jump to navigation

Amal Ijtima'i dan Amal Infiradi Mac 5, 2007

Posted by ummahonline in Surat.
trackback

Oleh: Buzar-1

Semua amal yang kita lakukan untuk usaha agar bagaimana agama yang sempurna tersebar keseluruh alam, mahupun bagaimana agama yang sempurna dapat datang kedalam diri dan keluarga kita adalah sebenarnya untuk memajukan diri kita sendiri.

Melalui usaha ini, Allah akan mengangkat darjat seseorang itu dan untuk mereka yang gigih bermujahadah diatas jalan Allah, merekalah yang pertama-tamanya mendapat keuntungan dalam bentuk hidayat (petunjuk) menuju kearah kebenaran dan kehidupan yang diredhai Allah, dan malah dari itu, Allah akan menjadikan mereka asbab khair, punca kebaikan untuk semua.

Usaha-usaha yang pertama-tamanya dilakukan dalam membawa agama yang sempurna dalam kehidupan adalah usaha keatas Iman dan amal solehan.

Iman dan amal solehan adalah dua perkara yang berkaitan sebagaimana banyaknya ayat-ayat didalam Al Quran yang memperkatakan, “amanu wa amilu solehan”, beriman dan beramal solehan.

Lantaran itu, biasanya, kalau kita memperkatakan tentang amal-amal solehan, iainya terbahagi kepada dua iaitu amal Ijtimai (amal solehan yang dilakukan berjemaah) seperti contoh solat berjemaah, majlis-majlis agama, bermasyuara, majlis aqiqah atau walimah dll dan manakala amal infiradi (amal solehan yang dilakukan bersendirian) adalah seperti berzikir, tilawat Al Quran, solat sunat, menghulurkan sadekah dll.

Kelebihan amal Ijtimai dengan amal Infiradi adalah seperti banyaknya air dilautan jika dibandingkan dengan air yang setitik.

Amal Ijtimai yang dilakukan dalam keadaan beramai-ramai, biasanya ganjarannya begitu tinggi jika dibandingkan dengan amal Infiradi yang dilakukan dalam keadaan bersendirian namun masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Tanpa air setitik, bagaimanakah untuk menghasilkan air selautan dan malah kita pernah mendengar perbahasa “kerana nila setitik, habis susu sebelangga dirosakkan”.

Sebegitulah pesan Maulana Inamul Hasan rah: “Melalui amal Infiradi, amal Ijtimai akan mempunyai kekuatan. Perhatian khas (buat amal Infiradi) hendaklah diberikan didalam berzikir dan membaca Al Quran dengan beristiqamah”.

Salah satu kelebihan amal Ijtimai adalah dapat melindungi dan menampung kekurangan diri. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, yang lebih kurang maksudnya, bahawa bila seekor kambing biri-biri itu keseorangan, maka mudahlah untuk serigala membahamnya jika dibandingkan dengan kambing biri-biri yang berkumpulan, dan sebagaimana itulah, bila seseorang itu sentiasa bersendirian, maka mudahlah untuk syaitan mengoda atau menghasutnya, dibandingkan bila seseorang itu dalam berjemaah.

Contoh kelebihan bila seseorang itu berjemaah atau duduk bersama kumpulan-kumpulan yang menyeru dan mengamalkan kebaikan, dapatlah dia untuk nasihat-menasihati, bertukar-tukar pandangan, bermasyuara tentang hal-hal penting, belajar sifat-sifat mulia dari yang lain, belajar memahami perasaan orang lain serta belajar bertolak-ansur dan mahupun dapat menghakis perasaan segan diri yang tidak bertempat.

Kerana itu, memang ditekankan akan kepentingan amal Ijtimai seperti contoh solat berjemaah yang mana merupakan salah-satu sunnah terbesar Rasulullah s.a.w dan para-para Sahaba r.a. Rasulullah s.a.w, sepanjang riwayatnya diMadinah, sentiasa bersolat berjemaah.

Sebagaimana solat Jumaat yang mana menghimpunkan para penduduk disatu-satu qariah pada setiap hari Jumaat adalah sunat yang begitu ditekankan untuk dikerjakan terutamanya dipihak lelaki.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: