jump to navigation

Dae'i dan harakah Islamiyyah April 29, 2006

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Oleh: Mohd Nor Zaiman Che MansorMelihatkan perkembangan suasana dakwah semasa sudah pastilah terdapat pelbagai cabaran yang harus ditempuhi oleh umat Islam. Perkembangan yang sering kali diperkatakan ialah munculnya pelbagai aliran-aliran dan segala bentuk pemahaman yang berdiri di atas nama Islam, namun membawa aliran yang bertentangan dengan prinsip ahli sunnah wal jamaah.

Islam Liberal, Islam Tanwiri, Islam progresif mahupun Islam moderate sudah tidak asing lagi dari pendengaran umat Islam masa kini. Bahkan, bagi mereka yang mendokong akan pelbagai harakah Islamiyyah, sama ada di sini mahupun di luar sana, sudah pastilah tidak akan tidur lena bagi memikirkan apakah alternatif yang terbaik bagi menangani isu ini.

Namun, bagi masyarakat umum yang mungkin jahil akan agama ini, mereka tersepit di dalam tuntutan suasana ini apabila mereka tergerak untuk mencari kebenaran akan agama ini. Oleh itu, seharusnya bagi mereka yang menjadi pendokong akan Islam yang di bawa oleh Rasulullah sallahua’laihiwassalam seharusnya mempertahankan akan prinsip-prinsip yang menjadi dasar kepada agama ini. Antara prinsip utama yang harus dipertahankan ialah:

Pertama: Ikhlas dalam memahami konsep Tauhid

Ikhlas menurut erti bahasa ialah membersihkan atau memurnikan sesuatu dari kotoran. Sedangkan menurut istilah syar’i, ikhlas adalah membersihkan dan memurnikan ibadah dari segala jenis kotoran syirik. Setelah diketahui pengertian ikhlas menurut pengertian syar’i, dapat diambil kesimpulan bahawa orang dikatakan ikhlas dalam beribadah apabila ia bertauhid dan meninggalkan segala jenis syirik. Maka, seharusnya umat Islam memahami apakah bentuk tauhid yang harus diyakini bagi membersihkan diri dari kotoran itu.

Tauhid yang pertama: Tauhid Rububiyyah, maksudnya kita harus yakin bahawa yang mencipta, memberi rezeki dan yang mengatur alam semesta hanya Allah Ta’ala tidak ada sekutu bagi-Nya. Kemudian, tauhid yang kedua: Tauhid Uluhiyyah, maksudnya yakin bahawa yang berhak disembah dan diberikan segala bentuk peribadatan hanyalah Allah Ta’ala tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan, tauhid yang ketiga: Tauhid Asma’ wa Sifat, maksudnya kita harus yakin bahawa Allah Ta’ala memiliki Nama dan Sifat yang Mulia dan tidak sama dengan makhluk-Nya. Kita harus meyakini seluruh Nama dan Sifat Allah yang ada di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah apa adanya.

Manakala, setelah kita meyakini ketiga-tiga jenis tauhid yang dinyatakan ini, maka wajib untuk kita meninggalkan dua jenis syirik pula yang menjadi musuh bagi orang-orang yang bertauhid. Ini termasuklah:

Syirik yang pertama disebut Syirik Akbar, iaitu syirik yang menyebabkan pelakunya keluar dari Islam. Syirik jenis ini amat banyak jumlah dan jenisnya, di antaranya adalah meyakini ada yang mencipta dan yang mengatur alam ini selain Allah Ta’ala, meminta rezeki atau jodoh kepada orang yang telah mati atau kepada jin, menolak sebahagian atau seluruh Nama dan Sifat Allah Ta’ala.

Syirik yang kedua disebut Syirik Asyghar, iaitu syirik kecil yang tidak menyebabkan pelakunya dikeluarkan dari Islam. Namun dosanya lebih besar daripada dosa zina, dosa mencuri atau kemaksiatan lainnya. Di antara amalan yang termasuk jenis syirik ini adalah riya’ (ingin dilihat oleh orang ketika beribadah), sum’ah (ingin didengar ibadahnya oleh orang lain), bersumpah dengan nama selain Allah, memakai azimat dengan keyakinan bahawa kekuatannya bersumber dari Allah. Untuk yang satu ini bila diyakini bahawa sumber kekuatan itu dari azimatnya, maka sudah termasuk Syirik Akbar.

Kedua: Bersatu di atas Al-quran dan As-sunnah dengan pemahaman salafus soleh

Ini sepertimana firman Allah ta”ala dalam surat Al-Imran ayat 103: “Dan berpegang teguhlah dengan tali Allah seluruhnya dan jangan kamu berpecah belah …” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda: “Aku tinggalkan sesuatu untuk kamu. Bila kamu berpegang teguh dengannya maka kamu tidak akan tersesat selamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku.” (HR. Imam Malik, Al-Hakim).

Di samping itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga memerintahkan kita untuk mengikuti pemahaman para sahabat. “Sesungguhnya barang siapa yang masih hidup selepasku nanti, ia akan melihat perbezaan prinsip yang banyak sekali, untuk itu wajib bagi kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa Rasyidin yang mendapat petunjuk, peganglah erat-erat dan gigitlah dengan gigi geraham dan jauhilah perkara baru dalam agama, kerana setiap perkara baru dalam agama itu bid’ah dan setiap bidah itu sesat.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi).

Ketiga: Mencari kemuliaan dengan Ilmu Syar’i dan bukan dengan akal semata-mata

Kita semua sepakat bahawa tujuan hidup manusia di dunia ini adalah untuk beribadah kepada Allah Ta’ala sebagaimana yang telah ditegaskan di dalam Al Quran surat Adz-Dzariyat ayat 56. Oleh sebab itu, merupakan keharusan bagi kita untuk mengerti, apa yang dimaksud ibadah itu? Apakah ibadah hanya setakat solat, puasa, haji atau yang lainnya? Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya Al-’Ubudiyyah halaman 38 menjelaskan bahawa ibadah itu mencakupi segala perkara yang dicintai dan diredhai Allah Ta’ala baik berupa ucapan merupakan perbuatan, baik yang nampak mahupun yang tersembunyi.

Untuk mengetahui secara terperinci ibadah yang dicintai dan diredhai Allah Ta’ala tidak boleh disimpulkan dengan akal kita, tetapi harus ada petunjuk langsung dari Allah Ta’ala yang menugaskan kita untuk beribadah kepada-Nya. Petunjuk itu bernama Al Quran dan As-sunnah yang telah dijelaskan secara terperinci oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada para sahabatnya radiyallahu ‘anhu. Pendek kata, wajib bagi kita mempelajari Al Quran dan Assunnah agar kita dapat menunaikan tugas ibadah dengan baik dan benar. Perlu diketahui, bahwa Al-Qur’an dan As-Sunnah itulah yang disebut Ilmu Syar’i sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibnu Abbas radiyallahu ‘anhuma dan lainnya.

Keempat: Menjayakan Gerakan Tashfiyah (pemurnian) dan Tarbiyah (pendidikan)

Sepertimana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada para sahabatnya. Dari Abu Najih Al-’Irbadl bin Sariyah radiallahu ‘anhu ia bercerita: “Suatu ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam memberi nasihat kepada kita, nasihat itu membuat hati bergetar: “Wahai Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, sepertinya nasihat ini adalah nasihat perpisahan, untuk itu berilah kami wasiat!”

Maka beliaupun bersabda: “Aku wasiatkan kepada kamu agar tetap bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan tetap mendengar dan taat walaupun kamu diperintah oleh penguasa dari budak Habsyi. Sesungguhnya, siapa saja di antara kamu yang masih hidup sepeninggalku nanti, pasti melihat banyak perselisihan, maka wajib atas kalian untuk tetap berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa arrosyidin yang mendapat petunjuk, peganglah sunnah itu dan gigitlah dengan gigi geraham (jangan sampai lepas) dan jauhilah perkara-perkara baru yang disusupkan ke dalam agama kerana sesungguhnya setiap perkara baru yang disusupkan ke dalam agama itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi).

Tashfiyah adalah gerakan pemurnian ajaran Islam dengan cara menyingkirkan segala keyakinan, ucapan mahupun amalan yang bukan berasal dari Islam. Sedangkan Tarbiyah adalah usaha mendidik generasi muslim dengan ajaran Islam yang murni, yang berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan pemahaman para sahabat Radiyallahu ‘anhum ajma’in.

Kesimpulan

Dalam rangka menjayakan gerakan ini, Ahlus Sunnah wal Jamaah terus menerus memperingatkan umat dari segala bentuk penyimpangan baik berupa kekufuran, kesyirikan, kebid’ahan mahupun kemaksiatan, di samping itu juga meluruskan penyimpangan-penyimpangan yang terjadi baik yang ada di kitab-kitab yang tersebar di kalangan umat mahupun pernyataan-pernyataan sesat dari para penyesat. Ini semua dinilai sebagai amar ma’ruf nahi munkar yang menjadi kewajiban kita semua.

Inilah antara prinsip-prinsip yang harus dipertahankan oleh setiap dae”i mahupun pendokong kepada harakah Islamiyyah. Usaha ini haruslah diteruskan bagi menyebarkan pemahaman terhadap agama ini dengan pemahaman yang sebenar. Dengan kata lain, menyebarluaskan Islam yang tulen agar kita semua dapat terpisah daripaga aliran-aliran yang menyesatkan oleh penyesat agama ini.

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: