jump to navigation

Ayatollah Mohammad-Taqi Misbah-e Yazdi dan Gerakan Islam di Iran Januari 30, 2007

Posted by ummahonline in Fiqh al-Waqi'.
trackback

Oleh: Saari Sungib

Hari ini 11 juta rakyat Republik Islam Iran telah mendaftar dalam pasukan mati syahid untuk mempertahankan negara itu sekiranya diserang oleh Amerika Syarikat. Selain bilangan tersebut, di Iran kini terdapat lebih dari 40,000 bom jangka dalam bentuk rakyatnya yang sanggup meletupkan diri mereka bersama-sama kepentingan Amerika dan Barat di mana sahaja tempat di dunia.

Seruan terhadap rakyat untuk menyertai pasukan mati syahid dan pasukan berani mati ini mula dibuat oleh Ayatollah Mohammad-Taqi Misbah-e Yazdi dalam ruang mingguannya di akhbar Partow-e Sokhan. Seruan tersebut telah mula dibuat semasa Ahmadinejad masih menjadi datuk bandar Tehran lagi. Kini, Ayatollah Mohammad-Taqi Misbah-e Yazdi adalah penasihat spiritual serta penasihat kanan kepada Presiden Ahmadi-Nejad.

Akhbar Partow-e Sokhan diterbitkan di kota Qom, pusat ilmu dan dan revolusi di Iran. Akhbar ini didaftarkan di bawah Institut Pendidikan dan Penyelidikan Imam Khomeini. Institut ini dipimpin oleh Ayatollah Mohammad-Taqi Misbah-e Yazdi. Versi internet akhbar ini berpusat di Amerika Syarikat dan Jerman.

Apabila pemimpin agung Iran, Imam Ali Khamenei mengumumkan pendaftaran pasukan mati syahid, anak-anak muda lelaki dan perempuan dari seluruh pelusuk kota dan desa di Iran telah mendaftar menjadi anggota pasukan tersebut.

Doktrin pasukan mati syahid ini diasaskan daripada amalan Imam Ali dan mencapai kemuncaknya pada masa anaknya, Imam Hussein di Karbala pada hari Asyura. Bila Imam Khomeini menyatakan bahawa Israel mesti dihapuskan daripada lembaran sejarah, pemimpin yang ada sekarang, iaitu Imam Ali Khamenei terus menegaskan bahawa setiap muslim mesti membantu membebaskan bumi Palestin dengan apa cara sekalipun.

Tidak ada cara lain untuk mencapai matlamat ini selain daripada melancarkan operasi-operasi berani mati. Ayatollah Mohammad Taqi Misbah-e Yazdi dianggap oleh rakyat Iran sebagai orang yang paling tinggi pengetahuannya dalam bidang sains bagi seluruh dunia Islam.

Hakikat ini memang diperakui oleh golongan intelektual Barat yang meletakkan Taqi Misbah-e Yazdi sebarisan dengan Ayatollah Muhammad Hossein Tabataba’i dan Ayatollah Murtaza Mutahheri. Menurut ilmuan Barat, seperti Tabataba’i dan Mutahheri, Taqi Misbah-e Yazdi menguasai dengan mendalam dialektik serta falsafah moden dan pasca moden Barat.

Meneruskan pendirian Ayatollah Ali Khamenei bahawa operasi-operasi mati syahid adalah kemuncak kekuatan rakyat dan kemuncak bagi satu episod sejarah, Ayatollah Taqi Misbah-e Yazdi berpendirian bahawa mati syahid adalah satu misi yang suci, satu-satunya cara unggul untuk mempertahankan Islam serta menganggapnya sebagai permulaan bagi kemunculan Imam terakhir.

Menurut Ayatollah Taqi Misbah-e Yazdi, dalam bidang teknologi nuklear di mana Iran hanya melakukan yang paling minimum sekali pun, ia telah dinafikan hak tersebut Amerika dan negara-negara Barat.

Katanya jika Iran tunduk maka Iran akan gagal melaksanakan dasar Imam Khomeini. Jika ini berlaku dan pendekatan lama tidak digantikan dengan diplomasi antarabangsa yang tegas serta berani dengan mempersiapkan pasukan-pasukan mati syahid dan berani mati, Iran akan berhadapan dengan tekanan-tekanan yang lebih hebat dari Amerika, negara-negara Barat dan negara-negara lain yang berpotensi menjadi musuh pada masa akan datang.

Mohammad-Taqi Misbah dilahirkan di Yazd, Iran pada tahun 1934. Di atas sokongan keluarganya, beliau berhijrah ke Najaf Ashraf untuk menuntut ilmu di sana. Selepas setahun beliau kembali ke Qum.

Di Qom, beliau menuntut secara langsung daripada Imam Khomeini dalam ilmu fiqh dan pelbagai ilmu lain dari tahun 1952 hingga 1960. Beliau juga menuntut di bawah Ayatollah Tabataba’i dalam ilmu tafsir Al-Quran serta falsafah Ibn Sina dan Mulla Sadra. Beliau menuntut selama 15 tahun di bawah bimbingan Ayatollah Ansari dan Ayatollah Bahjat dalam ilmu fiqh.

Ketika Imam Khomei dibuang negara oleh Shah Iran, beliau bersama Dr. Muhammad Behesti dan beberapa orang lain telah mengiringi Imam Khomeini. Ketika tercetusnya konflik besar-besaran di antara Shah Iran dengan para ulama’, Ayatollah Mohammad-Taqi Misbah memainkan peranan yang amat penting terutamanya dengan tokoh-tokoh yang gugur sebagai syahid, iaitu Dr Beheshti dan Ayatollah Mutahhari.

Selepas berjayanya Revolusi Islam di Iran, Ayatollah Taqi Misbah-e Yazdi menggerakkan aktiviti politik dan budaya dengan mewujudkan kerjasama padu di antara pusat-pusat pengajian tradisional Iran yang dipanggil hawzah dengan pusat-pusat pendidikan, penyelidikan dan intelektual di universiti-universiti seluruh Iran.

Melalui percantuman pusat-pusat pengajian tradisional dan moden inilah Ayatollah Taqi Misbah-e Yazdi mencapai kejayaan apabila mencetuskan pertumbuhan markaz-markaz Revolusi bagi Republik Islam Iran.

Ayatollah Taqi Misbah-e Yazdi telah mempengaruhi pemikiran generasi muda Iran untuk mendepani cabaran falsafah dan tamadun Barat. Beliau juga telah mnggalakkan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran di Barat serta mendalami secara serius pemikiran saintifik dan logik yang diamalkan di Barat.

Pencapaian Ayatollah Taqi Misbah-e Yazdi yang paling terkemuka adalah kejayaannya menubuhkan Baqir Al-‘Ulum, iaitu sebuah organisasi saintifik-budaya yang kemudiannya menjadi pusat seluruh aktiviti sains dan budaya bagi Republik Islam Iran.

Dalam persedian seluruh rakyat Iran mendukung hak mereka memiliki pembangunan sains dan teknologi sendiri inilah yang menjuruskan mereka kepada pembangunan teknologi tenaga nuklear.

Namun mereka tahu bahawa musuh-musuh Islam tidak akan berdiam diri. Itu sebabnya pembangunan sains dan teknologi mesti dibangunkan seiring dengan pembangunan budaya. Dalam konteks yang khusus, budaya bererti membudayakan keinginan rakyat untuk mempertahankan Islam dengan mati syahid!

Bila Rahbar Ali Khamenei mengumumkan pendaftaran pasukan mati syahid, serentak dengan itu Ayatollah Taqi Misbah-e Yazdi, sebagai spiritual leader kepada Presiden Mahmoud Ahmadi-Nejad telah mengeluarkan arahan menyeru seluruh rakyat Iran menganggotai pasukan itu serta merta.

Pasukan tersebut kini diketuai oleh Elias Naderan, seorang ahli parlimen Iran dan bekas pegawai risik dalam Pasdaran atau Pasukan Pengawal Revolusi. Naderan baru membentuk pasukan mati syahid elit yang dipanggil Zeitoon. Organisasi ini dianggotai oleh lelaki dan wanita yang bersedia mati syahid bagi mempertahankan Iran dan Islam daripada musuh-musuh terutamanya dari Amerika, Britain dan Israel!

Dalam latihan khas Zeitoon, Ayatollah Taqi Misbah-e Yazdi telah menyampaikan amanat kepada ratusan peserta tentang perlunya bersedia untuk menjayakan operasi-operasi mati syahid.

Ayatollah Taqi Misbah-e Yazdi juga melihat secara global kehadiran rakyat Iran yang tinggal di luar Iran. Beliau menegaskan bahawa Iran memerlukan 5,000 pendakwah dan aktivis Islam bagi menyampaikan risalah Islam dan revolusi kepada umat Islam berketurunan Iran yang bermastautin di Amerika Syarikat!!

Hari ini Ayatollah Taqi Misbah-e Yazdi adalah ahli Majlis Agung bagi perlantikan Rahbar. Beliau adalah juga pengerusi Organisasi Penyelidikan dan Saintifik Imam Khomeini serta ahli Majlis Faqih Hawzah Qom.

Masa depan program tenaga nuklear Iran banyak bergantung kepada kekentalan iman dan semangat mati syahid yang ada pada beliau.

Komen-komen»

1. mr Tan - September 13, 2008

go go Iran


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: