jump to navigation

Ramadhan yang ‘memudahkan’ Oktober 1, 2006

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: AbongRasanya tidak salah jika penulis menggunakan tajuk di atas, meskipun penulis menggunakan nama remaja, namun penulis tidak bermaksud bahawa golongan-golongan lain (dewasa, veteran atau kanak-kanak) tidak terlibat dengan persoalan cinta.

Penulis mengambil fokus kepada remaja kerana pada pendapat penulis golongan-golongan lain (seperti yang dinyatakan di atas) tidak menghadapi maslah cinta seperti golongan remaja. Golongan dewasa atau veteran contohnya, mereka ini kebanyakannya sudah bekerjaya, sudah mampu berdikari dan sudah arif mengenai hal-hal yang berkaitan cinta. Golongan ini juga berkemampuan untuk memberi penyelesaian kepada persoalan cinta mereka, yakni perkahwinan. 

Golongan kanak-kanak pula tidak menghadapi permasalahan cinta yang berat. Skop cinta mereka masih belum menjangkau cinta kepada pasangan yang bukan muhrim. Mereka juga berada begitu rapat dengan ibu dan ayah yang sentiasa memantau dan membekalkan kasih sayang dan cinta yang diperlukan.

Berlainan dengan golongan remaja, kebanyakan mereka menyambung pengajian ke institut pengajian tinggi. Mereka berada jauh dari pengawasan ibubapa mereka. Pergaulan di antara lelaki dan perempuan berlaku dengan begitu rancak. Tidak kira yang alim atau ‘kurang’ alim, masing-masing tidak dapat menghalang dari perhubungan di antara Adam dan Hawa daripada berlaku.

Dalam masa yang sama mereka (manusia, bukan merujuk kepada remaja semata-mata) telah dibekalkan dengan nafsu oleh Tuhan Yang Maha Mencipta. DIA tidak membekalkan nafsu tanpa manual (syariat Islam) kepada pengurusan nafsu itu. Tetapi berlainan dengan nafsu, hidayah dan iman itu perlu dicari. Hidayah itu perlu dicari dan iman itu perlu sentiasa ditingkatkan atau paling kurang perlu sentiasa disejajarkan dengan manual yang telah diturunkan.

Allah telah menerangkan tentang hakikat ini didalam surah al Furqan, ayat 43-44 yang bermaksud: “Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan yang dipuja dan ditaati? Maka dapatkah kamu menjadi pengawas yang menjaganya jangan tersesat? Atau adakah kamu menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang kamu sampaikan kepada mereka) Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi”.

Jadi apakah penyelesaian kepada cinta remaja ini? Mereka berjauhan dari kedua ibu bapa, mereka tidak dapat melarikan diri daripada pergaulan diantara lelaki dan perempuan, dan mereka juga mempunyai nafsu yang telah dibekalkan oleh Tuhan Yang Maha Mencipta. Dalam masa yang sama, mereka tidak dapat menolak kehadiran cinta yang berputik yang mana boleh dikatakan fitrah kepada setiap manusia.

Islam adalah agama fitrah. Ia perlu dilayan sebagai fitrah dan dalam masa yang sama ia dapat memandu fitrah kearah jalan yang diredhai-Nya.

Di dalam syariat Islam, apa yang keji dilarang, dan setiap larangan ada disertakan suruhan atau dalam erti kata lain pengganti kepada larangan tersebut. Contohnya Islam melarang zina, tetapi dalam masa yang sama Islam membuka pintu kepada perkhawinan.

Jadi adakah penyelesaian kepada cinta remaja ini ialah perkahwinan? Jawapannya ialah ya dan tidak.

Untuk ya, jika keadaan remaja itu perlu kepada perkahwinan, maka pernikahan itu adalah khusus untuknya. Untuk kes ini, ibu bapa perlu mengenalpasti kelemahan dan kekuatan anak-anak mereka.

Senario parah yang sedang menular di Malaysia sekarang ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Penzinaan sudah kedengaran seperti biasa. Remaja ini tidak dapat menolak cinta yang hadir dalam jiwa mereka, dan dalam masa yang sama nafsu didalam diri mereka telah dibantu oleh ‘penghasut-penghasut’ (syaitan) yang memang terkenal dengan sikap ‘istiqamah’ mereka.

Dan, ibubapa di Malaysia masih belum cenderung untuk menikahkan anak-anak mereka jika anak-anak itu masih menuntut. Jalan kepada penyelesaian cinta (dan nafsu) yakni pernikahan telah tertutup, maka remaja ini memilih jalan lain yang dapat menjawab persoalan cinta mereka itu yakni penzinaan (na’uzubillah). Maka pernikahan adalah penyelesaian kepada remaja yang menghadapi situasi di atas.

Untuk jawapn tidak, ialah bagi remaja yang insyaallah masih mampu dan dapat mengawal nafsu mereka. Lantaran itu mereka dapat memandu fitrah (cinta) itu selari dengan kehendak-Nya.

Apakah formula yang telah digunakan oleh remaja ini? Formula ini sudah sedia ada di dalam syariat Islam. Contohnya mereka boleh mengikat perhubungan yang di dalangi oleh cinta (yakni fitrah) itu dengan pertunangan, manakala untuk menangani nafsu, ada dua kaedah.

Untuk menundukkan dan mencegah penyakit nafsu dari membarah ialah dengan berlapar, dan yang lebih baiknya berpuasa. Insyaallah gelora nafsu akan dapat ditundukkan. Perlu ditegaskan disini, nafsu tidak perlu dikunci, ia hanya perlu dikawal!

Kaedah kedua ialah dengan bangun malam untuk menunaikan solat sunat. Kedua-dua kaedah ini perlu dijadikan amalan. Rasionalnya ialah untuk memantapkan iman. Iman yang mantap kepada-Nya mampu menahan diri dari sebarang perbuatan yang keji dan mungkar.

Ayuh kawan-kawan remajaku! Mari kita bersama-sama berusaha kearah usaha memantapkan iman! Gerakan kearah ini perlu disebarkan.

“Jangan bersedih, kerana sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita’’. Dan, “Aku bersama dengan sangkaan hamba-Ku terhadap-KU’’

Insyaallah jika kita yakin usaha kita akan membuahkan hasil, dan kita yakin Allah ada bersama kita, maka insyaallah ia akan sepertimana yang kita sangkakan.

Dan sempena di bulan Ramadhan ini, sifat-sifat fitrah kita yang asli akan lebih menonjol lantaran musuh-musuh kita yakni syaitan, telah dibelenggu. Ibadat puasa yang diwajibkan akan mendidik nafsu dan ibadat-badat lain yang kita lakukan akan menjadi santapan rohani kepada iman dan aqal yang sentiasa mencari keredhaanNya.

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: