jump to navigation

‘Gegaran’ Muharram Dalam Sejarah Januari 30, 2007

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Abu ZaidBulan Muharram adalah bulan pertama dalam takwim Islam. Di dalamnya terdapat beberapa keistimewaan seperti yang berkaitan dengan Nabi Adam dan Hawa, Nabi Noh dan bahtera baginda dan Firaun dan tenteranya yang ditelan laut. Tapi peristiwa penting yang dilupakan ialah terkorbanya cucu Rasulullah S.A.W di tangan Yazid.

Sejarah telah merakam sejarah yang menyayat hati ini dan bagaimana penghinaan yang telah dilakukan ke atas jasad Saidina Hussein yang telah gugur menentang kezaliman seorang Khalifah.

Peristiwa ini tetap diingat saban tahun oleh umat Islam dari kalangan mazhab Syiah. Kesannya semangat jihad yang tinggi di kalangan umat Islam syiah dalam perjuangan mereka menentang kezaliman.

Hizbullah yang diasakan oleh ulama syiah telah membuktikan semua ini hinggakan mereka dapat menimbulkan kegerunan musuh-musuh Islam masa kini. Kekuatan bukan kepada senjata canggih semata-mata. Israel dan sekutunya Kristian Phalangis yang dilengkapi dengan senjata yang terbaru dan canggih dapat ditumpas di Selatan Lubnan.

Perang sebulan Israel dengan Hizbullah tahun lalu memperlihat kelemahan Israel bila berhadapan dengan Hizbullah walaupun tentera-tentera Saudi, Jordan, Mesir dan Negara-negara teluk lain yang dilengkapi dengan senjata yang canggih sekali pun tidak berani untuk berhadapan dengan Israel. Mereka takut pada musuh tapi sanggup menggunakan segala kekuatan untuk menghapus rakyatnya sendiri yang mahukan Islam.

Perang Iran-Iraq satu lagi manifestasi kekuatan jihad umat Syiah. Walaupun seluruh dunia membantu Saddam Husein untuk menawan Iran yang masih belum stabil ketika itu namun gagal.

Umat Islam bermazhab Sunni kurang menghayati peristiwa penting ini terutama di negara-negara umat Islam yang lahir selepas penjajahan. Negara-negara ini lahir hasil dari perancangan penjajah. Pemimpinnya adalah lantikan terus dari penjajah atau mereka yang berkiblat kepada mereka dan dipersetujui mereka.

Mereka ini tidak bezanya corak kezaliman dan penindasan semasa pemerintahan Yazid. Adalah seperti satu perbuatan menghentam batang hidung sendiri jika peristiwa pembunuhan Saidina Hussein ini dihayati oleh rakyat. Malah membincang konsep jihad mempertahankan Islam boleh ditahan sebagai pejenayah.

Hanya Jihad untuk kepentingan dunia sahaja yang digalakkan. Berjihad menentang kezaliman oleh umat Islam Sunni masih jauh dan semakin pudar kecuali peristiwa Kerbala 10 Muharram diingati dan dihayati setiap tahun.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: