jump to navigation

Abdul Moqsith Ghazali: Sumber dana bukan penentu sikap JIL (Siri 2) Julai 9, 2006

Posted by ummahonline in Pelbagai.
trackback

Oleh: Aqil Fithri

Ini merupakan sambungan wawancara Ummahonline Team bersama Abdul Moqsith Ghazali, koordinator penyelidikan JIL. Dalam siri kedua ini, beliau telah menjawab beberapa persoalan, termasuklah tentang terminologi aliran-aliran di Indonesia yang kadangkala gagal dilihat dari perspektif yang jernih di kalangan para pengkritik JIL sendiri.

Di samping itu, Abdul Moqsith turut mengupas mengenai kemampuan Partai Keadilan Sejahtera (PKS) untuk bertahan dalam Pemilu Indonesia 2009. Bagi JIL, perjuangan dan agenda politik yang dibangunkan atas kekuatan politik, lazimnya akan mudah sekali untuk tumbang. Hujah-hujah lanjut boleh diperhalusi menerusi wawancara siri kedua ini.

Kalau kita adakan semacam mapping, apakah yang dinamakan sebagai garis keras, progresif, fundamentalis, tradisionalis, liberal dll supaya ia tidak dilihat secara generalisasi?

Ya, kategorisasi itu seringkali menjebak. Dulu pada tahun-tahun 1970-an, Deliar Noor misalnya telah mengutarakan kategori Islam tradisional dan Islam modern. Islam tradisonal dikaitkan dengan kelompok Nahdatul Ulama (NU) sedangkan Islam moden itu dikaitkan pula dengan kelompok Muhamadiyyah dan sebagainya.

Tapi kebelakangan, kategori-kategori ini justeru tidak boleh lagi dipakai kerana terjadi perubahan paradigma berfikir yang sangat mendasar di tingkat generasi mudanya. NU dan Muhammadiyyah tidak boleh lagi dipandang samada kelompok tradisonal, kelompok modern atau katakanlah liberal serta sebagainya.

Justeru sekarang, tidak lagi monolitik karekteristiknya di masing-masing organisasi masyarakat ini. Di NU mungkin ada yang sangat liberal, ada liberal dan ada yang konservatif persis juga seperti di Muhammadiyyah. Tapi arus di kalangan anak-anak mudanya saya kira berada pada titik temu yang sama – menyuarakan progresif Islam.

Jaringan Intelektual Muda Muhammadiyyah (JIM) itu, manakala kalau di NU misalnya banyak sekali simbol-simbol gerakan muslim yang progresif di daerah-daerah samada di Surabaya, Jogjakarta, Makassar, Mataram, Padang, Banjarmasin dll. Jadi ada banyak aliran kelompok-kelompok muslim progresif walaupun atas namanya NU.

Tetapi sejauh mana staminanya? Adakah ini semua bersifat trendy?

Saya kira tidak begitu. Ini kerana fikiran-fikiran liberal terutamanya yang dilakukan oleh JIL itukan hanya kelanjutan logik dari batu-bata pemikiran yang diletakkan oleh Cak Nur dan Gus Dur pada tahun 70-an dulu. Jadi misalnya sekarang, kita tidak lagi bicara tentang pentingnya relasi Islam dan demokrasi, pluralisme dan sebagainya.

Pada idea-idea besarnya sudah tiada ada persoalan, kerana itu sudah diletakkan oleh Cak Nur dan Gus Dur. Tetapi cabaran pluralisme sekarang adalah jauh lebih getir berbanding dari persoalan konsep. Pertarungannya misalnya pada tingkat regularasi, pada tingkat keputusan-keputusan politik, misalnya sekarang sudah ada rancangan undang-undang porno-grafi dan porno-aksi.

Kemudian kita lihat lagi ada rancangan undang-undang perkahwinan dan sebagainya. Di situlah pertarungan pluralisme sekarang. Maka, ia tidak lagi berwacana di udara, tetapi betul-betul real terjadi pada tingkat politik. Kerana itu, ada sebahagian teman-teman di minta untuk segera masuk ke dalam parti politik dan merebut kerusi di parlimen khususnya di Jakarta. Kerana itu, PKS pun segera masuk ke situ.

Sebentar tadi, anda menyatakan bahawa kelompok muslim progresif sudah diminta untuk terjun dalam politik praktis. Kalau begitu, sejauh mana pula kelompok muslim progresif ini mampu untuk bertahan bila nantinya turut berdepan dalam isu moral?

Ya, tentu dari urusan individu per individu tidak ada jaminan. Orang yang liberal akan jauh memiliki reputasi yang lebih baik berbanding mereka yang berfikiran konservatif. Kerana sistem di Indonesia sudah sangat korup, maka siapa pun yang ada di parlimen Indonesia pastinya korup juga lantaran sistemnya sudah korup.

Merujuk kepada PKS yang baru mendapat kemenangan. Di Malaysia anginnya bertiup kencang sekali. Bagaimana anda melihat, adakah tahun 2009 ada kemungkinan PKS mampu bertahan terutamanya bila berdepan dengan kekuatan moralitinya?

Saya kira kekuatan parti politik yang dibangun berdasarkan hujah-hujah moral itu mudah sekali tumbang dengan persoalan moral juga. Seberapa jauh misalnya PKS mampu mengawal anggotanya yang berada di daerah-daerah? Kerana itu kemunculan kes-kes korupsi yang dilakukan oleh PKS akan mudah meruntuhkannya.

Sudah ada kesnya sekarang?

Baru-baru ini misalnya kes tentang PKS berkait persoalan korupsi. Inikan parti baru ya. Kerana itu mudah sekali untuk indoktrinisasi dan sebagainya. Pemilu yang akan datang belum tentu PKS boleh bertahan dengan sangat kuat sekali. Kerana orang sebenarnya akan pupus harapan dengan parti-parti seperti PDI-P, PKB, PAN dll. Setelah melalui Pemilu 1999, parti-parti ini mereka tidak bicara apa-apa di parlimen.

Keputus-asaan itu kemudian diguna-pakai oleh PKS dengan membangun citra baru; citra moraliti dan sebagainya. Hal ini tidak pernah dibicarakan oleh kelompok-kelompok muslim progresif yang ada di PAN, PKB mungkin juga di PDI-P dan Golkar. Nah, ini sebenarnya adalah untuk meraih sentimen publik, dan akhir memang lumayan hasilnya.

Tetapi, tahun 2009 nanti masih ada harapan?

Saya kira mungkin tidak akan terlalu kuat lagi kerana orang akan melihat kerja-kerja yang lebih konkrit dari PKS. Misalnya sekarang, PKS tidak lagi menyuarakan formalisasi shariat Islam kerana ketika mereka masuk dalam parlimen, mereka menghadapi persoalan-persoalan politik yang lebih real, maka dari situ mereka akan berfikir secara lebih akomodatif. Kenaikan Bahan Bakar Minyak (BBM) misalnya, mereka tidak bersuara sangat keras. BBM tetap boleh naik, dan PKS tidak bicara apa-apapun.

Bukankah itu kerana PKS tidak mendominasi? Tetapi andaikan status PKS seperti Golkar, tentu suasananya berbeza?

Ya, justeru kerana tidak mendominasi maka PKS semestinya mengambil sikap yang sangat keras untuk keluar dari kabinet. Tetapi, ia tidak dilakukan. BBM tetap saja naik. Ini menunjukkan PKS terlalu toleran terhadap SBY. Kalau dia mendominasi, justeru boleh saja mereka bertahan kerana berdiri atas parti majoriti di kabinet. Dan, ini kalau terus menerus terjadi sikap akomodatif, secara alamiah dalam tradisi politik saya kira PKS akan mengalami citra yang berubah.

Di Malaysia ada tanggapan bahawa dana, wacana serta kemunculan gerakan Islam progresif kerana di fikirkan ada kepentingan barat dibelakangnya. Apa maksud ini?

Itukan persis juga seperti yang terjadi di Indonesia. Kelompok-kelompok muslim yang progresif misalnya selalu di tuduh menjadi talibarut barat. Teman-teman di kalangan muslim progresif seringkali menyangkal, “kalau Arab Saudi dan negara-negara timur tengah mahu memberikan suntikan dana untuk agenda demokratisasi di Indonesia ataupun gagasan civil society, silakan”. Ini kami tidak ada masalah.

Tetapi persoalannya, aliran dana dari timur tengah tidak dipakai untuk tujuan itu. Aliran dana dari timur tengah hanya dipakai untuk pembangunan masjid, untuk memperbanyak al-Qur’an dan sebagainya. Jadi sangat simbolis di permukaan sebenarnya, walhal ia tidak digunakan untuk kerja-kerja yang lebih konkrit dalam menghadapi kenyataan yang ada di lapangan.

Jadi, sejauh mana dana-dana ini membentuk wacana demokratisasi di Indonesia?

Saya kira dana itu prospektus sifatnya. Kerana kita tahu misalnya, bahawa anak-anak muda yang berfikiran progresif tidak mendapatkan suntikan dana dari barat, maka kemudian setelah mereka keluar dari kampus, mereka akan menemukan titik temu terhadap apa yang difikirkan bahawa apa yang ada di barat itukan prospektus saja sifatnya. Jadi, barat dan dananya itu bukannya hal yang utama dalam menentukan merah dan putihnya sebarang gerakan atau wacana Islam progresif di Indonesia.

Dana tidak mencari orang, tetapi orang yang mencari dana ya? Orang mencari dana sebab fikirannya sudah terbentuk.

Tengok saja pengkaderan-pengkaderan di organisasi mahasiswa intra-kampus dan extra-kampus seperti itu. Sangat liberal dan progresif. Tetapi tidak ada dananya itu.

Jadikan, di dunia Islam sekarang orang sudah mula membicarakan reformulasi agama. Maksudnya, menampilkan pandangan-pandangan baru tentang agama ini?

Jadi memang kehidupan moden sekarang inikan akhirnya memaksa banyak orang untuk menilai kembali bukan hanya agama malahan juga perkara lain. Seperti di Mesir yang baru-baru ini tiba-tiba menerapkan pemilihan langsung gabenor yang ada di sana. Itukan fenomena baru. Ketika sekian lama orang berada di dalam sistem kerajaan, akhirnya mereka bosan juga.

Nah, bagaimanapun arus di media massa, komunikasi dan sebagainya itu mempengaruhi cara pandang seseorang? Sekarang saya tidak tahu apakah nanti Malaysia itu akan menjadi seperti Iran? Saya tidak tentang tahu itu. Tetapi di sisi yang lain juga, ada persoalan barat (ataupun Amerika) sendiri yang seringkali menggunakan dwi-standard ketika menghadapi persoalan-persoalan di timur tengah. Jadi sentimen ummat Islam seringkali dipakai dalam menghidupkan persoalan-persoalan di timur tengah.

Cuba kita lihat konflik Israel-Palestin di mana Amerika bersikap dwi-standard, akhirnya ia telah memicu kemarahan kelompok-kelompok yang lain. Kita tahu misalnya kes yang yang berlaku di Guantanamo sehinggakan ada bantahan dari kelompok muslim progresif. Akhirnya kelmarin kita bertemu dengan Kedutaan Amerika untuk meminta Presiden Bush agar menilai kembali isu ini.

Hal ini memiliki kesan juga terhadap Indonesia. Kalau misalnya muslim progresif tidak bersikap apa-apa terhadap pelekahan kitab suci al-Qur’an di Guantanamo, maka benarlah belaka bahawa muslim progresif adalah talibarut barat. Kita juga misalnya mengadakan demostrasi di Kedutaan Amerika sewaktu serangan Amerika terhadap Iraq. Jadi, walaupun didanai oleh Amerika, tetapi kita turut berfikiran kritis terhadap Amerika.

Tetapi orang boleh anggap bahawa itu hanya dummy politik saja?

Iya, itukan persoalan tafsir ya (ketawa).

Nota: Wawancara ini pertama kali tersiar dalam tapak lama (www.geocities.com/ummahonline) pada 20 Ogos 2005. Kini, dimuatkan kembali dalam tapak baru (Ummahonline.com) sebagai sebahagian daripada proses perpindahan bahan-bahan lama.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: