jump to navigation

Melayu Kita Mudah Terpengaruh Februari 1, 2007

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Nurhidayah

Kenapa bangsa dan umat kita banyak murtad? Semuanya kerana kelemahan dari kita sendiri. Seperti yang selalu saya katakan, “Tepuk Dada, Tanya Iman”. Orang kita senang terpengaruh dengan budaya dan mempunyai semangat ingin mencuba yang tinggi.

Tetapi, kalau benar sekalipun ingin mencuba, pastikan perkara yang ingin dicuba itu adalah sesuatu yang rasional untuk dicuba. Sedangkan agama lain akan sentiasa menekankan dengan umatnya supaya rajin menginjil dan sentiasa diberikan suntikan semangat setiap kali mendengar khutbah.

Cuba kita perhatikan, berapa ramai umat kita yang sanggup mendengar khutbah tentang agama di surau-surau atau masjid-masjid? Cuma orang-orang tua sahaja yang rajin mendengar. Cuba buat bancian di bahagian penyiaran. Tengok siaran apa yang menjangkau penonton yang paling banyak? Sudah tentu rancangan hiburan. Kalau rancangan yang berbentuk keagamaan, sedikit sahaja penontonnya.

Satu lagi persoalan, sedangkan di Malaysia ini, rancangan keagamaan yang tersiar di kaca televisyen adalah rancangan agama kita. Bukannya agama lain.

Tetapi orang kita tidak pernah manfaatkannya dan meremeh temehkan sahaja siaran tersebut. Sedangkan apa yang dibincangkan dan dibicarakan waktu itu cukup untuk membuat kita bersemangat sebagai seorang Islam. Sampai bila kita hendak sedar? Bangsa kita memang senang dijajah dan terlalu lemah untuk menilai sesuatu kebenaran.

Advertisements

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: