jump to navigation

Antara Islah dan Dakwah November 16, 2006

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Norasmadi NorasimSaya merasa begitu terpanggil untuk memberi pendapat tentang seruan Dr Abd Aziz Hanafi kepada Mufti Kerajaan Perlis yang baru, Dr Asri Zainal Abidin sepertimana yang telah pun dimuatkan dalam Harakahdaily baru-baru ini (Mufti baru Perlis diseru tumpu persoalan umat Islam masa kini).

Menjadi tanggungjawab semua Muslim agar berpegang kepada AlQuran dan Sunnah. Tidak menjadi kesalahan jikalau Dr Asri cuba memperbetulkan perjalanan sunnah semua Muslim. Kita sepatutnya berasa bangga kerana bermuftikan seorang yang menjurus kepada pengajian hadis, yang saya kira arif dalam perjalanan sunnah yang sebenarnya.

Saya kira pendapat Dr Abd Aziz berkenaan dengan kegelojohon Ilmuan Islam sekarang cuba mengislahkan umat Islam adalah sesuatu yang tidak sesuai kerana Imam Shafie (semoga Allah mencucuri rohnya) pernah berpesan bahawa beliau berpegang kepada hadis, dan jikalau hadis itu terus sanadnya kepada Nabi Muhammad s.a.w maka itulah mazhabnya.

Seseorang yang terpelajar dalam bidang hadis adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku di abad ini. Ilmuan hadis ibarat mutiara berkilauan kerana mampu membezakan antara yang sahih, daif dan palsu. Mereka mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam tentang biografi periwayat dan isnad hadis. Mereka mampu mengetahui kecacatan yang terdapat di dalam hadis tersebut.

Jikalau pengetahuan tentang hadis secara mendalam tidak diketahui mana mungkin kita mengetahui perbezaan antara Sunnah dan Shiah. Mereka inilah tempat kita merujuk bukan diburuk-burukkan.

Saya ingin menyeru kepada semua Ilmuan Islam agar sentiasa berpegang teguh kepada Hadis kerana ianya merupakan sumber ilmu yang kedua di dalam Islam. Jika mampu berkunjunglah ke soal & jawab laman web Islam yang berada di bawah pengawasan Sheikh Muhammad Soleh Al Munajid, seorang tokoh ilmuan yang terkenal.

Bacalah jawapan-jawapan yang disediakan beliau kepada permasalah yang berlaku di dunia Islam. Tokoh Salafi ini tidak pernah memperlekehkan Ilmuan silam malah beliau sangat menghormati mereka.

Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin mengajukan satu soalan yang sangat mudah kepada semua tokoh Ilmuan Islam di negara ini. Kita dapati jumlah perokok Muslim semakin bertambah dan hampir kesemua mereka masih lagi berpegang kepada pendapat bahawa merokok itu makruh.

Kita juga dapati bahawa ramai ustaz yang mengajar di surau-surau dan masjid-masjid merokok dan paling menyedihkan perbuatan itu dilakukan di dalam kawasan masjid. Sedangkan rokok kita tidak mampu melawan inikan pula segala bentuk penyelewangan yang dilakukan terhadap perosak perosak akidah Muslim di negara ini.

Saya mohon maaf kalau tulisan saya menyinggung perasaan sesiapun. Kepada Dr Asri Zainal Abidin anda mempunyai tanggung jawab yang besar. Anda perlu mendahului pemerintah, bukan pemerintah mendahului anda.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: