jump to navigation

Memahami Kezaliman ISA (7) Disember 7, 2006

Posted by ummahonline in ISA, Kolum.
trackback

Oleh: Saari SungibKolum ini memuatkan himpunan tulisan yang mengungkapkan kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sebagai bekas tahanan ISA, kolumnis tentunya memahami hakikat sebenar di sebalik kelangsungan akta tersebut. Begitupun, para pembaca masih dialu-alukan mengirim ulasan terhadap tulisan ini menerusi abuurwah@gmail.com.

SIAPA YANG JADI MANGSA ISA? KENAPA ISA DITAKUTI?

Undang-undang Draconian

ISA memang sudah lama mempunyai satu reputasi sebagai satu undang-undang yang amat ditakuti oleh rakyat, khususnya aktivis sosio-ekonomik, politik dan hak asasi manusia di negara ini.

Kebanyakan rakyat Malaysia menyedari bahawa penahanan di bawah ISA bererti seseorang itu akan dibawa ke satu tempat yang tidak diketahui, ke satu sel soal-siasat yang gelap dan sejuk, kemungkinan diseksa mental atau fizikal atau kedua-duanya sekali dan kemudian dipenjarakan tanpa tempoh yang terhad.

ISA adalah satu undang-undang yang bersifat diktatorial. Ciri-ciri diktator undang-undang ini telah terserlah sejak awal-awal perbahasannya lagi dalam Dewan Rakyat pada tahun 1960 di mana cadangan penubuhan jawatankuasa untuk membincangkan cadangan-cadangan daripada pihak pembangkang telah diketepikan begitu sahaja.

Pindaan-pindaan terhadap ISA pada tahun 1988 dan 1989 ternyata mempunyai fokus untuk menyekat pembangkang daripada terus bersuara di persada politik negara.

ISA juga digelar sebagai white terror dan draconian [1]. ISA dianggap sebagai draconian kerana ia memberi kuasa yang amat luas untuk kerajaan bertindak ke atas sesiapa sahaja di negara ini yang telah melakukan sesuatu tindakan, atau yang baru mahu melakukan sesuatu tindakan yang dianggap mengancam keamanan awam serta keselamatan negara.

Anggapan seumpama itu hanya memerlukan seorang pegawai polis ‘mempunyai sebab untuk percaya’ bahawa seseorang itu telah atau akan melakukan tindakan yang boleh memudaratkan keselamatan negara.

Empat sebab utama ISA digeruni adalah: (1). takut ditahan di Kem Kamunting, (2). takut menghadapi penderaan dan disoal-siasat di bawah kuasa polis, (3). takut kerana tidak mendapat pembelaan jika kes dibawa ke mahkamah, dan (4). takut kerana terus ditakut-takutkan oleh SB

_____________________

[1] op. Cit. Rais Yatim, hal 245, 254, 257. Lihat The New Encyclopaedia Britannica, 15th Edition, 1987, Jil 4, hal 207. Draconiani> berpunca daripada nama Draco, seorang ahli undang-undang Yunani pada abad ke-7 Sebelum Masihi yang mengenakan sebarang kesalahan jenayah sama ada yang remeh ataupun yang serius yang dilakukan di Athens dengan hukuman bunuh. Sejak itu sebarang undang-undang yang bersifat menekan dan menindas dinamakan sebagai draconian.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: