jump to navigation

Menolak Idea Syura Dalam PAS Januari 8, 2007

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Ahli Baru PAS

Kesediaan Dato Dr. Hasan Ali untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden dilihat sebagai satu strategi bagi menyingkirkan Dato Kamarudin Jaafar yang dilihat Pro-Anwar Ibrahim. Rata-rata pimpinan melihatkan kerusi Setiausaha Agung sangat besar dalam hieraki parti berbanding Naib Presiden yang bersifat statik.

Lantaran itu Dato Dr Hasan Ali sanggup berucap dalam ucapan penggulanganya semasa muktamar baru-baru ini dengan menekankan keperluan tentang konsep Syura: yakni sistem lantikan, supaya dia disyurakan untuk menjadi Setiausaha Agung yang baru. 

Rata-rata perwakilan melihat ucapan Dato Dr Hasan Ali berkenaan sistem syura untuk menjawat jawatan tertinggi satu perkara yang sangat memalukan PAS, seolah-olah beliau ingin memimpin PAS dalam keadaan mengundur. Adakah beliau mengatakan pemilihan yang dijalankan oleh PAS selama ini tidak syarie dan islamik.

Konsep Syura ini telah lama difahami oleh ahli PAS dan juga oleh para pimpinan tertinggi PAS. Sepatutnya Dato Dr Hasan Ali sebagai seorang profesional tidak terperangkap dengan terma-terma lama berorganisasi. Dan tidak timbul sama sekali kita meniru barat dalam konsep sekarang. Konsep Syura yang berasaskan majoriti demokrasi saudah lama dipraktikkan sejak zaman Islam dulu lagi.

Kenyataan beliau yang mengatakan lantikan pimpinan perlulah berdasarkan merit yang bersandarkan kepada demonstrasi dan ditahan polis adalah satu pandangan yang sangat dangkal dan primitif. Jika itulah sandaran utama untuk menjadi kepimpinan, maka Dato Dr Hasan Ali lah orang pertama yang tidak layak sebagai pemimpin. Maka YAB Mursyidul Am tidak layak, Timbalan Mursyidul Am tidak layak, hatta YB Presiden PAS jugak tidak layak dengan merit yang sekecil zarah tadi.

Langkah ini sekaligus ingin menutup ruang demokrasi dalam PAS yang senantiasa subur di kalangan kita. Tohmahannya seolah-olah Muktamar pemilihan PAS serupa seperti Perhimpunan Agung UMNO sehingga menjejaskan ukhuwah dan silaturahim sangat dikesali. Walhal perkara sedemikian tidak pernah berlaku dalam PAS.

Sejak sekian lama PAS menjalankan pemilihan kepimpinan dalam Muktamarnya sama ada peringakt Pemuda, Muslimat, Ulama hatta Pusat, tiada satu insiden pun sehingga tercetusnya puak-puak dan tali silaturrahim terjejas walhal keutuhan dan hubungan dalam parti semakin kukuh dan mantap.

Ahli PAS semakin risau kenyataan-kenyataan Dato Dr Hasan Ali yang selalu mengundang kepada kekeliruan dan bibit-bibit perpecahan dikalangan petugas parti. Kenyataan sedemikian jelas telah menjejaskan imej PAS yang senantiasa bergerak selaras dengan bersandarkan Islam sebagai asas dan mengundang persepsi yang negatif di atas usaha PAS untuk meletakkan dirinya sebagai sebuah organisasi alternatif negara.

Semoga para pimpinan mengambil iktibar di atas ucapan Dato Dr Hasan Ali tempoh hari dan menimbang untuk tidak memberi tempat kepadanya dalam politik negeri Selangor.

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: