jump to navigation

Salehuddin Al-Ayyubi: Pemimpin Inspiratif Ogos 26, 2006

Posted by ummahonline in Tokoh.
trackback

Oleh: Ababil

Salehuddin Al- Ayyubi merupakan seorang sultan dan panglima perang dari suku kaum Kurdi. Beliau bukanlah seorang panglima yang cemerlang walaupun tentera beliau memperoleh kemenangan yang cemerlang ketika menentang pasukan tentera Salib. Namun, beliau mempunyai taktik peperangan yang cukup hebat.

Usaha beliau yang paling berharga ialah kemampuan beliau mempertahankan negara pada saat-saat kecemasan iaitu ketika moral politik berada dalam keadaam keadaan genting. Pada masa itu beliau menunjukkan teladan yang baik dalam semua tingkah lakunya. Beliau membina benteng-benteng yang utuh sebagai persiapan menghadapi serangan musuh dari setiap penjuru.

Bagi insan biasa mungkin kejayaan Salahuddin Al- Ayyubi mengusir penjajah Perancis dari Palestin dan Syam merupakan kejayaan yang cukup besar dan itulah tujuan ataupun keinginan beliau. Namun begitu, kenyataannya Salahuddin Al- Ayyubi mempunyai misi yang lebih besar lagi dan kejayaannya itu hanyalah sebahagian kecil kejayaan yang telah dicapainya.

Salehuddin Al- Ayyubi mempunyai misi dan cita-cita yang jauh dan tidak terbatas. Walaupun pembawaan dan pandangan beliau agak sederhana, tersemat dihatinya satu impian yang cukup besar. Beliau melihat dengan jelas kelemahan institusi-institusi politik Islam yang memberi laluan mudah kepada negara-negara Salib yang kecil memperluaskan wilayahnya dan memperkuatkan pertahanan masing-masing. Ini disebabkan bermulanya keruntuhan moral politik Islam.

Berdasarkan pandangan inilah Salehuddin Al- Ayyubi bangkit untuk memperbaiki keadaan. Menurut beliau tidak ada satu jalan pun untuk memperbaikinya kecuali menghidupkan kembali keberkesanan politikk Islam di bawah satu naungan sebuah daulah yang bersatu. Namun begitu semua ini bukan di bawah kepimpinan beliau akan tetapi diberikan di bawah pengawasan Khalifah Bani Abbas.

Beliau juga memahami masalah dan situasi dunia Islam bukan hanya dalam politik sahaja, akan tetapi juga berkaitan moral dan akhlak manusia di mana pada pandangan beliau kekuatan politik dan tentera pun tidak akan dapat menghancurkannya.

Oleh kerana itu, bagi memastikan usaha tersebut berjaya, beliau menyarankan agar dikembalikan kuasa dan kepercayaan politik kepada tangan orang yang benar-benar berhak.

Beliau sangat suka bergaul dengan para pemimpin dan panglima perang bukan sahaja dari kalangan rakan-rakannya sendiri malahan dari kalangan musuhnya. Ucapan beliau sangat jujur dan beliau seorang yang menepati janji walaupun terhadap tentera Perang Salib sendiri. Kedamaian dibalas dengan kedamaian.

Malah, tidak pernah sekalipun beliau memungkiri janji. Semua ini dilakukan bagi memastikan usaha beliau tercapai. Beliau inginkan kejayaan dan kemenangan dapat melahirkan kekuatan moral dan jiwa yang sangat aktif dalam kehidupan umat secara menyeluruh.

Bagi memastikan semua impian dan cita-citanya tercapai, beliau mewajibkan dirinya untuk menerapkan prinsip-prinsip keadilan, kaikhlasan, kejujuran, dan keterbukaan. Walupun beliau bukanlah seorang pemerintah yang berpengalaman dan panglima perang yang memenuhi kriteria, beliaulah satu-satunya sumber ilham dan kekuatan untuk menegakkan kesatuan Islam di mata pejuang-pejuangnya.

Beliau dapat melakukan semua ini kerana beliau sendiri merupakan teladan yang jelas kelihatan dari segi keberanian dan kemahuan yang cukup tinggi, kerendahan hati dan kemuliaannya, serta kesederhanaan yang ditonjolkan. Justeru, sama-sama kita hayati kisah para pejuang agama Allah. Semoga semangat mereka dapat kita warisi dan praktikkan dalam kehidupan sehari-hari kita. Illal liqa’.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: