jump to navigation

Senior Borek, Junior Rintik Mac 9, 2007

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Abong

Sengaja peribahasa ini diubah, agar skop kumpulan sasarannya lebih meluas. Golongan senior yang saya maksudkan merujuk kepada golongan yang lebih tua, lebih berpengalaman, dan mungkin juga lebih mempunyai beban atau tanggungan yang lebih besar. Dalam erti kata lain, golongan senior di dalam perbahasan artikel ini merujuk kepada ibu bapa, golongan agama, golongan pemerintah dan juga golongan veteran yang lain yang sama waktu dengannya.

Golongan junior pula merujuk kepada mana-mana golongan atau kumpulan sasaran yang lebih muda berbanding golongan senior, kurang pengalaman daripada golongan veteran dan juga kuarang beban atau tanggungan. Dan semestinya golongan junior merujuk kepada golongan belia, remaja, kanak-kanak dan golongan cilik lain yang seangkatan dengannya.

Walaupun saya sendiri adalah sebahagian daripada golongan junior, namun tidak beerti saya ingin membawa fraksi yang lebih cenderung ke arah golongan junior. InsyaAllah saya cuba membawa apa yang terhasil dari pemerhatian dan pandangan saya. Mungkin idea-idea yang diutarakan nanti akan lebih cenderung ke arah fraksi junior, namun itu adalah hakikat ataupun ‘trademark’ junior yang ciri-cirinya meliputi ilmu yang kurang, pengalaman yang cetek dan kurang makan garam berbanding si senior.

Senioriti

Baru-baru ini timbul isu pelatih TUDM yang dibuli. Dalam isu ini ada dua kes, kes yang pertama, pembulinya adalah senior yang berada di tahun dua, manakala kes yang kedua, pelajar itu dibuli oleh rakan yang seangkatan yakni didalam tahun yang sama.

Dalam isu yang lain, seorang tokoh agama telah melontarkan satu tuduhan atau tohmahan kepada remaja semasa menyampaikan ceramah dalam sebuah forum perdana yang berbunyi, “remaja zaman sekaarang adalah lebih teruk daripada zaman jahiiliyah”. Beliau menyatakan demikian dengan membawa permasalahan remaja zaman sekarang yang begitu teruk seperti merogol binatang, merogol nenek tua dan beberapa isu yang lain.

Kedua-dua isu diatas dipetik daripada keratan-keratan akhbar perdana di Malaysia pada tahun ini.

Mungkin ada yang keliru apabila kedua-dua isu diatas dibawa bersama dibawah tajuk “senioriti”. Mari kita lihat, sama ada kedua-duanya saling berkait ataupun tidak.

Dalam isu pertama, ia adalah isu buli-membuli. Kebiasaannya isu membuli akan dilakukan oleh golongan senior kepada golongan juniornya. Ia menjadi tradisi sehingga umum akan menganggapnya sebagai lumrah ataupun fitrah dalam kehidupan ini.

Senioriti dan fitrah

Apabila persoalan fitrah digunapakai, umum juga akan bersetuju bahawa Islam adalah agama fitrah dan agama yang meraikan fitrah. Jadi adakah buli ini boleh dikategorikan sebagai tradisi yang Islamik?

Islam meraikan fitrah. Insyaallah ada petunjuk atau tatacara dalam persoalan hubungan antara senior dan junior.

Cuba kita imbas kembali sejarah pada zaman Nabi dan para sahabat, adakah petunjuk kepada kita tentang persoalaan ini?

Sayyidina Abu Bakar adalah antara orang yang terawal memeluk islam. Sayyidina Ali juga sama. Namun Sayyidina Abu Bakar adalah lebih tua dari Sayyidina Ali. Tetapi bukankah Sayyidina Ali pernah dilantik menjadi panglima di dalam peperangan?

Khalid al Walid bukan tergolong dalam golongan orang-orang yang awal memeluk Islam, namun beliau tetap terpilih menjadi panglima dalam peperangan, dan mengepalai anak-anak buah yang juga terdiri daripada mereka yang terlebih dahulu memeluk Islam daripadanya?

Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah, senioriti dalam Islam lebih kepada mereka yang beramanah dan kuat.

Kuat disini adalah umum. Orang yang memiliki skil-skil peperangan yang mantap seperti Khalid al Walid dipilih kerana beliau adalah orang yang ‘kuat’ didalam bidang itu. Dengan ‘kekuatan’ yang ada maka seseorang itu akan dapat melaksanakan tugas dengan amanah.

Dalam erti kata lain, amanah dan kuat perlu datang dalam satu pakej. Kekuatan yang tidak disertai dengan amanah, maka panglima perang itu mungkin akan berpaling tadah semasa didalam peperangan.

Senior yang bijak

Jadi apa kaitan cerita sirah di atas dengan isu buli dan senioriti?

Ok. Setuju atau tidak jika saya menyatakan bahwa isu senioriti berlaku apabila seseorang itu dinilai kerana lamanya ia didalam bidang tertentu, dan justru pembulian berlaku kononya sebagai proses asimilasi penurunan ilmu daripada pengalaman si senior kepada junior yang kurang berpengalaman?

Kita tidak menafikan kepentingan pengalaman, tetapi apabila pendekatan buli yang digunakan sebagai kaedah pengajaran maka dimana nilai ‘kekuatan’ dan ‘amanah’ yang dipentingkan didalam islam?

Orang yang berpengalaman, dan pengalaman itu menjadikan ia seorang yang ‘kuat’ dalam bidangnya, maka ia akan menggunakan pendekatan yang lebih ‘berpengalaman’ dalam mengajar juniornya. Dalam erti kata lain, pengalaman itu membuatkan ia menjadi senior yang lebih bijak didalam hubungan dengan juniornya.

Senior yang bijak tidak akan merasa tergugat dengan kehadiran juniornya, lebih-lebih lagi jika didapati junior itu mempunyai kelebihan dari segi kecemerlangan dalam akademik, ‘kecerdasan’ akal fikiran dan kebernasan dalam berhujah. Maka senior yang bijak ini akan ‘membuli’ juniornya dengan memberi ruang kepada juniornya untuk memaksimumkan kelebihan yang ada pada dirinya.

Janganlah kita ingin mencipta kembali situasi dimana Hang Nadim tidak disenangi oleh Sultan pada waktu itu. Salahkah Hang Nadim mempunyai kebijaksanaan yang dikurniakan oleh Allah?

Isu pelatih tahun dua membuli pelatih tahun pertama adalah akibat ataupun kesan ekoran daripada fenomena tidak sihat antara senior dan junior.

Malahan golongan dalam bidang perubatan yakni doktor (yang dikategorikan profesyen elit) mengamalkan budaya tidak sihat ini. Contoh yang paling jelas ialah apabila doktor-doktor baru dipaksa untuk mengambil kerja lebih masa yang melampau. Kuantiti lebih dipentingkan berbanding kualiti.

Alasan yang diberikan ialah kekurangan bilangan doktor, lalu setiap doktor perlu bekerja lebih masa. Punca kepada kekurangan bilangan doktor tidak “dirawat”, ia ibarat pesakit yang kekurangan hemoglobin didalam darah. Penyelesaian yang diambil ialah pesakit diberikan ubat untuk jantung mengepam darah dengan lebih laju, paru-paru dipaksa menghirup lebih banyak oksigen agar kekurangan oksigen (disebabkan kurangnya hemoglobin untuk membawa oksigen) kepada setiap sel-sel badan dapat diatasi.

Bukankah lebih elok “punca” kepada kekurangan itu dirawat? Sediakan peluang lebih banyak kepada anak bangsa untuk mengikuti bidang perubatan. Kenapa perlu kelayakan yang tinggi dikenakan? Longgarkan sedikit syarat-syarat kelayakan, berikan latihan intensif kepada para pensyarah untuk menyampaikan syarahan perubatan dalam penyampaian yang lebih senang difahami dan didalami. Gunakan duit zakat yang berjuta-juta untuk pelajar-pelajar cerdik yang tidak mendapat peluang kerana masalah kewangan. Gunakan zakat itu untuk memberi latihan intensif kepada para pensyarah.

Golongan agama dan remaja

Jadi apakah pula kaitan antara isu tokoh agama yang menyalahkan golongan remaja?

Baiklah, antara golongan agama dan remaja, siapakah di pihak senior, dan siapakah di pihak junior?

Golongan agama adalah orang yang menyampaikan agama, membawa agama, mempelajari agama dan memartabatkan agama.

Golongan remaja pula adalah golongan yang baru “bertatih” didalam dunia yang diluar kepompong dunia keluarga mereka.

Permasalahan remaja yang timbul pada zaman sekarang berlaku lantaran disebabkan oleh beberapa factor. Antara faktor-faktor tersebut ialah peranan ibubapa, peranan keluarga, peranan guru, peranan persekitaran dan peranan rakan sebaya.

Jika dilihat kepada akar umbi setiap faktor-faktor tersebut, maka semuanya tidak menjadi masalah jika setiap faktor tersebut menepati prinsip-prinsip Islam atau dalam erti kata lain dikawal selia oleh lingkungan Islam.

Ulama memainkan peranan penting dalam hal ini. Ulama perlu memahami Islam dengan sebenar-benarnya, agar mereka dapat menyampaikan apa yang hak dari agama dalam bentuk yang segar, indah, menepati fitrah dan bijaksana. InsyaAllah ramai yang akan dapat menerimanya. Bukankah keperluan kepada agama itu adalah fitrah? Dan bukankah agama disisi Allah itu adalah Islam?

Mari kita lihat dua situasi ini. Situasi pertama, ustaz A berjaya menarik ramai pendengar-pendengar muda dan kontemporari, manakala situasi kedua, ustaz B, gagal memikat hati para pendengar muda dan kontemporari untuk mendengar ceramahnya.

Ustaz B menyatakan beliau bukanlah seorang yang pandai berkata-kata berbanding ustaz A. Walhal pendengar menyatakan mereka menggemari ustaz A kerana isi ceramahnya yang konkrit, segar, indah, menepati fitrah dan bijaksana lantaran bersandarkan pada nas-nas Al Quran dan sunnah.

Apa pula komen kita? Adakah alasan ustaz B boleh diterima pakai? Lupakah kita bahawa sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab adalah masyarakat yang paling mundur? Selepas kedatangan Islam, masyarakat Arab berjaya membina tamadun yang begitu menakjubkan.

Maka ustaz A berjaya lantaran kerana Islam itu sendiri, manakala ustaz B gagal, mungkin kerana manhaj ataupun kaedah yang digunapakai oleh beliau dalam menyampaikan agama tidak selari dengan apa yang dituntut oleh Islam.

Putaran roda

Senior pada hari ini menjadi sedemikian rupa mungkin kerana ajaran dan didikan daripada “senior” mereka pada waktu dahulu. Maka jika kita bersetuju bahawa fenomena senioriti pada hari ini tidak patut dicontohi, maka senior pada hari ini perlu segera berhijrah!

Hijrah senior pada hari ini adalah penting agar putaran roda kehidupan tidak akan terjerumus ke dalam lubang-lubang yang sama. Biarlah roda itu dipandu dengan bijak agar sentiasa dapat mengelak daripada lubang-lubang yang tidak diingini. Senior perlu menjadi contoh terbaik untuk junior, kerana apabila senior borek, junior rintik.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: