jump to navigation

Bidadari Itu: "Perempuan Saleh" Januari 3, 2007

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Oleh: Jalaluddin Rakhmat”Benarkah hadis yang mengatakan bahawa kebanyakan penghuni neraka itu perempuan?” tanya seorang murid kepada Imam Ja’far. Fakih besar abad kedua hijrah itu tersenyum. “Tidakkah anda membaca ayat Al-Qur’an, ”Sesungguhnya Kami menciptakan mereka sebenar-benarnya; Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta dan berusia sebaya” – (56: 36-37)

Ayat di atas adalah berkenaan dengan para bidadari, yang Allah ciptakan dari perempuan yang saleh. Di syurga lebih banyak bidadari daripada lelaki mukmin.” Secara tidak langsung, Imam Ja’far menunjukkan bahawa hadis itu tidak benar, bahawa kebanyakan penghuni syurga justeru perempuan.

Hadis yang mendiskreditkan perempuan ternyata sudah masyhur sejak abad kedua hijrah. Tetapi sejak itu juga sudah ada ahli agama yang menolaknya. Dari Imam Ja’far inilah berkembang mazhab Ja’fari, yang menetapkan bahawa akikah harus sama baik buat lelaki mahupun perempuan. Pada mazhab-mazhab yang lain, untuk anak lelaki disembelih dua ekor domba, untuk anak perempuan seekor saja. Mengingat sejarahnya, mazhab Ja’fari lebih tua, kerana itu lebih dekat dengan masa Nabi daripada mazhab lainnya. Boleh jadi, hadis-hadis yang meminggirkan perempuan itu baru muncul kemudian: sebagai produk budaya yang sangat maskulin?

Kerana banyak ayat turun membela perempuan, pada zaman Nabi para sahabat memperlakukan isteri mereka dengan sangat sopan. Mereka takut, kata Abdullah, wahyu turun mengecam mereka. Barulah setelah Nabi meninggal, mereka mulai bebas berbicara dengan isteri mereka (Bukhari). Umar, ayah Abdullah, menceritakan bagaimana perempuan sangat bebas berbicara kepada suaminya pada zaman Nabi.

Ketika Umar membentak kerana isterinya membantahnya dengan perkataan yang keras isterinya berkata: Kenapa kamu terkejut kerana aku membantahmu? Isteri-isteri Nabi pun sering membantah Nabi dan sebahagian malah membiarkan Nabi marah sejak siang sampai malam. Ucapan itu mengejutkan Umar: Celakalah orang yang berbuat seperti itu. Ia segera menemui Hafsah, salah seorang isteri Nabi: Betulkah sebahagian di antara kalian membuat Nabi marah sampai malam hari? Betul, jawab Hafsah (Bukhari).

Menurut riwayat lain, sejak itu Umar diam setiap kali isterinya memarahinya. Aku membiarkannya, kata Umar, kerana isteriku memasak, mencuci, mengurus anak-anak, padahal semua itu bukan kewajiban dia. Anehnya, sekarang, di dunia Islam, pekerjaan itu dianggap kewajiban isteri. Ketika umat Islam memasuki masyarakat industri, berlipat gandalah pekerjaan mereka. Berlipat juga beban dan derita mereka. Untuk menghibur mereka para mubaligh (juga mubalighat) bercerita tentang pahala buat wanita saleh yang mengabdi (atau menderita) untuk suaminya: Sekiranya manusia boleh sujud kepada manusia lain, aku akan memerintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya (hadis 1). Bila seorang perempuan menyakiti suaminya, Allah tidak akan menerima salatnya dan semua kebaikan amalnya sampai dia membuat suaminya senang (hadis 2). Siapa yang sabar menanggung penderitaan kerana perbuatan suaminya yang jelek, ia diberi pahala seperti pahala Asiyahbinti Mazahim (hadis 3). Setelah hadis-hadis ini, para khatib pun menambahkan cerita-cerita yang dramatik. Konon, Fathimah mendengar Rasul menyebut seorang perempuan yang pertama kali masuk syurga. Ia ingin tahu apa yang membuatnya semulia itu. Ternyata, ia sangat menaati suaminya begitu rupa, sehingga ia sediakan cambuk setiap kali ia berkhidmat kepada suaminya. Ia tawarkan tubuhnya untuk dicambuk sebaik saja suaminya mengira service-nya kurang baik.

Cerita ini memang dibuat-buat saja. Tidak jelas asal-usulnya. Tetapi hadis-hadis itu memang termaktub dalam kitab-kitab hadis. Hadis 1: diriwayatkan dalam Sunan Abu Dawud. Tetapi Bukhari (yang lebih tinggi kedudukannya dari Abu Dawud) dan Ahmad meriwayatkan hadis sebagai berikut: Ketika Aisyah ditanya apa yang dilakukan Rasulullah di rumahnya, ia berkata: “Nabi melayani keperluan isterinya menyapu rumah, menjahit baju, memperbaiki sandal, dan memerah susu.” Anehnya, hadis ini jarang disebut oleh para mubaligh. Kerana bertentangan dengan ‘kepentingan lelaki’ ?

Hadis-hadis lainnya ternyata dipotong pada bahagian yang merugikan lelaki. Setelah hadis 2, Nabi berkata,”Begitu pula lelaki menanggung dosa yang sama seperti itu bila ia menyakiti dan berbuat zalim kepada isterinya.” Dan sebelum hadis 3, Nabi berkata, “Barang siapa yang bersabar (menanggung penderitaan) kerana perbuatan isterinya yang buruk, Allah akan Memberikan untuk setiap kesabaran yang dilakukannya pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ayyub.” Tetapi, begitulah, kelengkapan hadis ini jarang keluar dari khutbah Mubaligh (yang umumnya lelaki).

Maka sepeninggal Nabi, perempuan disuruh berkhidmat kepada lelaki, sedangkan lelaki tidak diajari berkhidmat kepada perempuan. Fikih yang semuanya dirumuskan lelaki menempatkan perempuan pada posisi kedua. Beberapa gerakan Islam yang dipimpin lelaki menampilkan ajaran Islam yang memanjakan lelaki. Ketika sebahagian perempuan muslimat menghujat fikih yang mapan, banyak lelaki saleh itu berang. Mereka dituduh agen feminisme Barat, budak kaum kuffar. Mereka dianggap merusak sunnah Nabi. Nabi saw berkata, “Samakanlah ketika kamu memberi anak-anakmu. Bila ada kelebihan, berikan kelebihan itu kepada anak perempuan.” Ketika ada sahabat yang mengeluh kerana semua anaknya perempuan, Nabi berkata, “Jika ada yang mempunyai anak perempuan saja, kemudian ia memeliharanya dengan sebaik-baiknya, anak perempuan itu akan menjadi pengahalang baginya dari api neraka (Muslim).

Pendeknya, dahulukan perempuan, kata Nabi dahulu. Pokoknya utamakan lelaki, teriak kita sekarang.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: