jump to navigation

Kembara Sufi Sub Sahara: Tijaniyya (Episod 4) Disember 7, 2006

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Kaki BangkuDiasaskan oleh Shaykh Ahmad al-Tijani, Tijaniyya adalah antara aliran tariqat paling popular di dunia pada masa ini. Malah, di Chicago in juga wujud komuniti Tijaniyya yang signifikan. Dari segi doktrinnya, Tijaniyya dikaitkan dengan gerakan “neosufi” yang lain pada awal perkembangannya seperti aliran Sanusiyya, Khalwatiyya dan Idrisiyya kerana penggunaan konsep Tariqat Muhammadiyya.

Shaykh Ahmad al-Tijani, sepertimana gerakan neosufi yang lain, terkenal dengan ungkapan “Jika kamu mendapati sesuatu disabitkan kepadaku, pertimbangkanlah ia pada penilaian Shari’ah; jika didapati seimbang, ambillah, dan jika tidak, tolaklah”. Maka dari aspek ini, pengikut Tijaniyya tidak membedakan mereka dengan komuniti Muslim yang tidak mengikuti tariqat Tijaniyya selagi mana mereka semua patuh terhadap ajaran al-Qur’an dan mencontohi Junjungan s.a.w.

Dilahirkan di Ain Madi di Algeria pada 1737, Shaykh al-Tijani mengembara ke timur untuk menuntut ilmu bersama ulama-ulama tradisional Shadhili dan juga ahli-ahli Sufi Khalwatiyya di Mesir. Setelah itu, beliau menetap di Maghribi dan memainkan peranan utama dalam agenda reformasi Mawlay Sulayman, iaitu Sultan Maghribi.

Usahasama Mawlay Sulayman dan Shaykh al-Tijani dikatakan oleh sarjana-sarjana awal Barat sebagai mirip kepada gerakan pembersihan Wahhabiyya. Namun, penilitian sarjana-sarjana terkemudian seperti saudara Zakarya Wright (pelajar Ph. D Northwestern University) pula menafikan dakwaan tersebut kerana Mawlay Sulayman sendiri menerima bai’ah dalam beberapa tariqat (termasuk Tijaniyya) dan penduduk wilayahnya berpegang kepada mazhab Maliki.

Memandangkan saya tidak pernah berguru dalam ilmu tasawwuf, izinkan saya ketepikan aspek-aspek doktrin tasawwuf Tijaniyya. Penulisan saya, sepertimana episod-episod lepas, hanya menumpukan aspek socio-politiknya. Yang paling ketara dari segi sosio-politik gerakan Tijaniyya selepas Shaykh Ahmad al-Tijani ialah al-Hajj Umar Tall.

Berasal dari Mali dan berketurunan yang sama dengan Shaykh Usman Dan Fodio yang saya ceritakan dalam Episod 3, al-Hajj Umar mengepalai usaha penubuhan negara Islam di Senegambia dan Mali Barat. Malangnya, beliau syahid dalam peperangan pada 1864 dan negara Islamnya jatuh ke tangan Perancis setelah 21 tahun ditubuhkan.

Seorang lagi tokoh besar Tijaniyya ialah Shaykh Ibrahim Niasse dari Senegal yang lahir pada 1900. Organisasinya, Jamaat al-Fayda, merupakan organisasi Muslim terbesar di Afrika Barat. Beliau pernah dianugerakan darjat Shaykh al-Islam oleh al-Azhar di Kaherah dan menjadi black African pertama untuk mengimamkan solat Jumaat di masjid al-Azhar. Ulama terbesar masa kini yang mewarisi legasi beliau ialah Shaykh Hassan Cisse.

Para ulama di negara-negara Afrika Barat pada masa ini ramai tergolong dalam tariqat Tijaniyya, terutamanya di Senegal di mana mereka terlibat dengan aktif dalam politik negara. Malah, salah seorang professor falsafah di universiti saya juga adalah anggota tariqat Tijaniyya. Saya juga yakin, jika pembaca bertemu dengan seorang Muslim dari Senegal, kemungkinan besar dia mengikuti tariqat Tijaniyya.

Sumber rujukan:

1. Wright, Zachary (2005). On the Path of the Prophet: Shaykh Ahmad Tijani and the Tariqa Muhammadiyya.
2. Hunwick, John (1992). An Introduction to the Tijani path.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: