jump to navigation

Niat dan amal Julai 13, 2006

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Oleh: buzar-1Semua manusia akan dibangkitkan berdasarkan niat dan keadaan (amal) masing-masing, seperti ungkapan suatu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud. Al-Quran sendiri dihubungkan dengan niat dan amalan, manakala hati adalah merupakan satu-satunya hakim yang dapat dipertanggungjawabkan.

Ianya juga sebagaimana adanya hubungan nilai peribadi terhadap niat dan rasa hati, yang mengikhtirafkan keperluan moraliti terhadap ketulenan dan kesucian sesuatu amalan.

Islam mengajar perjuangan moral seharusnya membawa kepada perbuatan dan amalan. Di sini, rasa hati tidak memadai seperti hati bersimpati kepada fakir-miskin, tetapi secara lahiriah tidak pernah dibantunya atau disedekahkan wang pada fakir-miskin.

Kerana itu Islam menekankan pada amalan jua penampilan lahiriah dari hati yang baik dan niat yang murni. Kedua-duanya, niat dan amal, harus disatukan dalam proses untuk menjadi hamba yang diredhai Allah, dan proses ini juga untuk mendapat kejayaan buat diri didunia dan diakhirat.

Biasanya niat yang mendahului amalan, tetapi dalam sesuatu hal, amalan harus ditegakkan untuk menghasilkan niat atau hati yang murni. Sebagaimana Nabi Adam dijadikan jasadnya dahulu dari tanah liat, kemudian ditiupkan rohnya, bilamana kemudian setelah adanya roh didalam jasadnya, seluruh mahluk diperintah sujud untuk menghormati Nabi Adam.

Sebegitu juga, segala amalan fardu dan sunat didalam Islam, adalah amalan lahiriah yang menghidupkan jiwa, hati yang suci kearah moral yang tinggi serta sentiasa cuba memperbaiki keadaannya sendiri agar tampil menjadi insan yang mulia disisi Allah nanti.

Amalan solat lima waktu contohnya, diwajibkan kepada semua, hatta kanak-kanak bila mencecah 10 tahun umurnya, harus ditegaskan agar dia bersolat, biarpun pada mulanya, niatnya tidak ikhlas, tetapi setelah dilakukannya dan terus melakukannya, akan hadir jiwa yang sudi melakukannya atas kehendak sendiri, dan bila dia meninggalkannya, akan terasa pula suatu kekosangan yang mengisi jiwanya.

Semuanya kerana setiap amalan di dalam Islam yang dipertunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, ada kelebihannya yang terkesan samaada dijasad mahupun dijiwa atau hati yang digelar juga bidang psiokologi, ilmu jiwa untuk seseorang insan.

Di dunia sebelah barat pun, kehidupan ramainya manusia yang semakin dibelenggu kekalutan, tertekan jiwanya dalam mengharungi kehidupan harian masing-masing, lalu banyaknya pusat-pusat terapi untuk menenangkan jiwa seperti pusat-pusat bertapa (meditation) atau pusat-pusat pakar jiwa untuk mereka yang tertekan jiwanya (depression) tumbah seperti cendawan.

Manakala kes-kes bunuh diri pula, yang paling tinggi adalah di negara-negara pertama seperti di Jepun, Sweden dan lain-lain. Inilah hakikat manusia yang terbentuk dalam alam lahiriah (fizikal) dan batiniah (mental), dan manusia tidak dapat lari dari hakikat ini.

Manakala pada sebilangan kes bunuh diri di negara-negara Islam, biasanya hanya berlaku bila seseorang individual atau sekelompok masyarakat yang terlalu tertekan hidupnya seperti negaranya diporak-poranda oleh pihak musuh, keluarganya dibunuh di depan matanya sendiri atau juga atas sesuatu sebab-sebab peribadi yang tidak dapat ditanggung oleh jiwanya, lalu dia bertekad melakukan sesuatu yang lazimnya adalah tergolong dalam perbuatan mereka-mereka yang tidak waras atau mereka-mereka yang sakit jiwanya.

Jadi, segala amalan yang diperintahkan oleh Allah, adalah untuk membentuk jiwa, hati yang suci ke arah menampilkan diri agar diredhaiNya. Contohnya amalan solat lima waktu yang difardukan, salah-satu kesan yang terbesar buat manusia adalah mengawal hatinya agar sentiasa mengingati Allah, dan agar tenang jiwanya dalam-mana ditekankan agar bersolat dengan khyusuk (concentrate).

Berpuasa dibulan Ramadan, yang mana mengawal hati dari dibelenggu nafsu, zakat yang mana mengerakkan hati agar sentiasa mengasihani manusia lainnya yang tidak berkemampuan seperti anak yatim-piatu atau fakir-miskin, dan begitulah seterusnya dengan amalan-amalan yang lainnya.

Dan, kembali pada asasnya, setiap amalan bertapak pada amalan yang berniatkan keikhlasan, yang mana setelah semakin lama beramal, harus pula semakin lama menyedari kenapa kita beramal. Allah hanya menerima sesuatu amalan itu bila adanya keikhlasan niatnya.

Sesuatu amalan itu mengunung banyaknya, tetapi tanpa niat keikhlasan, tidak diterima Allah, yang mana amalan itu nanti tiada nilainya, manakala sesuatu amalan itu kecil bilangannya, tetapi dengan adanya niat keihklasan, Allah akan menerima amalan tersebut dan ada kesan kebaikan dari amalan tersebut nanti.

Hatta seseorang itu berniat untuk membuat sesuatu kebaikan, telah pun dicatat pahala untuknya walaupun dia belum melakukannya.

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: