jump to navigation

Memugar keupayaan Jun 5, 2006

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: buzar-1Setiap sesuatu itu lazimnya ada keupayaannya dan setiap sesuatu itu juga dihitung melalui keupayaannya. Misalnya seekor kuda, bagaimana keupayaannya berlari laju, atau seekor unta, bagaimana keupayaannya merentas padang pasir berminggu-minggu tanpa mati kehausan, atau keupayaan sesebuah enjin kenderaan mahupun keupayaan sesebuah komputer dan seterusnya.

Manusia sendiri, lahir dengan keupayaannya tersendiri, sama ada yang cacat, mahupun yang begitu sihat, masing-masing harus melalui kehidupannya dan dari situ manusia belajar mengunakan keupayaan yang ada padanya. Manusia sendiri sebenarnya telah pun dikurniakan keupayaan serta sifat-sifat yang berupayaan merubah sesuatu keadaan atau suasana.

Berkeupayaan bantu-membantu sesamanya dan juga berkeupayaan membina sesamanya keadaan kehidupan yang lebih baik untuk diharungi.

Yang menjadi persoalannya, bagaimanakah daripada individual hingga kesesebuah negara mempunyai keupayaan untuk hidup dalam suasana aman dan juga dalam suasana selesa disamping mempergunakan keupayaannya yang telah ada membantu yang lain.

Malaysia, sebenarnya mempunyai keupayaan ini, dan kebanyakan dunia diseluruh dunia menaruh harapan akan keupayaan Malaysia. Negara ketiga atau negara yang kurang maju, negara-negara berkecuali dan terutama negara-negara Islam menaruh harapan pada Malaysia.

Pemimpin yang lepas (terus-terang saya katakan yang saya tidak memihak pada mana-mana parti) begitu hebat dan berani di pentas dunia dalam memperkatakan kebaikan untuk dunia dan sehingga kini, dimana-mana, sama ada warganegara Arab, Asia atau Afrika mahupun Eropah mengenal beliau. (Saya sudah lama menetap diluar Malaysia dan selalu mengembara selalu ditanya orang tentang pemimpin yang lepas).

Seperti hal-hal diBosnia atau pun dikosovo yang mendapat perhatian dunia setelah dihadapankan masaalah mereka oleh Malaysia. Dan kini, pemimpin kita seterusnya, yang pengerusi OIC dan NAM (juga beliau pernah menjadi Menteri Luar Malaysia) dinanti-nantikan peranan beliau untuk memperbaiki suasana dunia.

Suasana dunia yang tidak menentu setelah adanya kuasa-kuasa besar yang cuba mencatur dunia dengan acuaannya tersendiri dan juga PBB yang ada hari ini, dipandang sebagai suatu pertubuhan yang tidak bermaya.

Mungkin kita pun kurang berkeupayaan dari segi material atau kewangan untuk membantu negara-negara yang memerlukan, tetapi kita berkeupayaan untuk bersuara tambahan kerana kita adalah negara yang berkecuali atau neutral yang mana suara kita didengar sebagai satu suara yang ikhlas, tanpa ada agenda-agenda tersendiri disebalik suara kita.

Di samping bersuara, Malaysia juga mampu bergerak sebagai badan-badan yang menganjurkan kepada amalan kebaikan, seperti Switzerland, yang nama bandar Genevanya terkenal diseluruh dunia.

Dari sini juga, mereka mendapat kepercayaan dari seluruh dunia. Ramai yang tidak bimbang untuk menyimpan wang mereka yang berbilion-bilion di Switzerland, hanya akhir-akhir ini, bila Switzerland mengamalkan sikap tidak begitu berkecuali dalam sesuatu hal, seperti hal Iraq atau Iran, namanya semakin tenggelam dalam arena antarabangsa.

Begitu juga dengan keupayaan kita sebagai rakyat Malaysia, yang berpeluang mengharungi kehidupan yang lebih baik dari kebanyakan negara yang lain, disamping berpeluang menimba ilmu pengetahuan yang lebih baik, apakah keupayaan kita hanya untuk bertekak sesama kita atau kita cuba bantu-membantu sesama kita tanpa kira apa pendekatan masing-masing.

Begitu banyak lagi hal-hal penting yang kita berkeupayaan membawa angin pemikiran dunia kearah kebaikan samaada untuk manusia sekeliannya, mahupun untuk alam-sekitar daripada mengunakan keupayaan kita hanya untuk berpesta dan berteriak, sedangkan kampung kita sendiri pun akan tergadai nanti.

Amal maaruf dan fikir kebaikan untuk sekian alam harus ada pada pemikiran kita. Mungkin kita tidak sehaluan kerana manusia ini berbagai-bagai ragam dan fikiran (seperti tajuk Ummahonline.com) tetapi di hati, kita harus bersatu sebagai badan yang satu. Sebagai umat yang satu.

Perjuangan umat yang sebenarnya adalah perjuangan untuk hidayat seluruh alam (tidak kira bangsa atau status) yang mana harus adanya kerisauan ramainya insan yang mati tanpa kalimah Laillahaillallah dan juga ramai yang mati, walaupun ada kalimah, tetapi tiada amal-solehan.

Haruslah kita gunakan keupayaan yang ada pada kita, sama ada dari segi kewangan, jasad, fikiran dan hati dan bergerak keseluruh alam untuk kebaikan diri dan kebaikan seluruh umat.

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: