jump to navigation

Pengetahuan tanpa manfaat November 5, 2006

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Le KhairKadangkala, berasa begitu banyak perkara yang sangat ingin dikongsikan dengan orang lain. Hati mahu agar semua orang dapat berkongsi maklumat yang telah kita ketahui. Namun, lidah ini perlu selalu diperhati, kerana tidak semua perkara jika diketahui boleh menjadi manfaat. Bahkan barangkali menjadi mudarat.

Imam Al-Ghazzali dalam kitab Ihya’ Ulumiddin menceritakan tentang imam Syafie yang pada suatu hari di dalam majlisnya ditanya oleh seorang lelaki. Imam Syafie hanya diam seperti tidak mengendahkan soalan lelaki itu… lalu lelaki itu berkata, tidakkah tuan sudi menjawab dan semoga Allah merahmati tuan. Jawab imam Syafie, “Aku tidak tahu adakah kebaikan itu pada jawapan atau kebaikan itu pada aku diam.”

Perhatikanlah imam yang sebegitu bijaksana yang merupakan orang pertama menyusun ilmu usul (kitabnya Ar-Risalah)… yang dikatakan tiada duanya dalam dunia islam… dia tidak terus menjawab. Dia sentiasa menimbang bicaranya dengan neraca kebaikan, walaupun dia boleh memberi jawapan.

Betapa ramai kita ini… yang memiliki ilmu sedangkal ini…pantang ditanya, pasti berebut-rebut memberikan pandangan dan jawapan seolah-olah kita ini serba tahu.

Begitu pula, begitu banyak perkara yang ingin kita ketahui … kita ingin mengetahui segala-galanya. Ingin mengorek rahsia dari dasar bumi ke hujung dunia di atas sana. Sedang masa begitu suntuk… nyawa bila-bila bakal dicabut. Apakah sebenarnya yang paling perlu untuk seorang “diri” seperti kita? seorang diri yang telah melepasi alam roh yang tidak dapat diingati, melepasi alam rahim yang juga tidak dapat diingati, dan bakal melepasi alam dunia sebentar ini… kemudian menjejaki alam barzakh barangkali seribu tahun barangkali 2-3 ribu tahun menurut ajal bumi dan dunia… kemudiannya alam akhirat yang menggoncangkan dengan hisab untuk berada di alam abadi.

Apakah sebenarnya yang paling perlu kita ketahui, untuk kita amalkan hingga berpasak dalam diri menjadi akhlak? Pengetahuan (untuk pengamalan) yang memberikan manfaat ketika kita mengadapNya…

Teringat soalan-soalan dalam sekian banyak majlis…tuan, mengapa azan diulang dua kali sedangkan Tuhan suka jumlah ganjil…tuan, siapakah nama sebenar firaun yang sezaman nabi musa itu… tuan, benarkah seluruh quran itu terkandung dalam titik huruf Baa dalam basmalah…

Soalan-soalan yang tidak memberi makna. Pengetahuan yg tidak menambah amalan dan taqwa… tidak menambah kecintaan padaNya apatah pula ketakutan pada azabNya… laa yusminu wa laa yughni min juu”

Sebuah kisah lucu dicatatkan oleh Imam Ghazzali juga di dalam kitab Ihyaa Ulumiddin, seorang wanita yang xxtra pounds beratnya menemui seorang tabib/doktor mengadukan nasibnya yang tidak mendapat zuriat walaupun telah lama berkahwin. Doktor itu melihat pada fizikalnya lalu berkata, “puan, untuk apa puan bergusar hati tentang zuriat sedangkan hayat puan sendiri hanya tinggal tidak lebih 6 bulan”. Wanita itu pulang dalam keadaan begitu sedih, kecewa dan bimbang… menjadikan dia susah tidur dan hilang selera makan. Selepas 6 bulan, maut yang ditunggunya tidak datang-datang. Kemudian dia pergi menemui doktor tersebut dalam ketika berat badannya sudah turun dengan drastik. “Doktor, ini sudah lebih daripada 6 bulan?” Doktor pun berkata, “puan, inilah ketika yang baik untuk puan dan suami berusaha mendapatkan zuriat”.

Doktor itu mengetahui kondisi pesakitnya, tahu bahawa jika diberitahu pun pada wanita itu tentang obesitinya yang menghalang peranakan, wanita itu barangkali bersangatan sukar untuk menurunkan berat badannya…sedangkan wanita itu ketika datang menemuinya sangat-sangat ingin tahu punca dia tidak mendapat zuriat.

Kita yang sangat-sangat ingin tahu segala perkara… rasailah doa ini; “Allahumma állimna bima yanfaúna wanfa’na bima államtana…”, wahai Allah ajarilah kami sesuatu yang bermanfaat buat kami, dan jadikanlah kami ini bermanfaat dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: