jump to navigation

Terima Kasih Cikgu Februari 15, 2007

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: AbongUcapan terima kasih kepada pendidik sudah kurang dipraktikkan di kalangan pelajar-pelajar IPT. Adakah tugas mendidik menjadi satu tugas yang memang tidak perlu dihargai? Adakah pendidik di IPT melakukan tugas itu kerana itu adalah sumber rezeki, maka pelajar tidak perlu berterima kasih kerana pelajar membayar yuran yang mahal?

Terpulang pada pembaca untuk menjawab soalan diatas ataupun tidak. Isu yang ingin saya bawa di sini ialah isu “exam oriented”. 

Saya pernah mendengar kisah pelajar yang tidak berpuas hati dengan sikap pensyarahnya. Dari apa yang didengar, pensyarah itu mengatakan dia mungkin akan menilai sikap pelajar dan kemungkinan ia akan dikira dalam penentuan markah.

Pelajar yang marah itu mengatakan pensyarah itu tidak professional dalam tugasnya. Dia mempersoalkan kenapa isu sikap perlu diambil kira dalam penilaian gred. Pelajar ini adalah seorang yang amat aktif. Keaktifannya terbawa-bawa sampai dalam kelas.

Saya tak bersetuju apabila dia mengeluarkan isu ke’professional’an pensyarah. Kerana apabila dilihat wataknya di dalam kelas, kadang-kadang dia kurang memberi perhatian. Adakah seorang pelajar boleh dianggap tahu tentang erti professional apabila dia sendiri tidak tahu adab berhadapan dengan orang terutamanya adab menuntut ilmu!

Moga artikel ini memberi kebaikan dan bukannya keburukan. Harap pembaca dapat menilai dengan elok. Saya tak berniat memburukkan seseorang.

Adakah isu gred begitu penting? Ia mungkin penting. Tapi jika proses menuntut ilmu itu hanya semata-mata ingin mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan, adakah ia berbaloi? Saya tak kata gred itu tidak penting. Tetapi saya lebih bersetuju dan senang dengan konsep usaha yang dibawa oleh Islam.

Daripada kisah-kisah para Nabi, kebanyakan para Nabi tidak berjaya untuk menarik jumlah penganut yang ramai. Berapakah bilangan pengikut Nabi Nuh yang hidup beratus-ratus tahun?

Di dalam Islam, usaha itu yang dipentingkan, yang dinilai oleh kaca mata Allah. Kejayaan didunia adalah dinilai oleh kaca mata dunia. Ya, memang betul Allah juga menyuruh hambaNya mencari kejayaan didunia selain kejayaan di akhirat, tetapi yang mana lebih utama?

Kejayaan di dunia adalah bonus yang Allah bagi. Sementara usaha yang kita lakukan sebenarnya adalah kejayaan kita di akhirat kelak, insyaAllah.

Sama dalam konteks menuntut ilmu. Kita perlu berusaha menuntut ilmu. Dalam usaha menuntut ilmu, adab-adab berguru perlu diambil kira.Mendapat gred yang cemerlang ataupun tidak, itu adalah faktor kedua. Itu adalah rezeki yang Allah akan kurniakan keapda sesiapa yang dikehendaki Nya.

Ada orang yang kurang usaha tapi mendapat benyak kejayaan didunia. Ada orang yang banyak berusaha tetapi mendapat kejayaan yang sedikit di dunia. Percayalah, itu semua hanya di pandangan mata duniawi semata-mata.

Contoh paling jelas antara pandangan mata Allah dan pandangan mata duniawi adalah definasi orang yang berakal (bijak). Di dunia orang yang bijak adalah dikira berdasarkan penilaian IQ semata-mata. Manakala pandangan Allah, orang yang berkala adalah orang yang pada setiap ketika, ketika duduk, berdiri, sentiasa berfikir tentang kejadian di langit dan di bumi.

Terima kasih cikgu…

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: