Ternyata, hukum hakam kewartawanan dan kebijakan ahli akademik telah termansuh dengan sendirinya bila berdepan dengan keangkuhan penguasa.

Oleh itu, dengan fakta-fakta di atas, maka bagaimanakah kita boleh mempercayai pemimpin yang tua angkuh boleh mendobrak zaman? Ini kerana, mereka itu tebal dengan keangkuhan. Jika begini, memang umat akan bergantung harap kepada generasi muda.

Kesimpulannya, pemimpin kita khususnya Melayu telah terjebak dalam sindrom yang dinamakan �Dilema Pemimpin Melayu�. Orang yang di dalam dilema, menghadapi kesukaran memimpin anak bangsanya. Maka, apakah yang kita harapkan lagi perubahan di tangan orang-orang tua yang terbelenggu dalam dilema?

Parasit sosial istilah yang diutarakan oleh Amien Rais bagi mengambarkan kelesuan gerakan mahasiswa. Mungkinkah iklim mahasiswa Malaysia dewasa ini sudah boleh disifatkan mencapai tahap parasit sosial?

Wallahu A�lam. Pendapat manusia adakalanya total betul. Adakala separuh benar. Bergantung kepada bagaimana huraiannya. Dari sudut apa, kita ini parasit sosial? Adakah kita mewawancarai beliau berhubung definisinya itu lebih mendalam?Rasa-rasanya ganjil pula ketika mendengar orang luar mentakrifkan kita begitu. Sejauh mana beliau mengenal permasalahan mahasiswa kita di sini?

Namun begitu, dalam fahaman saya (semoga saya tersilap lagi), kerajaan kita jauh lebih lama menggambarkan kita sebagai �parasit sosial� secara tersirat. Tapi kita sendiri tidak menyedarinya. Apakah erti �parasit� itu? Tanpa membuka kamus, konotasi �parasit� menjulang makna yang jauh lebih buruk daripada �sampah masyarakat (sosial)�.

Sekurang-kurangnya, istilah �sampah� jika dikembar dengan �masyarakat�, kurang menyusahkan daripada �parasit�.Sampah hanyalah dibuang dan mungkin boleh dikitarkan semula jika kena caranya. Tapi, �parasit� adalah suatu kehidupan yang jika ingin dibunuh, maknanya kita membunuh kemanusiaan, jika dibiarkan terus hidup, parasit ini akan terus bertambah menyusahkan, mengutip hasil titik peluh, kudrat dan darah masyarakat untuk kepentingan diri sendiri. Dalam makna lain, �lintah�, pun sejenis parasit juga.

Sekali lagi, penyakit sosial; �label-melabel� hadir di dalam dunia akademik yang berjubahkan politik. Kalau ego menebal, mungkin kita akan menolaknya mentah-mentah. Kalau rasional, seperti yang saya katakan tadi, mungkin kita hantar wakil untuk bertanya kepada beliau mengenai apakah maksud sebenarnya itu. Kalau ego kita menipis, lalu kita akan mengiyakan sahajalah label �parasit sosial� tersebut.

Sekarang kita boleh ambil sekurang-kurangnya tiga pendekatan. Diam, membalas semula dengan label yang boleh kita fikirkan bersama, atau pun bermuzakarah. Itu semua bergantung kepada cara kita berfikir dan menimbang berat pandangan masing-masing.

Kita juga boleh menjawab dengan melabel semula akademik berjubahkan politik itu dan mesti sedia berperang menggunakan idea juga serta bukan perarakan demonstrasi jalanan. Kesannya, boleh jadi banyak masa dan tenaga habis dalam usaha kita menangkis hujah dan mungkin kalah pula. Semuanya ada risiko yang tersendiri.

Sekali lagi, saya ingin bertanya, kita memilih yang mana? Jika saya, jawapannya ya (semoga saya tersilap lagi). Hujah saya begini. Sejak dahulu, peranan kapitalis, kaum pemodal atau lintah darat sering hadir dalam masyarakat Melayu.Bangsa kita banyak kali tertekan dan tertindas dengan sebab amalan hutang kepada �ceti�. Anda boleh lihat semua fenomena ini hadir dalam kebanyakan filem klasik Melayu khususnya P. Ramlee.

Sekarang, hal yang sama berlaku, lintah darat (gelaran kuno kepada kapitalis) ini menindas mahasiswa melalui berhutang. Memang banyak hadis-hadis Nabi yang selalu melarang kita dari berhutang. Selalunya orang berhutang itu akan ditimpa kehinaan selagi mana mereka belum melangsaikan hutangnya.

Program PTPTN adalah satu program yang sepatutnya membantu pelajar. Tetapi, oleh kerana ia adalah hutang, maka kehinaan itu tertimpa ke atas semua mahasiswa. Hatta mereka yang tidak meminjam PTPTN pun akan terpalit sama dalam kehinaan itu.Oleh itu kita biasa mendengar tokoh-tokoh politik, selalunya kerajaan akan sentiasa mengugut kita supaya tidak terlibat dengan hal yang bersalahan dengan Auku, jikalau tidak PTPTN akan dipotong. Sebenarnya, ada banyak lagi hal yang boleh kita ambil contoh.

Ketika kita berhutang kepada PTPTN, kita juga telah berhutang kepada KWSP.Ini kerana, saban tahun PTPTN telah berhutang berbilion ringgit kepada KWSP dan hutang ini masih belum dilunaskan. Yang memilukan dan memalukan kita, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan wang ini secara �peribadi� atau �berkumpulan�.

Jika secara peribadi, mereka lebih suka menukar telefon bimbit daripada membeli buku-buku ilmiah dan lain-lain. Kalau yang menggunakan wang PTPTN (KWSP) secara tidak bertanggungjawab dalam �kumpulan�, contoh yang paling ketara, mereka cenderung membuat acara nyanyian, hiburan yang tiada kaitan dengan akademik.

Kalaulah ibu bapa kita atau sesiapa sahaja yang menabung di dalam KWSP yang tahu mengenai amalan ini berleluasa di seluruh universiti, alangkah malunya kita.Apakah dengan cara ini, kita tidak layak menerima �anugerah� sebagai �parasit sosial�?. Mungkin pahit untuk ditelan, tetapi hakikat ini terpaksalah kita terimanya. Bukankah �parasit� tidak menyumbang apa-apa kepada umat? Bahkan kita hanya meratah tulang serta berkuahkan darah kaum buruh seluruh Malaysia. Anda fikir bagaimana? (semoga saya tersilap).

Mengapa mahasiswa Malaysia gagal untuk berperanan sebagai suara pengimbang antara parti pemerintah dengan parti oposisi? Di kira gerakan mahasiswa hari ini seperti �hidup segan, mati tidak mahu�; umpama gerakan yang langsung tidak membawa apa-apa erti dalam konteks sosio-politik nasional!

Boleh juga mahasiswa menjadi suara pengimbang. Namun, boleh juga mereka ini memihak. Ada dua perkara yang boleh diperhalusi di sini. Pelajar mahu memihak kepada �parti� atau �isu�? Kalau seseorang pelajar mewakili Parti A, namun ada waktu-waktunya, kalau dia tidak menyetujui pendirian isu-isu yang diperjuangkan oleh Parti A, adakah dia akan terus memihak kepada parti tersebut?

Adilkan jika dia mengambil sikap berkecuali atau membuang undi rosak? Dilema yang dihadapi oleh kebanyakan orang ialah, mereka masih setia kepada sesuatu parti, tapi ketika pendirian presiden Parti A itu ditakrifkan sebagai pendirian parti tanpa mesyuarat, debat dan undian yang menyeluruh, maka sebarang tindakan protes mereka itu dikatakan tidak setia kepada parti, tidak patriotik dan sebagainya.

Demikianlah antara masalah yang timbul jikalau kita ingin memihak kepada parti dan isu-isu yang diperjuangkan oleh parti. Tetapi, di sana, ada juga yang menyoal kenapa mahasiswa tidak menjadi orang tengah yang berdiri di antara dua parti yang bertelagah? Saya fikir, kita bukan menghadapi masalah kurang pemimpin, tapi terlebih pemimpin.

Dalam banyak pemimpin, kita sendiri sukar mencari siapakah yang benar-benar layak untuk memimpin. Walaubagaimanapun, kepimpinan yang meletakkan diri mereka sebagai kuasa pengimbang sebenarnya terletak kepada keilmuan dan kekuatan moral.Jika ditinjau perkembangan intelektual Rasulullah sebelum Baginda diangkat menjadi Rasul, ada kisah di mana Baginda menjadi orang tengah dalam pertikaian pemimpin kabilah.

Puncanya, Batu Hajar al-Aswad jatuh dan pemimpin kabilah masing-masing telah mendakwa bahawa mereka yang lebih berhak meletakkan batu itu ditempatnya. Kekuatan peribadi Rasulullah dan pengaruh kebenaran kata-katanya menjadikan pemimpin percaya kepada tindakannya. Maka, keempat-empat pemimpin mengangkat batu itu di atas sehelai kain. Peliknya, ketika hampir ke tempat Hajar al-Aswad, mereka mengizinkan Rasulullah s.a.w meletakkan batu tersebut ke tempatnya.

Adakah mahasiswa hari ini mempunyai kebenaran lidahnya, kekuatan ilmu serta moral untuk melengkapkan mereka sebagai kuasa pengimbang? Mereka mampu, kalaulah bukan hari ini, mungkin 10, atau 100 tahun lagi sebelum tibanya mujaddid mahasiswa itu. Dengan melihat kepada kekuatan akhlak dan peribadi Nabi Muhammad,Baginda juga ada musuh-musuhnya. Tetapi musuh-musuhnya berbeza dengan musuh-musuh mahasiswa.

Jika ditanya, adakah mereka memusuhi Rasulullah kerana keburukan akhlaknya? Mereka pasti berkata, bahkan akhlaknya terpuji. Akhirnya, mereka terpaksa memutuskan bahawa, kami memerangi Rasulullah bukan kerana peribadi Nabi yang jahat, tapi mereka sendirilah yang jahat sebenarnya.

Hari ini, jika kita bertanya kepada umat, pemimpin kerajaan dan sesiapa sahaja; kenapa anda memusuhi pergerakan mahasiswa walaupun mereka datang bukannya untuk merampas apa-apa dari anda. Kemungkinan besar, kita mendengar bahawa mahasiswa itu pinjam duit PTPTN tetapi tidak mahu membayarnya.

PTPTN meminjam wang dari KWSP, tetapi wang itu digunakan untuk berbelanja bertukar telefon bimbit, beli motor mewah, dan lain-lain yang membazirkan wang KWSP sendiri. Bahkan, kalau dilaburkan kepada kolej, asrama dan desasiswa, mungkin pelajar akan mengguna wang PTPTN (KWSP) untuk menaja acara-acara hiburan secara berpakej bergilir-gilir di kediaman mereka. Itu baru cerita PTPTN dan KWSP.

Mungkin juga dalam Bicara Siswa mereka memberi respon lain yang negatif juga. Mungkin, idea tidak bernas.Pandangan mereka klise dan merupakan cedukan dan saduran daripada orang lain. Sebab itulah agaknya, Debat Perdana lebih bertahan daripada Bicara Siswa. Dalam suasana begini, bolehkah mereka menjadi kuasa pengimbang?

Jadi,kekuatan peribadi Rasulullah s.a.w itu dimusuhi bukanlah kerana Baginda itu tidak bermoral, tetapi musuhnya sendiri yang bermasalah. Jika dibandingkan dengan kita, mereka kita sendiri yang bermasalah walaupun �musuh-musuh� kita juga bermasalah.Jadi sebelum itu, marilah kita bermuhasabah dengan lebih terperinci.

Seharusnya kita bertanya kepada diri sendiri. Berapa ramaikah yang mengadakan perbincangan, dialog dengan menteri-menteri tertentu berhubung dengan apa jua isu-isu nasional dan internasional. Berapa ramai yang boleh menongkah arus saat pandangannya boleh jadi mendapat tentangan dan kritikan hebat dari orang luar?

Berapa ramai yang boleh melahirkan idea dan pandangan-pandangan baru serta berani mempertahan pendapatnya dengan membekalkan fakta dan hujah yang mantap?

Kenapa ada yang merasa kerdil apabila mengenang diri mereka sebagai seseorang yang tiada jawatan dalam persatuan? Adakah dengan tiadanya jawatan dalam persatuan, maka mereka tidak layak melahirkan satu pandangan peribadi di akhbar dan media?

Apabila kita dicerca dengan pelbagai tuduhan serta tohmahan, berapa ramai pula yang sanggup, berani dan tangkas menjawab tuduhan dan tohmahan liar itu secara ilmiah dan bertenaga pula? (sekali lagi, tidak klise dan bukan ikut-ikutan).

Adakah anda bersetuju parti-parti politik meluaskan pengaruhnya ke dalam kampus seperti usaha tersirat yang telah dan akan dilakukan oleh Puteri dan Putera Umno? Apa impaknya terhadap gerakan mahasiswa?

Sudah tentu saya bersetuju. Manusia adalah insan politik. Dalam kampus, politik adalah pelbagai warnanya. Politik kampus bukan setakat pertempuran merebut kekuasaan MPP antara pro-kerajaan dan pro-pembangkang. Ia juga melibatkan isu kenaikan pangkat NC, TNC, kenaikan gaji pensyarah, kehadiran SB yang memantau ucapan pensyarah dalam IPT, pihak luar menaja pelajar pro-kerajaan dan pro-pembangkang dan lainnya.

Politik adalah kepimpinan dan parti itu adalah wadah untuk seseorang memimpin. Kita boleh merujuk di dalam al-Qur�an betapa konsep Khalifah (politik) ini, adalah antara faktor yang manusia itu diturunkan ke bumi untuk mentadbir dan memimpin bumi ini. Parti pula hanyalah alat untuk melancarkan kepimpinan.

Bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin politik dahulu telah menceburi politik kepartian seawal usia muda remaja mereka. Mereka ghairah berpolitik, menulis di akhbar tanpa sebarang sekatan. Maka, apa sebabnya kita dihalang berparti?

Dulu, saya pun termasuk dalam kumpulan yang menentang kemasukan parti-parti politik dalam kampus. Tapi, setelah difikir sedalam-dalamnya, kenyataan itu tidak masuk akal, lalu saya menolaknya.

Apa salahnya politik kepartian? Apa salahnya jika ada Putera serta Puteri Umno, Keadilan, Pas dan lain-lain parti dalam kampus?. Namakan pertubuhan ini dengan nama-nama lain ketika di dalam kampus dan sahkan mereka di bawah undang-undang universiti dengan nama Aspirasi, Wawasan, Hizbi, Umany, Revo, Sahabah, Idealisme Mahasiswa, dan apa sahaja. Itu perkara mudah. Kematangan mereka akan meningkat, Insya Allah.

�Tidak boleh, kalau ada politik kepartian, Umno kalah,� seorang rakan baik saya dalam Umno pernah berkata demikian di PWTC beberapa tahun lalu.

�Jadi, kalau menang, baru boleh wujudkan politik kepartian?� saya menyoalnya semula. Dia diam. Jika benarlah politik kepartian hanya dibuka kalau politik pro-kerajaan menang, hal ini menunjukkan bahawa mereka dalam dilema. �Dilema Pemimpin Melayu�.

�Bukan tak mau ada politik kepartian ni, tapi risau kalah,� katanya lagi. �Tengok saja pilihan raya kampus lepas, kita memang nak buktikan mahasiswa sokong kita.�

Kuasa pelajar sangat kebal. Rakan saya menyebut bahawa dalam apa jua keadaan, akhbar akan siar berita mengenai kemenangan mahasiswa pro-kerajaan agar rakyat lihat pelajar sekarang bukannya menolak mereka. Buktinya, seperti Puteri serta Putera Umno. Jika ramai penyertaan, ini bukti bahawa generasi muda sudah berubah.

Saya lalu membuat kesimpulan mudah. (Semoga saya tersilap). Jauh di sudut hati pemimpin kerajaan, mereka mahu politik kepartian ada dalam kampus, tapi biarlah semua mahasiswa menyokong mereka. Kononnya lagi, mereka tidak mahu ada perpecahan bila wujudnya puak-puak yang berorientasikan politik kepartian ini.

Ternyata mereka pun memang berpecah. Mengapa hipokrit? Kalau pemimpin IPT mahu pelajar bersatu, seharusnya mereka menyeru pemimpin parti di luar supaya bersatu. Barulah mereka boleh berkata pakatan dalam pilihan raya tidak dibenarkan.

Dalam pandangan hidup Islam, al-Qur�an itu sendiri hakikatnya adalah perkataan Tuhan yang diturunkan untuk melahirkan �perpecahan�. Al-Qur�an itu adalah �al-Furqan� yang memisahkan antara Iman dan Kufur, syurga dan neraka, haq dan batil, keadilan dan kezaliman, dan lain-lain lagi. Mengapa terlalu ideal sehingga mahukan penyatuan sedang Islam itu secara automatik menjadi garis pemisah dan ia (Islam) di pihak yang benar.

Sehingga sekarang, tiada kenyataan yang benar-benar kukuh dan konkrit daripada para pemimpin universiti sehinggalah Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi yang menyatakan asas, kenapa politik kepartian harus ditolak dalam kampus. Kalaulah mereka cuba menjelaskan, nescaya ada saja jawapan yang mematahkan kenyataan itu. Akhirnya, mereka terpaksa berkata, �Politik kepartian memang tidak dibenarkan dalam kampus, kerana ia bersalahan dengan Auku�. Titik. Mengapa kerajaan tidak mahu pelajar terlibat dengan politik dan bermacam-macam pergerakan di luar universiti?

Kita harus meneropong sejarah perjuangan mahasiswa yang terawal. Asal-usulnya bermula di Singapura. Gerakan mahasiswa dan politik kepartian berpengaruh dan kadang kala berpadu tenaga dengan kaum buruh.Dalam memoir bekas Pengarang Utusan Melayu Said Zahari, memang ada catatan yang menunjukkan keterlibatannya bersama mahasiswa Kelab Sosialis di Universiti Malaya.

Kes �Perbicaraan Fajar� turut mendapat liputan berita oleh Said Zahari. Sementara itu, beliau juga diundang memberikan ceramah oleh kelab tersebut di universiti mengenai isu-isu politik kenegaraan. Hubungan kerjasama golongan politik berhaluan kiri � pelajar universiti � kaum buruh turut dikesan dalam biografi Jins Shamsudin (Penerbit UKM), di mana buku itu menceritakan keterlibatan beliau sendiri dalam siri-siri demonstrasi.

Hubungan rapat antara mahasiswa – buruh – parti politik berhaluan kiri inilah yang paling digeruni oleh parti penguasa di Singapura. Tradisi ini diteruskan dalam isu petani Hamid Tuah di Selangor bersama persatuan pelajar era 70-an. Maka, melalui pengalaman inilah saya fikir, penguasa memutuskan ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan:-

Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai �buruh� atau �pelajaran�. � Perkara 10, Fasal (3)

Sejak itu, tiada lagi persatuan �pelajar� dan �buruh� dengan sewenang-wenangnya mendapat kelulusan menubuhkan pertubuhan mereka. Wallahu �Alam.

Ada yang cukup hairan, mengapakah ramai dari kalangan aktivis Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang melibatkan diri secara langsung dalam PAS selepas tamat pengajian? Adakah ini mencerminkan bahawa PMI itu PAS? Dan, apakah wujudkan ancaman/bahaya di sebalik hubungan/perkaitan ini?

Kita tidak perlu hairan. Sebab, hal ini sudah lama berlaku. Peristiwa ini bukannya berlaku baru semalam. Apa masalahnya PMI adalah Pas? Apa masalahnya, jika Wawasan dan Aspirasi ialah Umno? Dan kiaskanlah juga hal ini kepada pertubuhan lain. Saya fikir kita hipokrit dan yang paling menyakitkan hati, Auku itu sendiri yang tidak masuk akal. �Dosa terbesar� Auku ialah menyekat keterlibatan politik ke atas mahasiswa. Natijahnya, penyakit �mahasiswa lesu� muncul dan ia berjangkit kepada sindrom �belia lesu�.

Di manakah bahayanya? Siapakah yang mentakrifkan �bahaya� itu? Mungkin PMI menganggap kewujudan Aspirasi, Wawasan, Revo, Sahabah sebagai �merbahaya� kerana hal ini menggugat kaderisasi mereka. Begitu jugalah sebaliknya.Sebenarnya, kita masing-masing mempunyai takrifan sendiri ke atas istilah �bahaya� serta berkecenderungan untuk menguatkuasakan �bahaya� dalam takrifan kita ke atas khalayak massa.

Fenomena ini jelas hadir melalui Akhbar Mahasiswa (AM) di dalam beberapa siri keluaran yang lalu. AM umpamanya melahirkan beberapa komentar secara bersiri dengan berita atau rencananya untuk mempengaruhi khalayak mahasiswa mengenai bahayanya PMI, Gamis, MPMI ke atas mahasiswa di universiti. Itu takrifan �bahaya� oleh AM yang mahu dikuatkuasakan ke atas minda masyarakat pelajar seluruhnya.

Dalam konteks Malaysia yang memerangi isu keganasan samada keganasan tahap Nusantara atau antarabangsa, negara tidak boleh memberikan kelulusan kepada Amerika untuk menempatkan pusat kajian antarabangsa mengenai keganasan di Kuala Lumpur. Ini kerana, Amerika dan PBB khususnya belum mentakrifkan �keganasan� serta �pengganas� yang boleh diterima pakai secara umum untuk membanteras keganasan global.

Jika mahu mentakrifkan �keganasan� dan �pengganas�, maka sebenarnya Amerika itulah �pengganas�. Oleh itu, sekarang, �pengganas� adalah sesiapa juga yang ditakrifkan sebagai �pengganas� oleh Amerika. Mahasiswa sepatutnya mendesak dengan lebih keras supaya pusat kajian antarabangsa mengenai keganasan itu ditutup kerana takrifan tentang keganasan itu belum menyeluruh dan diterima pakai oleh semua negara. Ini masalah yang sama berlaku dalam iklim politik domestik dan politik kampus yang ingin kita debatkan.

Bagi Pas, kewujudan Gamis tidaklah merbahaya bahkan ia suatu keuntungan pula. Kepada Umno kewujudan PMI ini memanglah merbahaya kerana kaderisasi PMI ini akan menyambung perjuangan parti yang menjadi musuh tradisi mereka selama ini. Akhirnya, Wawasan dan Aspirasi pula ditubuhkan. Maka, pertubuhan ini tidaklah �merbahaya� bagi Umno tapi mungkin �merbahaya� kepad Pas pula. Ditambah pula dengan kehadiran Puteri Umno dan baru-baru ini Putera Umno (Semoga saya tersilap).

Pada saya, tidak ada satu pertubuhan pelajar pun, sama ada di dalam kampus atau di luar kampus, sama ada yang berdaftar atau pun tidak, boleh ditakrifkan sebagai bahaya oleh mana-mana pihak.Golongan pelajar hadir dengan kemuliaan sifatnya samada mereka dari aliran pembangkang atau kerajaan.

Jika �pembangkang� itu negatif dan merbahaya, maka Umno Kelantan merbahaya kerana watak �kepembangkangan� mereka. Merbahaya atau tidak, bukannya boleh dinilai dari sudut �KeUMNOan� atau �KePASan� mereka itu. Kerana, watak asli kedua-dua parti adalah bersifat neutral pada mulanya sehinggalah watak itu kotor ketika salah laku dalam membentuk polisi pemerintahan negara setelah memerintah.

Seterusnya, jika pembangkang itu �merbahaya� dan negatif, maka tentulah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan menafikan kehadiran pembangkang.Ini bermakna, kelulusan oleh kerajaan membuktikan bahawa kehadiran mereka memang diperlukan dalam negara. IPT adalah sebuah perkampungan ilmu yang wujud di dalam negara.Maka, jika pembangkang tidak dianggap �bahaya� di peringkat nasional, bagaimanakah mereka dianggap bahaya di peringkat lebih kecil seperti di universiti?Adalah memalukan,jika pembangkang dianggap �bahaya� oleh warga universiti yang dianggap berilmu tinggi dan pengetahuan luas.

Mengapakah gerakan mahasiswa seperti BBMN dan MPMI (dulu GAMIS) tidak mengkritik kepimpinan gerakan pembangkang? Apakah benar mereka di dalangi oleh pembangkang? Hal yang sama turut berlaku kepada Kelab Aspirasi yang kelihatan menjadi �Tukang Angguk� kerajaan/Umno?

Wallahu A�lam. Saya tidaklah menganggotai kedua-dua aliran pertubuhan MPMI, BBMN dan Aspirasi. Saya fikir, biarlah mereka sendiri yang menjawabnya. Saya tidaklah boleh mewakili mereka selaku orang luar. Lagi pula, saya sendiri tidak mengetahui apa yang berlaku di dalam persatuan-persatuan di atas.

Kalau ditanya adakah benar mereka itu di dalangi oleh parti politik luar, maka kita harus menyelidiki pengkalan data parti politik tersebut. Mungkin ada di kalangan mereka yang mendaftar diri sebagai ahli parti politik berkenaan. Demikianlah, apa-apa dakwaan memerlukan pembuktian juga. Tapi, jika kita mahu serkap jarang seperti biasa, boleh juga kita lihat cara ucapan, percakapan, pemikiran dan tindakan mereka itu.

Tapi, sekali lagi, apa salahnya kalau mereka didalangi pun? Apa salahnya jikalau tindakan, ucapan serta pemikiran mereka kelihatan sama dengan pemimpin di luar. Paling penting, siapakah pula yang dengan tiba-tiba menganggap adalah salah untuk menyokong dan mengkritik polisi parti politik. Auku? Kenapa begitu? Tiadalah yang mempersoalkan. Akhirnya, �Dah Auku kata begitu, apa nak buat? Hormatlah! Daulatlah perundangan!�.

Secara logik dan berterus-terang. Majoriti mahasiswa sudah menyedari bahawa di dalam kampus setidak-tidaknya sudah ada berpuak-puak dan kebanyakan mereka ini akan membuat gabungan menjelang pilihan raya menjadikan dua pakatan; pro-pembangkang dan pro-kerajaan. Cuma, di kampus masing-masing berbeza istilahnya.

Secara ringkasnya, sikap �malu alah� dan �segan� sehingga tidak mampu menegur pimpinan ini boleh hadir dalam mana-mana pertubuhan pun. Di Malaysia, bukan menjadi satu budaya untuk memprotes pemimpin sendiri terutamanya dalam parti politik. Seorang ahli parti misalnya berasa �segan� jika tidak ikut mengundi usul yang dibangkitkan ketua parti, walaupun usul itu bertentangan dengan jalan fikirannya sendiri.

Khuatir dengan sikap ahli-ahli parti lain yang mungkin menuduhnya sebagai tidak setia kepada parti, maka dia pun terpaksa mengundi. Jarang-jarang berlaku hal luar biasa ini, apatah lagi dalam Parlimen.Untuk mendapatkan suara majoriti 2/3 di dalam Parlimen, maka mereka terpaksa mengundi, jika mahu ketua parti mahu terus menamakan mereka sebagai calon Parlimen atau Adun dalam pilihan raya akan datang.

Cuma baru-baru ini ada sedikit ribut di Parlimen. Seorang timbalan menteri telah menyatakan pandangannya sendiri yang kebetulan bercanggah dengan pendirian kerajaan dan seperti biasa, beliau digantung selama tiga bulan. Maka, jika hal demikian pun boleh berlaku di peringkat atasan dan akibatnya teruk, maka bagaimana pula pelajar mengkritik dasar parti yang ingin dianutinya. Sudah tentu kedua-duanya, pro-pembangkang juga pro-kerajaan akan berasa ada risiko yang menanti di depan mereka.

Sebelum itu, saya tertarik menghuraikan istilah �didalangi�. Soalan seperti apakah mereka; MPMI, BBMN, Aspirasi didalangi oleh parti luar, Umno, Pas dan lain-lain mesti dibahaskan secara terperinci.Ini kerana, ada yang memasuki pertubuhan ini kerana faham dan ada pula ikut-ikutan. Saya fikir, adalah lebih tepat kalau dikatakan bahawa seseorang yang �didalangi� oleh seseorang itu adalah pekerja, ikut-ikutan (taqlid), serta diupah.

Ketika saya disiasat oleh Jawatankuasa Siasatan, HEP, antara soalan-soalan yang diajukan lebih kurang begini, �Adakah anda menulis �Demokrasi Universiti Sudah Mati� dengan penuh sedar serta menanggung sendiri akibatnya?�. Selanjutnya, �Adakah anda menulis kerana disuruh orang lain?�. Lalu, saya menjawab lebih kurang begini:

�Ya, saya menulis dengan sedar dan saya bertanggungjawab, saya bukan diupah dan dipaksa oleh orang lain untuk menulisnya�. Apa yang ingin disampaikan di sini ialah sikap dan pandangan pihak atasan ini kadangkala menimbulkan kekeliruan pula di pihak kita. Dan atas kekeliruan itulah kita terikut-ikut dengan pandangan mereka. Mereka kata, kita didalangi dalam setiap tindakan, padahal, dalam kes saya, ia adalah naluri sendiri.

Semuanya tertakluk kepada diri sendiri. Orang yang bertanggungjawab ialah orang yang melihat kebatilan depan mata dan cuba mencegahnya sedaya upaya, tidak kira dalam partinya sendiri atau parti yang tidak didokonginya. Tetapi, boleh jadi juga ada yang cuba mengkritik secara tersirat atau tertutup apabila isu itu berhubung isu dalaman. Kemudian, terbuka pula sehingga ke media apabila berdepan dengan parti yang lainnya.

Oleh itu, tanggapan orang luar menjadi berbeza. Mungkin, kerana hal inilah yang kekadang, mahasiswa pro-pembangkang kelihatan tidak mengkritik parti mereka dan juga mahasiswa pro-kerajaan kelihatan tak pernah mengkritik dasar-dasar kerajaan yang tidak betul. Ada juga mengkritik dengan tindakan keluar parti sebagai tanda protes. Jadi, tidak sama cara mengkritik sesetengah orang. Memang mudah untuk melemparkan pandangan, tetapi harus juga diperhatikan isu ini dengan lebih mendalam.

Wallahu �Alam. Selebihnya saya tidak saya tahu. Saya orang luar. Hal-hal ini pun, saya tahu sedikit-sedikit daripada kedua-dua orang dalam parti; sama ada mahasiswa pro-pembangkang atau pro-kerajaan

. Apa reaksi anda mengenai budaya label-melebel di kalangan gerakan mahasiswa? Upamanya, BBMN (PAS), Dema (DAP), Karisma (JIM), PKPIM (ABIM), Aspirasi (Umno) dll. Sejauh manakah kesan budaya ini terhadap masa depan gerakan mahasiswa itu sendiri?

Saya fikir majoriti mahasiswa dan masyarakat luar secara ijmak menolak budaya label-melabel ini. Mengapa mereka menolak? Ini kerana, lazimnya label-label itu dicipta dengan niat menghina dan merendah-rendahkan martabat dan kedudukan orang lain. Lalu, mereka pula mengangkat diri mereka sebagai golongan yang terbaik dan terpuji.

Dalam surah al-Hujurat, ayat 11, Tuhan merakamkan firmanNya sebagai berikut:

�Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik dari mereka; dan jangan pula suatu puak kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik dari mereka. Jangan sesetengah kamu mendedah aib sesetengah yang lain dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu dengan lain dengan gelaran buruk.�

Dalam sejarah, Iblis adalah watak pertama yang melabelkan Adam sebagai watak yang �hina�, dan dirinya (Iblis) adalah lebih mulia. Dialog label-melabel serta penghinaan ini mendapat perhatian istimewa Tuhan sebagai peringatan kepada manusia, lalu dirakam di dalam surah al-A�raaf, ayat 12 � 13:-

Allah berfirman: �Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?� Iblis menjawab: �Aku lebih baik daripada Adam, Engkau jadikan daku dari api, sedang dia (Adam) Engkau jadikan dari tanah.�

Allah berfirman: �Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina�.

Sebenarnya, penghinaan melalui label-melabel ini akan mendatangkan kehinaan pula kepada orang yang menghina tadi seperti Allah s.w.t menghina Iblis. Dia menyangka bahawa label �tanah� itu merendahkan Adam serta menganggap label �api� sebagai suatu kemuliaan kepadanya. Namun, Iblis kecewa lantaran jawatan Khalifah itu tidak diberikan kepadanya sebagai satu kemuliaan setelah Tuhan menjadikannya dari api.

Bagaimanapun, ada label-label yang dicipta bukan dengan tujuan serta niat yang merendah-rendahkan, tetapi mengangkat darjat yang hina kepada mulia. Contohnya Allah s.w.t menggelar, menamakan dan melabel manusia sejak dahulu lagi sebagai �Muslimin�.

�Ia menamakan kamu: �orang-orang Islam� sejak dahulu dan dalam (Al-Quran) ini, agar Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan agar kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).� [al-Hajj : 78]

Dalam hal ini, Hamka pernah di dalam berkomentar dalam satu tulisannya, �Apa gunanya menggelar �Kaum Muda� dan �Kaum Tua�? Kaum Muslimin kan lebih baik?�. Oleh itu, istilah Muslim inilah yang lebih sesuai diguna pakai.Dalam konteks mahasiswa, label mendatangkan kekeliruan. Sook Hwa pernah bertanya saya, �Apa bezanya Pkpim, Karisma, dan Gamis? Al-Qur�an berbezakah kerana pakaian mereka berbeza?�

Itu baru salah satu kesan ke atas mahasiswa non-Muslim. Dialog-dialog mengenai pertubuhan pelajar Islam tidak banyak dibangkitkan ke atas pelajar non-Muslim. Jadi, jika hal ini masih wujud, sulit untuk kita kembangkan Islam kepada khalayak di masa depan dengan sebab label-melabel ini. Namun, semua itu telah pun berlaku dan tidak harus kita menyesalinya lagi. Demikian antara kesannya kepada gerakan pelajar Islam itu sendiri.

Berbalik kepada masalah perlabelan, saya katakan tadi, ada juga lebel yang tidak membawa makna negatif. Semasa disiasat kali kedua, di antara soalan yang dibangkitkan ialah, �Adakah anda sedar bahawa di sana, ada perundangan yang mencegah penulisan berbentuk label-melabel?�.Mereka merujuk kepada berita yang saya tulis di dalam Berita Kampus; �Idealisme Mahasiswa Menang Tipis Kepada Aspirasi; 19 � 18.�

Namun begitu, permainan istilah di sini tidaklah bertujuan menyemarakkan rasa sentimen pernghinaan kepada mana-mana pihak. Laporan berita itu hanya melapor fakta; bahawa pro-pembangkang menang satu kerusi. Maka, saya juga berpendapat bahawa isu label-melabel ini kesannya boleh digunakan untuk mengelirukan pelajar. Misalnya,dalam kes di atas, saya menjelaskan bahawa label di sini bukannya dengan niat penghinaan.

Semasa saya menjadi wartawan pelatih Bernama, saya melihat ada juga wartawan yang prihatin dengan penggunaan istilah �militan Islam� yang dilabelkan kepada pejuang Pulo di Selatan Thai. Dalam sidang media itu saya melihat mereka asyik bertanya kepada Ketua Pengarah IKIM mengenai penggunaan istilah yang tepat agar imej Islam tidak lagi tercalar pada pandangan khalayak.

Akhirnya, tiada satu keputusan yang benar-benar jelas dan muktamad. Pun begitu, saya menghargai sikap dan kesungguhan wartawan ini yang cuba mencari ikhtiar supaya imej Islam dan Muslim itu dapat dibezakan dengan pengganas atau terrorism yang dilabel oleh Amerika Syarikat. Apa yang boleh kita lakukan sekarang?

Segalanya telah berlaku. Label-melabel kepada mahasiswa; BBMN (PAS), Dema (DAP), Karisma (JIM), PKPIM (ABIM), Aspirasi (Umno) sudah wujud dan kita mestilah bersama-sama melihat kebaikan masing-masing untuk dijadikan ikutan. Sementara, buruk yang dilihat itu sama-samalah diperbaiki semampu mungkin dan bekerjasamalah jika ada ruang-ruang yang membolehkan kita bekerjasama.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: