jump to navigation

Jawad Amuli: Thaba’thaba’i Baru Mac 31, 2007

Posted by ummahonline in Tokoh.
trackback

Oleh: Abu Muhammad

Jawad anak kecil dari kota Amul, yang akhirnya menjadi terkenal ketika negara Parsi ini secara revolusioner melaksanakan pemerintahan Velayate Faqih. Ia lahir pada tahun 1933 dari sebuah keluarga yang taat beragama. Ini tidaklah aneh, kerana ayahnya seorang ulama’ yang sangat disegani di kota tersebut.

Jawad Amuli, namanya tiba-tiba mendapat perhatian tatkala diutuskan ke Soviet Union. Itu zaman perang dingin. Namun, Iran bukanlah negara blok, sebaliknya kental dengan anjuran La Syarqiyyah wala Gharbiyyah. Bertemu Mikhail Gorbachev, Jawad menyampaikan surat Ava-yi Tawhid. Surat tersebut kemudiannya mendapat perhatian dunia, yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Ia membawa makna The Voice of Monotheism.

Asas pendidikan Jawad adalah dalam ushul fikih dan hadith, yang dituntut di Hauzah Ilmiyyah di Amul, kotanya sendiri. Walau bagaimanapun, ketika berusia 18 tahun, ia berhijrah ke Madarasah Marwi al-Ilmiyyah, Tehran untuk menuntut bersama Syeikh Muhammad Taqi al-Amuli. Di sana, ia cuba mendalami beberapa pelajaran tingkat tinggi seperti tentang maq’ul dan manqul.

Bahkan, tidak cukup dengan itu, Jawad turut menuntut dengan beberapa lagi guru yang terkemuka di sana. Syeikh Mirza Mahdi Ilahi, Ayatollah Ilahi Qumshe’i dan Syeikh Muhammad Taqi al-Sya’rani adalah antara beberapa guru yang mempengaruhinya dalam melihat kepentingan korpus ilmu yang lebih luas.

Namun, kerana masih lagi tidak merasa puas di Tehran, Jawad akhirnya nekad untuk melanjutkan pendidikannya di Qum, utara Tehran. Di sana, ia berpeluang menuntut dengan tokoh agama Qum yang lebih terkenal waktu tersebut, Sayyed Burujurdi, di samping turut mengikuti kuliah Sayyid Muhaqqid Damad.

Semasa di Qum inilah, Jawad mula mendekati sang gurunya, Ruhollah Khomeini, yang suatu saat kemudian mengirimkannya ke Soviet Union sebagai utusan khas membawa Ava-yi Tawhid.

Sudah menjadi kebiasaan, penuntut dalam tradisi di Qum akan mempelajari ragam bidang ilmu. Begitu juga Jawad. Meski ushul fikih pengkhususannya, tetapi ia tidak menghalangnya untuk menguasai bidang yang berbeza. Al-Asfar Al-Arbaah, kitab Mulla Sadra yang terkenal itu.menjadi asas pengajiannya dalam ’irfan. Begitu juga kitab Al-Syifa, buah fikiran dari Ibn Sina itu yang menjadi tekunannya dalam teologi dan mantik.

Semua pendidikannya ini tidaklah menjadi sukar. Kehadiran Allamah Sayyid Muhammad Husayn Thaba’thaba’i yang pulang dari Najaf al-Asyraf, telah mempopularkan pengajian falsafah di Qum. Meskipun Sayyid Burujurdi tidak senang—pada peringkat awalnya—namun pengaruh dan pengikut pengajian Thaba’thaba’i sering bertambah.

Bukan hanya Jawad, malah pengarang tafsir Al-Mizan itu turut memikat nama-nama besar lain; Khomeini, Muthahhari, Beheshti, dll untuk menjadi muridnya. Jawad memang terhutang ilmu dengan Thaba’thaba’i. Jika tidak, masakan ia dapat menghasilkan sejumlah karya yang baik seperti, Namad wa Ustureh, Asrar Ibadat, Irfan al-Hajj, Tahrir Tamhid al-Qawa’d, Sireh-e Payambaran dar Qur’an, dll.

Kini, Jawad, atau lebih dikenali sebagai Ayatollah Jawad Amuli pula menjadi ’Thaba’thaba’i baru’. Anak dari kota Amul inilah yang kini meneruskan tradisi sempurna dari garisan Ahlul Bayt. Ternyata, Qum tidak kehilangan tokoh. Benarlah, kata Ahmad Shalabi dalam History of Muslim Education, bahawa tradisi ilmu dalam Ahlul Bayt sentiasa mandiri dengan zaman. Tidak seperti Andalusia.

Memang, yang pergi akan silih berganti.

Komen-komen»

1. sahafiye - September 19, 2008

bagaimana dengan sistem pondok di malaysia ni, dulu terkenal di alam nusantara tentang kehebatan pondok2 ini dalam menyebarkan ilmu-ilmu islam termasuk tasawuf, kini telah hilang. pondok kita melalui satu zaman yang paling menyedihkan sehingga terpaksa diambil alih dan hanya dijadikan sekolah agama biasa…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: