jump to navigation

Memahami Kezaliman ISA (8) Disember 17, 2006

Posted by ummahonline in ISA, Kolum.
trackback

Oleh: Saari SungibKolum ini memuatkan himpunan tulisan yang mengungkapkan kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sebagai bekas tahanan ISA, kolumnis tentunya memahami hakikat sebenar di sebalik kelangsungan akta tersebut. Begitupun, para pembaca masih dialu-alukan mengirim ulasan terhadap tulisan ini menerusi abuurwah@gmail.com.

SIAPA YANG JADI MANGSA ISA? TAKUT DITAHAN DI KEM KAMUNTING

Kem Tahanan Politik Tersohor Seantero Dunia

Bandar kecil Kamunting di Taiping menjadi terkenal di seluruh dunia kerana ISA. Nama Kamunting yang menggambarkan satu lokasi pagar berduri dan concentration campmemang amat menggerunkan.

Kem Kamunting mengingatkan setiap aktivis rakyat sejak empat dekad dulu lagi bahawa pada bila-bila masa sahaja ia boleh akan dipenjarakan tanpa bicara di situ.

ISA ditakuti dan digeruni kerana adanya Kem Kamunting. Bahkan penahanan di Kem Kamunting telah menjadi collateral terbesar semasa siasatan 60 hari di bawah kuasa polis.

Penahanan di Kem Kamunting bermula dengan dua tahun. Tetapi penahanan itu boleh disambung dua tahun, dua tahun, sehingga bila-bila!

Menteri Dalam Negeri hanya perlu menurunkan tandatangannya ke atas sekeping kertas untuk membolehkan sesuatu perintah tahanan dua tahun dikuatkuasakan.

Sepanjang soal-siasat 60 hari, menjadi satu kebiasaan bagi pegawai-pegawai penyiasat untuk mengulang-ulang menyatakan orang yang ditahan di Kamunting ada yang 2 tahun, ada yang lebih hingga ke 8 dan 12 tahun.

Kem Penderaan Orang-orang Tahanan

Kem Kamunting memberi imej satu lokasi di mana ‘pengganas-pengganas’ komunis telah ditahan bertahun-tahun. Ada pula yang berbelas-belas tahun untuk memulihkan mereka. Kehidupan di Kem Kamunting tidak ubah seperti kem tawanan perang.

Pada tahun 60an dan 70an, mereka yang ditahan di Kem Kamunting melebihi 1,000 orang. Mereka bercucuk tanam, mengendalikan makan minum sendiri, tandas tong serta menguruskan pelupusan najis mereka sendiri.

Tidak kurang pula yang menjadikan najis buangan mereka sebagai baja bagi tanaman yang mereka usahakan itu.

Pada hujung 70an atau awal 80an juga Kem Kamunting menjadi tempat mendera tahanan. Terdapat ketika tertentu orang tahanan dikunci dalam sel-sel mereka dan hanya dibenarkan keluar untuk dua jam sahaja setiap hari untuk tujuan bersenam.

TAPOL – Tahanan Politik

Selain daripada mereka yang dikatakan sebagai pengganas komunis, Kem Kamunting turut menjadi tempat memenjarakan TAPOL, ataupun tahanan politik.

Semasa tahanan beramai-ramai dalam Operasi Lalang pada tahun 1987, para TAPOL merasakan mereka dikurung seperti tahanan di concentration camp dan ditempatkan dalam blok penjara seumpama Long Kesh Prison Camp di Ireland Utara.

Mengenangkan Kem Kamunting sebagai tempat tahanan setanding dengan Long Keshatau Maze Prison di Ireland Utara, atau seperti Robben Island di Afrika Selatan ataupun seperti Alcatraz di San Francisco Bay inilah yang menambahkan kegerunanan aktivis rakyat di negara ini bila diingatkan tentang ISA.

Gerun kerana Memikirkan Mungkin Ditahan Bertahun-tahun Lamanya

Kem Kamunting mengingatkan aktivis rakyat tentang hidup terpenjara dan kehidupan yang telah dirampas kebebasan diri.

Kegerunan ini bertambah meningkat apabila memikirkan sesiapa sahaja boleh ditahan dan dipenjara bertahun-tahun tanpa perlu dihadapkan ke mahkamah dan tanpa melalui proses perbicaraan.

Bagi TAPOL, Kem Kamunting adalah pusat terhimpunnya segala kezaliman yang turut dialami oleh tahanan-tahanan politik di tempat-tempat lain di dunia.

Seperti apa yang dirasakan oleh Mumia Abu Jamal, seorang tahanan politik berkulit hitam di Amerika Syarikat apabila beliau mengatakan: “Distrust anyone in whom the desire to punish is powerful”.

Atau tahanan politik kaum Red Indian di Amerika Syarikat, Leonard Peltier dengan luahan hatinya: “Innocence is the weakest defense. Innocence has a single voice that can only say over and over again, ‘I didn’t do it’. Guilt has a thousand voices, all of them lie” dan menambah: “It seems it’s always the innocence who pays the highest price for injustice”.

Mumia turut menambah: “Under the government that imprisons any men unjustly, the true place for a just man is also a prison”. Mumia turut meluahkan: “We are all robbed of our innocence and are therefore all condemned to guilt”.

Suara TAPOL Suara Sejagat

Sama ada dihumban ke Kem Kamunting ataupun dipenjarakan di Amerika Syarikat, bagi TAPOL laungan suaranya tetap sama.

Leonard Peltier berkata: “Since you can never believe anything the government says, it’s impossible to trust a single piece of their evidence”. Apatah lagi penahanan TAPOL di Malaysia dilakukan tanpa perbicaraan dan TAPOL hanya dibekalkan dengan alasan-alasan tahanan yang penuh dengan fitnah, dusta dan penipuan.

Demikian juga TAPOL di negara China pada satu masa dahulu, Wei Jingsheng berkata: “It later became apparent to me that everything they had said was a lie from start to finish”.

Beliau menambah: “I had also adopted a new bias: unless there was solid evidence to convince me otherwise, I would regard all power holders as ruthless people lacking in conscience who had built their success on other’s misfortune”.

Ya! ISA ditakuti dan digeruni kerana ia adalah satu instrumen yang digunakan untuk mengekalkan status quo kuasa parti yang memerintah yang tidak mempedulikan persoalan maruah untuk menghumban sesiapa sahaja yang menentang atau mencabar status quo tersebut ke Kem Kamunting bertahun-tahun atau berbelas-belas tahun lamanya.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: