jump to navigation

Usaha ke atas cahaya kebenaran Oktober 4, 2006

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Oleh: Buzar-1Lazimnya, semua itu memerlukan usaha untuk mengekalkan keadaan baiknya, keadaan aslinya atau keterapiannya. Sekiranya kita mempunyai taman atau kebun, tentunya kita perlu menjaga dan mengusahakannya, jika tidak dijaga dan diusahakan, maka jadilah ia padang lalang, semak mahupun rimba.

Sebegitu juga dengan pakaian kita atau rumah kita, saban hari harus dibersihkan untuk mengekalkan keadaan baiknya. Misal-misal ini adalah sama juga dengan agama kita, harus adanya usaha keatas agama, dan usaha pertama keatas agama adalah dakwah, iaitu mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran, untuk diri, keluarga dan seterusnya untuk semua diatas kemampuan diri masing-masing, barulah agama itu akan kekal dalam keadaan aslinya seperti dizaman Rasulullah s.a.w. 

Bilamana orang akan memperkatakan kebesaran Allah, memperkatakan kelebihan-kelebihan sunnah Rasulullah, maka agama pun akan kembali segar dimana-mana. Bilamana rumah-rumah Allah dipenuhi oleh program-program agama dan masyarakat sekitar sentiasa memenuhinya untuk beramal ibadat, tentunya sesuatu kawasan itu tidak kira dimana sahaja, akan lebih terpelihara agamanya.

Agama itu adalah cahaya penerang buat seluruh alam. Dan untuk mendapatkan cahaya agama (kebenaran), memang harus diusahakan usaha agama. Kerana walaupun banyaknya sebab-sebab untuk menghasilkan cahaya, alat-alat atau apa sahaja untuk mendapatkan cahaya, tetapi tanpa usaha, kita tidak akan dapat menghasilkan cahaya.

Misalnya, walaupun begitu banyak hujan yang turun, sungai-sungai yang airnya deras, mahupun peralatan-peralatan elektroknik yang canggih, namun tiada diusahakan untuk membuat empangan-empangan hidro, generator-generator elektrik, kabel-kabel untuk dialirkan elektrik keseluruh kawasan, maka kita tidak akan dapat menghasilkan cahaya.

Sebegitulah, walaupun dilahirkan sebagai seorang Islam, diajar segala ilmu-ilmu agama, rumah penuh dengan kitab-kitab, tetapi tanpa sebarang usaha keatas agama, cahaya dari agama itu tidak akan datang pada diri, mahu pun tersebar pada orang lain, apatah lagi pada masyarakat keseluruhannya.

Sesuatu yang pastinya, bila datangnya cahaya, secara automatik, kegelapan akan menghilang. Walaupun sekecil mancis yang dinyalakan dibilik yang gelap, cahaya dari mancis tersebut pasti yang kelihatan jelas dan menerangi sekitarnya. Untuk menghilangkan kegelapan bilik, walaupun kita cuba mengecat atau mewarnakan bilik-bilik kita dengan warna-warna yang ceria atau terang, iainya tidak mampu dan tidak mungkin dapat menghilangkan kegelapan bilik tersebut. Apa yang diperlukan hanya cahaya dan semakin terang cahayanya, semakin jelaslah kelihatan bilik tersebut.

Sebegitulah, bila datangnya haq (kebenaran) secara automatiknya, batil (kegelapan) akan menghilang. Yang pastinya, batil (kegelapan) tiada berkeupayaan, kewujudannya hanyalah kerana tiadanya cahaya. Hari ini, masaalahnya, yang haq (Kebenaran) belum lagi tegap dan mampu mendatangi umat. Jadi tentunya batil bermaharaja-lela, sebagaimana bila malapnya cahaya atau tiada cahaya langsung, tentunya kegelapan menguasai suasana.

Lalu, umat hari ini harus kembali pada usaha yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para Sahaba r.a, yang mana usaha utama mereka adalah berdakwah. Dan usaha mereka berlandaskan kesederhanaan dari segala aspek. Sama ada dalam kehidupan harian, mahupun fikir harian. Sebiji mangga itu, kalau kita menanamnya dan ingin ia tumbuh lalu menghasilkan buah-buahan, ia memerlukan suasana yang sederhana, ditanam dalam tanah, dibajai dan diairi. Kalau kita bertindak berlebih-lebihan, seperti membalutnya dengan kertas emas, kemudian diletakkan dalam kotak emas, dan diikat dengan tali emas, ianya tentu tidak akan tumbuh.

Sebegitu juga, usaha keatas agama, memerlukan kesederhanaan, sebagaimana cara yang dibawa dan ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan agama Islam itu sendiri, adalah agama wasatha, iaitu, agama pertengahan. Wallahuallam.

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: