jump to navigation

Meluruskan Kembali Fokus Perjuangan Palestin Januari 29, 2007

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Muhd Abdullah

Tahun baru 1428 Hijriah menyaksikan konflik yang tidak ada noktahnya di antara negara haram Israel dan Palestin.Dalam pada masa yang sama suatu perkara baru yang timbul iaitu konflik di antara kerajaan Hamas dan pimpinan Fatah yang menyaksikan mereka berbunuhan sesama sendiri dan sudah melupakan musuh utama mereka iaitu Yahudi.

Agak tidak masuk akal apabila memikirkan mereka berperang sesama sendiri walhal Yahudi di depan mata mereka. Sudah lupakah mereka akan firman Allah supaya mereka bersatu di atas perkara yang baik dan taqwa dan jangan mereka bersekongkol atau bersikap dengan sikap yang menyamai musuh-musuh mereka. Inilah kelemahan kita yang suka berhasad dengki dan bersikap mudah menghukum sesuatu tanpa penilaian akal dan akhirnya perkara ini yang menjadikan tamadun umat Islam jatuh tersungkur.

Mengapa mereka tidak melihat kepada sejarah peperangan Rusia dengan Afganistan yang mana menyaksikan tumpasnya kuasa “beruang merah” itu kerana kesepaduan di antara pimpinan Burhanuddin Rabbani dan Hemaktayar dan akhirnya apa yang terjadi? Burhanuddin dan Hemaktayar berpecah dan lihatlah apa yang terjadi pada Afghanistan hari ini yang dijajah oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.

Wahai pimpinan Hawas dan Fatah sedarkah anda adalah saudara seakidah? Mengapa kita tidak bersatu menentang puak Yahudi yang sedang menjajah serta membunuh saudara kita di Palestin. Marilah kita bersatu saudara di atas perjuang Jihad yang akan berterusan sehingga ke hari Qiamat. Ameen.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: