jump to navigation

Poligami adalah 'khas' untuk wanita Mei 23, 2006

Posted by ummahonline in Surat.
trackback

Oleh: AbongSebenarnya hati ini tergerak untuk berbicara mengenai perkara ini. Tidak tahu mengapa. Mungkin kerana kawan-kawan saya terdiri daripada ramai perempuan (kerana faktor-faktor keadaan yang tak boleh dielakkan), atau mungkin juga kerana topik ini sedang hangat diperkatakan sekarang.

Saya ingin para pembaca yang membaca artikel ini dengan mempunyai ‘setting’ bahawa semua perempuan adalah baik. Baik disini merujuk kepada baiknya perempuan sesama perempuan, baiknya perempuan kepada yang berlainan jantina (yakni lelaki) dan baiknya perempuan dengan semua jenis makhluk.

Kita cuba lihat satu situasi rumahtangga di mana sepasang suami isteri menjadi wataknya. Ditakdirkan si isteri tidak dapat memberi zuriat kepada si suami atau mempunyai penyakit yang menyebabkan si isteri tidak dapat memenuhi kehendak shahwat si suami (yang mana salah satu fungsi perkahwinan kepada makhluk Allah yang bergelar insan).

Si isteri ini adalah isteri yang baik dan taat –katakanlah tiada syariat poligami– besar kemungkinan si isteri sanggup di ceraikan untuk memberi peluang kepada si suami berkahwin lain. Tetapi, alhamdulillah dengan adanya poligami, si suami masih dapat menjaga dan menyayangi si isteri yang taat dan baik itu dan dalam masa yang sama si suami boleh berkahwin lain.

Situasi yang kedua, terdapat pasangan suami isteri yang baik, soleh dan solehah. Si isteri mempunyai seorang kawan (perempuan). Kawan perempuan ini masih bujang. Keadaan pada zaman itu sangat teruk. Bilangan lelaki yang baik-baik sudah sedikit. Di takdirkan pula si perempuan itu mempunyai rupa paras yang menawan (yang mana boleh mengundang banyak fitnah kepadanya).

Oleh kerana si isteri tadi (merangkap kawan kepada wanita itu) sayangkan kawannya, dan yakin bahawa suaminya dapat menyelamatkan wanita itu dari sebarang fitnah (dengan izinNya), si isteri juga mempunyai perasaan ingin berkongsi sesuatu yang baik dengan kawannya, dia ingin kawannya juga mendapat dan merasa nikmat (suami yang soleh) bersama-sama dengannya, lalu si isteri tadi mengesyorkan perempuan tadi kepada suaminya untuk dimadukan. Alangkah bagus dan baiknya budi pekerti si isteri tadi kepada kaum sesama jenisnya.

Situasi ketiga, ialah tentang sepasang suami isteri juga, tetapi si suami ini kurang solehnya berbanding si isteri. Di takdirkan pula si isteri ini diuji dengan kisah isteri situasi pertama tadi. Si suami yang masih muda serta dahagakan sesuatu. Lalu si suami mengambil langkah drastik untuk mencari perempuan simpanan (hendak berpoligami ,takut isteri tidak memberi izin).

Dengan izinNya, si isteri dapat menghidu perbuatan si suami. Lalu si isteri berasa kesian kepada perempuan simpanan si suami (kerana dia dilayan bagaikan ‘isteri’, tetapi tidak mendapat hak-hak seorang isteri seperti nafkah zahir, wasiat dan sebagainya).Lalu si isteri ini mencadangkan kepada si suami dan wanita itu supaya bertaubat dan berkahwin secara sah.

Alangkah baiknya niat dan hasrat si isteri tadi. Dia inginkan kebaikan kepada suami yang dicintainya (agar jangan melakukan hubungan yang haram), dan dia juga sayangkan wanita itu dan mahukan wanita itu mendapat hak sebagai seorang isteri sebagaimana yang telah disyariatkan.

Nah! Adakah poligami sebenarnya untuk lelaki sahaja? Elok direnung-renungkan…

Di sini ingin saya selitkan mengenai isu lelaki tidak berlaku adil. Kebanyakan isu ini diutarakan oleh kaum wanita yang mengakui mereka kesiankan isteri-isteri yang dipoligami kerana tidak mendapat keadilan yang sepatutnya. Mereka mengaku yang mereka benar-benar memahami perasaan kaum sejenis mereka itu (justeru mereka mengutarakan isu keadilan).Baiklah, jom kita teliti situasi di bawah ini.

Baik, sebelum ini saya pernah mengatakan bahawa kawan-kawan saya terdiri daripada ramai wanita. Baru-baru ini saya dan kawan-kawan saya ini telah terjebak ke dalam satu situasi di mana saya ditinggalkan di dalam sebuah rumah seorang diri dan kawan-kawan saya (perempuan) ditinggalkan di dalam sebuah rumah (jumlah berapa tak dapat dinyatakan).

Baik, kami ditempatkan di situ selama sebulan. Dalam masa sebulan itu, banyak saya mendengar cerita pergaduhan yang berlaku diantara mereka (mungkin bukan pergaduhan, tetapi perselisihan yang boleh merubah mood gembira kepada bad mood).

Jadi, apa yang dapat saya simpulkan ialah, wanita sendiri payah untuk memahami wanita (sehingga perselisihan masih timbul), apatah lagi kaum Adam (untuk memahami wanita, untuk memahami definisi keadilan bagi setiap isteri mereka, yang mungkin berbeza di antara satu sama lain). Saya harap maksud saya jelas di sini.

Apa-apa pun, ingin saya tegaskan, bahawa poligami bukannya untuk diamalkan oleh semua lelaki. Ianya adalah syariat yang mengandungi kelebihan dan kebaikannya yang tersendiri untuk mengatasi situasi-situasi yang tertentu. Cuba kaitkan dengan rukhsah qasar dan jamak. Ia bukan diwajibkan untuk setiap masa dan keadaan. Ia hanya diperlukan apabila ‘diperlukan’.Begitu juga dengan poligami.

Walaupun saya mengutarakan isu ini, tidak bermaksud saya ingin berpoligami, tetapi cuma ingin membuka persepsi kita terhadap poligami itu. Jangan disalahkan syariat itu. Tetapi salahkan si individu (mungkin si suami atau si isteri).

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: