jump to navigation

Memecah kongkongan KDN Mei 5, 2006

Posted by ummahonline in Malaysia Baru.
trackback

Oleh: Ahmad Lutfi Othman

Apabila diminta mengendalikan Harakah akhir Februari lalu, saya segera membayangkan kemungkinan idealisme kewartawanan yang saya impikan akan berakhir. Sebagai organ parti, ada pihak mendakwa Harakah hanya memihak PAS dan membutakan mata terhadap kebenaran di luar sana.

“Elok-elok bebas dengan Siasah, mahu dikongkong Harakah pula,” kata seorang teman, bekas editor kanan akhbar harian. Malah Azizi Hj Abdullah pun tidak setuju saya ke Harakah selepas saya maklumkannya melalui SMS.

Saya bersama Harakah, seminggu sebelum keluaran sulungnya diterbitkan hampir 20 tahun lalu. Terbukti pimpinan PAS memberi kepercayaan kepada sidang editor menentukan rentak dan tempo. Meskipun hanya sempat lima bulan menjadi Pengarang Kumpulan Harakah pada 1993, namun akhirnya saya berani merumuskan bahawa “bertempur” di luar Harakah lebih menyeksakan, dan kematian Detik, Wasilah, Cabaran adalah buktinya. KDN sentiasa mengintip dan memerhati darjah kecondongan tulisan kita.

Keperitan mengendalikan Siasah masih terasa bisanya, terutama untuk memuaskan kemahuan kerajaan. Di Harakah, ruang operasi nampak lebih luas, boleh bicara apa saja tentang kebobrokan pemerintah dan kerakusan elit penguasa, namun rangkaian pengedarannya cukup terbatas, ada kalanya lebih mudah membeli ganja daripada mencari Harakah!

Abdullah Badawi langsung tidak membantu, malah menambah serabut lagi masalah. Sejenak bersama Tan Sri Bashir Ismail misalnya, cukup memahamkan saya bahawa peminat Harakah sememangnya ramai, tetapi mereka tidak mudah mendapatkannya. Benar, tiada lagi berita rampasan KDN, soalnya budaya takut sudah mendarahdaging ke urat nadi rakyat, khususnya peniaga akhbar di tempat terbuka. Mereka tidak terlalu bodoh untuk sanggup menanggung risiko menjual Harakah.

Saya harap aktivis PAS dapat sama-sama menekuni fenomena ini, bagaimana caranya untuk menyebarluaskan Harakah, termasuk dengan kaedah kita melanggan untuk pihak lain. Mungkin RM5 sebulan tidak terlalu banyak untuk sebahagian kita mendermakannya bagi memastikan Harakah dapat diposkan kepada pihak tertentu yang semakin sukar memperolehinya di pasaran.

Sambil saya bersama teman-teman berusaha meningkatkan kualiti Harakah, harapnya ada pihak lain yang juga serius memecahkan sekatan KDN yang menyudutkan akhbar ini ke penjuru kelam. Kami cuba menjadikan Harakah akhbar alternatif untuk semua, bukan lagi lidah rasmi parti semata-mata dan anda boleh melihatnya nanti, insya-Allah, sambil mengharap (tak habis-habis mengharap!) KDN lebih memahami.

Note: Ahmad Lutfi Othman, mantan aktivis kampus, telah memulakan kariernya kewartawanannya di Harakah di samping pernah menerbitkan buku-buku politik dan akhbar-akhbar tidak berkala. Dalam era reformasi 1998, beliau mengendalikan Detik dan Wasilah, sebelum majalah terbitannya tersebut diharamkan. Kini, beliau kembali menyertai Harakah sebagai ketua pengarang, selain turut memimpin akhbar maya, DetikDaily.net.

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: