jump to navigation

Remaja yang terperangkap Disember 12, 2006

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: AbongDahulu saya pernah menulis tentang cadangan penyelesaian cinta remaja. Idea itu timbul hasil bacaan daripada tulisan Ustaz Maszlee Malik mengenai nikah khitbah. Remaja adalah golongan yang melepasi zaman kanak-kanak. Justeru, adakah mereka boleh diklasifikasikan sebagai sudah matang?

Sekarang banyak isu pasal remaja yang kedengaran dan terpampang di dada-dada akhbar. Masalah mat rempit, isu mahasiswa yang terlibat dengan kes-kes maksiat, gejala hedonisme, dan lain-lain lagi.

Melambaknya gejala ini, maka kepada siapakah yang patut dipersalahkan? Adakah kita perlu mencari pesalahnya, atau kita hanya fokus kepada penyelesaian yang perlu dilaksanakan dengan segera.

Adakah salah jika saya mengatakan bahawa remaja masih memerlukan didikan dan dorongan? Dalam artikel saya sebelum ini, kelihatannya remaja dipinggirkan oleh ibubapa dalam pembahagian kasih sayang.

Bukanlah maksud saya untuk menyalahkan ibubapa. Tetapi cuba perhati senario ini. Seorang remaja sudah meningkat umurnya. Dalam masa yang sama ibubapanya juga turut mengalami peningkatan usia. Ibu bapa sudah tidak lagi membelai dan memanjakan anak-anak mereka lantaran difikirkan anak-anak mereka sudah meningkat usia. Dalam masa yang sama mungkin ibu bapa memikirkan sudah sampai waktu untuk mereka bersifat matang dengan anak-anak.

Mungkin pendekatan itu tidak salah. Tetapi dalam masa yang sama, remaja itu menyambung pelajaran di tempat yang jauh dari pengawasan ibu bapa. Ataupun mungkin skop sosial remaja itu telah lebih maju. Pergaulan mereka mungkin lebih banyak bersama dengan rakan-rakan yang berlainan jantina. Saya tidak katakan ada kesilapan dalam senario ini. Tetapi apabila remaja itu terlibat dengan persoalan cinta, lantaran hati yang sentiasa ingin menagih kasih atau belai dari seseorang. Dalam masa yang sama ibubapa tidak membekalkan perasaan itu (kerana ibu bapa sudah bersikap lebih matang dengan anak-anak mereka). Jadi masalah yang timbul adalah perasaan kasih yang timbul dengan rakan berlainan jantina.

Saya katakan ia masalah kerana, seperti semua sedia maklum, remaja dianggap masih dalam umur yang muda. Maka penyelesaian kepada cinta yang timbul tak dapat diarah kepada perkahwinan. Alhamdulillah ada remaja yang tak menghadapi masalh dalam mengawal nafsu mereka. Tetapi bagaimana pula dengan remaja yang tidak dapat mengawal nafsu mereka? Adakah mereka perlu mengunci nafsu? Adakah tiada penyelesaian kepada cinta itu di dalam Islam?

Mungkin nanti akan ada wakil Sisters in Islam (SIS) yang akan mengatakan lemahnya pemuda Islam pada zaman sekarang. Saya tak malu mengatakan memang pemuda Islam di Malaysia sekarang lemah. Jika tidak mana mungkin ramai ataupun banyak kes-kes melibatkan salah laku akhlak remaja yang dilaporkan. Artikel ini ditulis agar dapat menarik bantuan atau sokongan dari semua pihak tentang peri pentingnya menjaga perkembangan remaja.

Remaja masih memerlukan itu semua. Isu mat rempit, kebanyakan yang terlibat adalah remaja. Kenapa remaja Islam yang terlibat? Kenapa surau atau masjid tidak menjadi tempat pilihan mereka, tetapi jalanraya yang menjadi pilihan? Ataupun kenapa remaja-remaja ini tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah daripada membuang masa di jalan raya ataupun di konsert-konsert? Adakah suasana sekarang yang tidak memberi peluang kepda remaja untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah? Kenapa banyak sangat program-program hiburan yang dihidangkan kepda para remaja? Adakah Malaysia mahukan pelapis pemimpin masa hadapan terdiri daripada pemimpin yang tahu menyanyi, menari dan sebagainya?

Diharapkan para ibubapa, golongan agama, pendidik dan pemimpin dapat memberi perhatian yang khusus. Maish terlalu awal untuk menganggap para remaja sudah boleh berdikari. Remaja masih memerlukan tunjuk ajar dan pengawasan. Tolonglah para remaja agar mereka dapat atau berupaya membuat keputusan yang terbaik dalam setiap tindakan mereka.

Jika masalah ditimbulkan oleh golongan remaja, adakah ia 100% kesalahan atau berpunca dari mereka?

Salah satu isu yang ditimbulkan diatas adalah berkenaan perkahwinan diusia muda. Ya, mungkin masyarakat Malaysia masih belum dapat menerima idea Ustaz Maszlee Malik, tapi, InsyaAllah, Dia tak akan menyukarkan hamba-Nya. Jadi saranannya di sini, jika setiap pihak yang dikomen oleh Ustaz Maszlee Malik (dalam artikel “Nak kahwin, tapi takde duit”) tidak dapat menerima idea beliau, maka cubalah berubah dengan memberi persekitaran yang sihat kepada para remaja. Berikan sokongan dan didikan yang padu kepada para remaja.

Pastikan surau-surau atau masjid-masjid menjadi tempat pilihan utama para remaja. Sediakan atau mudahkan remaja untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang sihat. Kurangkan program-program yang berbentuk hedonisme.

Bertindaklah dalm segera! Saranan ini ditujukan kepda golongan-golongan yang lebih senior dari golongan remaja. Buktikan kasih sayang golongan senior kepda golongan remaja!

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: