jump to navigation

Ummah Centric hanyalah waham Ogos 22, 2006

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Abdullah ZaikUmmah Centric bukanlah satu idea penting yang layak diperbincangkan, apa lagi oleh mereka yang baru dipermulaan jalan dakwah. Saya sendiri menganggap ia satu isu yang membuang masa dicetuskan oleh mereka yang cetek fahaman harakinya atau mengalami masalah disiplin dalam harakah.

Namun oleh kerana ada yang mungkin terdedah atau terlibat sehingga boleh mengelirukan, maka saya menulis berkenaan isu ini untuk menjelaskan kepada mereka kefahaman yang sebenar. Sekadar untuk menghilangkan kekeliruan, bukan untuk memanjang-manjangkan perbincangan.

Secara zahirnya, senario yang mendorong golongan pemikiran Ummah Centric mempromosikan idea mereka ialah fenomena ta’sub jamaah dikalangan ahli kumpulan atau jamaah tertentu sehingga menimbulkan pergaduhan dan menafikan kepentingan umat yang lebih besar. Namun, jika kita mengkaji latar belakang mereka yang berfikiran demikian dengan mendalam, kita akan menemui sebab lain yang lebih konkrit.

Kita tidak menafikan berlaku fenomena ta’sub di kalangan sesetengah pertubuhan Islam, tetapi ini tidak sepatutnya menjadi alasan untuk merombak asas yang sangat penting di mana amal Islami mesti dilakukan secara jama’ie. Kerja secara jama’ie Thabit (terbukti wajib) dengan kita dan sunnah. Ia bukan satu fasa yang berlalu atau berkaitan dengan satu era tertentu. Objektif dakwah yang besar dan masalah ummah yang komplikated memerlukan kerja secara jama’ie.

Ta’sub boleh diertikan dengan sikap mengikut -secara ekstrem- individu, pertubuhan atau apa saja dengan membuta tuli, atau tanpa melihat kepada hujjah dan sandaran. Contoh-contoh yang disebutkan banyak membabitkan aspek “melampau” bukan semata-mata mengikut atau menyertai.

Fenomena ta’sub telah wujud dalam sejarah Islam dan telah menjadi satu faktor yang menyebabkan umat Islam menjadi lemah seperti ta’sub mazhab dan juga ta’sub kepada pemimpin atau kumpulan yang menjadi punca kepada berbagai bentuk bid’ah.

Untuk merawat permasalahan ini Imam al Banna meletakkan al-fahmu sebagai rukun pertama daripada sepuluh rukun bai’ah. Faham Islam yang benar dapat mengelakkan daripada berlaku gejala ta’sub dikalangan umat Islam. Untuk itu beliau menggariskan dua puluh usul sebagai asas memahami Islam yang betul dan sederhana yang merangkumi berbagai isu-isu sensitif dikalangan umat Islam pada waktu itu. Fahaman yang betul ini akan membawa kekuatan dan perpaduan dikalangan umat Islam.

Telah terbukti sepanjang sejarah, Ikhwan Muslimin telah berjaya melahirkan generasi yang faham dan boleh menyatukan berbagai latar belakang pemikiran dan kecenderungan. Dengan kefahaman yang syumul Ikhwan lebih bersifat menyatu dari menghukum atau menyisihkan mana-mana pihak. Itulah sikap yang ditunjukan oleh kepimpinan Ikhwan dan generasi yang dilahirkan oleh tarbiyah ikhwaniah sepanjang sejarah.

Di sebalik idea Ummah Centric

Ummah Centric seolah-olah digambarkan sebagai satu fasa pengembangan kepada fasa amal jama’ie. Ia (mengikut konteks yang cuba diketengahkan oleh pencanangnya) pada pandangan saya bukan satu pemikiran ilmiah dan tidak perlu diperdebatkan. Ia hanya satu manifestasi kecenderungan mereka yang gagal dalam disiplin amal jama’ie supaya dilihat perbuatan mereka syari’e dan berasas.

Amal“tajammu hanya satu istilah arab yang tidak jauh beza dengan amal jama’ie. Siapa kata amal jama’ie untuk kumpulan, amal tajammu untuk ummah? Disepanjang sejarah fenomena tafallut (bolos diri dari ikatan iltizam) berlaku disebabkan oleh sekurang-kurangnya dua perkara;

Pertama; Kegagalan mengawal sifat fardhiyyah (individualisme) yang menyukarkan seseorang untuk mensejajarkan diri dalam disiplin amal jama’ie yang lebih mengikat. Ini membuktikan dakwaan mereka bahawa mereka lebih “ummatik” daripada orang yang beriltizam dengan amal jama’ie adalah tidak benar, kerana sekiranya mereka tidak berjaya mendisiplinkan kecenderungan peribadi mereka dengan kecenderungan kumpulan yang lebih kecil, bagaimana mereka boleh mendakwa bahawa mereka leburkan diri untuk ummat yang lebih bercampur baur dan tidak menentu.

Kedua; Sifat gopoh yang ingin cepat mendapat hasil sebelum tiba masanya. Orang ini menyangka (psikologi mereka) kalau dia terikat dengan jamaah perjalanan akan lambat dan pergerakan seperti terbelenggu, lalu dia beranggapan jika dirombak segala tali ikatan jamaah ini tentu dia boleh melompat laju ke sana ke mari dan memungut hasil di mana saja ia boleh dapati. Asalkan nampak hasil, tidak kira usaha siapa -dengan pemikiran mereka itu- mereka boleh kata kejayaan mereka kejayaan kita juga. Itukan hasil yang mudah dan singkat!

Natijah akhir tidak ke mana juga. Apalah yang boleh dilakukan oleh seorang yang mutafallit dalam mencapai tujuan-tujuan amal islami yang besar. Sekali sekala mungkin ada peranan untuk mereka, tetapi tidak suatu yang sentiasa. Hujjah yang dikemukakan oleh pencanang Ummah Centric hanyalah waham semata-mata, sekadar mencipta-cipta istilah ma anzala llahu biha min sultan.

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: