jump to navigation

Keseimbangan dan Fitrah Januari 10, 2007

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: AbongSaya ingin membuka tajuk perbincangan ini dengan satu cerita atau keadaan yang berlaku di tempat saya, iaitu di mahallat. Pernah ada satu ketika, ‘cleaner’ yang ditugaskan untuk bekerja di mahallat lelaki adalah terdiri daripada dua orang perempuan muda. Walhal sebelum ini, ‘cleaner’ yang ditugaskan adalah terdiri daripada makcik-makcik yang sudah berusia.

Tidak ada salahnya jika dua orang wanita itu ditugaskan untuk bertugas di situ, tetapi dalam masa yang sama mereka ini berpakain menjolok mata. Mungkin pihak agensi pekerja itu berpendapat bahawa pelajar-pelajar universiti kami ataupun penghuni-penghuni mahallat itu khususnya adalah terdiri daripada orang-orang yang berpendidikan tinggi dan tahu mengawal diri dan akhlaq. Alhamdulillah, mungkin dia bersangka baik dengan kami.

Tetapi apabila kawan saya melaporkan situasi ini kepada wakil pemimpin pelajar perempuan, jawapan yang diterima amat menyedihkan saya. Beliau menyatakan tidak ada salahnya dengan situasi dua orang pekerja wanita muda, dengan berpakaian seksi untuk ditugaskan di mahallat lelaki. Malah beliau menyatakan penghuni-penghuni disitu yang perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak memandang kepada ‘keseksian’ pekerja tersebut.

Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Pada pendapat saya, ia betul penghuni-penghuni perlu menjaga pandangan, tetapi dalam masa yang sama, penghuni-penghuni itu juga memerlukan persekitaran yang dapat memelihara mereka.

Umum mengetahu tentang fitrah manusia. Umum juga mengetahu tentang fitrah iman manusia biasa. Iman itu boleh menaik, dan boleh menurun. Sampai bila penghuni-penghuni boleh bertahan dengan mengawal pandangan, dan dalam masa yang sama, persekitaran sangat mengancam keutuhan iman mereka yang mempunyai fitrahnya tersendiri.

Kes ini sama dengan isu remaja yang ingin memelihara agama mereka dengan keinginan untuk berkahwin muda. Ibu bapa selalu menasihatkan anak-anak mereka untuk bersabar dan berpuasa. Alhamdulillah ada segelintir yang berjaya, tetapi bagaimana pula dengan yang selebihnya?

Disini jelas terpapar ketidakseimbangan. Anak-anak muda disarankan berpuasa untuk mengawal nafsu, tetapi dalam masa yang sama persekitaran amar ma’ruf dan nahi mungkar tidak diwujudkan.

Cuba kita lihat persekitaran yang wujud di Malaysia sekarang? Adakah ia benar-benar memelihara remaja kita? Mungkin kerajaan Kelantan telah menyedari tentang isu ini, lalu diwujudkan undang-undang berpakaian di Kelantan. Alhamdulillah. Saya tak nampak sebarang kesalahn di situ.

Topik yang dibincangkan di sini ialah keseimbangan dalam kita menilai dan menaruh harapan pada sesuatu. Ibubapa mungkin menilai bahawa anak-anak mereka sudah boleh berfikir dengan betul, seterusnya mampu membuat keputusan yang bijak dalam setiap hal. Perkara ini perlu diberi perhatian yang khusus.

Umum bersetuju bahawa tak semua orang yang berjaya dengan IQ yang tinggi mampu menjadi seorang manusia yang bermanfaat untuk orang lain. Kecurian mikrocip berjuta-juta ringgit, menunjukkan ketinggian IQ si perompak, namun IQ yang tinggi itu disalurkan kepada penggunaan yang salah. Mesejnya di sini ialah, kita boleh memberi harapan kepada sesuatu, tetapi dalam masa yang sama kita perlu menyediakan langkah-langkah pencegahan yang lain. Jadi kita mengharapkan IQ itu dapat diawasi oleh SQ(spritual quotion) dan EQ(emotional quotion), agar kita dapat melahirkan lebih ramai ‘manusia’.

Seperti yang dinyatakan di atas, pihak agensi mungkin bersangka baik dengan penghuni-penghuni mahallat kerana percaya bahawa penghuni-penghuni di situ sudah mampu mengawal tingkah laku dengan hanya berdasarkan andaian penghuni-penghuni di situ merupakan mahasiswa Islam yang sudah cukup sempurna.

Bersangka baik amat digalakkan didalam Islam, tetapi dalam masa yang sama langkah-langkah pencegahan juga amat dititikberatkan didalam Islam. Islam menekankan konsep “jangan hampiri zina” dan bukannya konsep “jangan berzina”. Jelas kelihatan perbezaan antara dua konsep tersebut.

Islam adalah agama fitrah yang diturunkan oleh Allah. Allah mengenali sifat manusia. Lantaran itu konsep maqasid syariah dalam Islam adalah begitu indah. Islam memelihara agama, nyawa, aqal, nasab, dan harta.

Jadi disini, tajdid kepada golongan agama sangat penting. Golongan agama perlu memainkan peranan yang besar dan berpengaruh. Suara-suara mufti dan ulama patut diketengahkan dan diutamakan. Kerana golongan agama adalah golongan yang insyaAllah paling memahami konsep maqasid syariah seterusnya dapat mewujudkan keseimbangan yang selari dengan kehendak Allah yang mana secara tak langsung bersamaan dengan fitrah manusia.

Keseimbangan didalam Islam bukanlah seperti sifir matematik biasa. Ia bukannya perlu dibahagi dua antara jahat dan buruk. Yang baik itu nyata, dan yang jahat itu nyata. Manakala yang syubhat itu meragukan. Justeru kita dinasihatkan untuk meninggalkan perkara-perkara syubhat. Maka kita akan lebih terarah kepada yang lebih baik. Begitu indah keseimbangan di dalam Islam.

Betul seperti kenyataan ramai bahawa gaya hidup di Malaysia sudah meningkat. Kita sudah ada 3G dan perkembangan teknologi maklumat yang pesat, pusat aero angkasa, litar lumba sepang dan banyak lagi. Tapi adakah kualiti hidup kita turut selari dengan peningkatan gaya hidup sekarang? Mungkin itu yang sedang diusahakan oleh Pak Lah dalam konsep Islam Al Hadhari-nya. Alhamdulillah, kita berharap ia menjadi kenyataan.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: