jump to navigation

Belajar Kehidupan Dari Nabi April 8, 2007

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Oleh: Yusuf al-QaradawiKehidupan Muhammad saw adalah lapangan yang cukup luas untuk dijadikan tauladan bagi sesiapa sahaja. Anak muda boleh mendapat pedoman kerana Muhammad saw pernah menjalani kehidupan sebagai anak muda yang rajin bekerja dan memerah keringat tanpa bergantung kepada keturunannya yang mulia dan kedudukannya yang istimewa.

Manakala seorang yang masih bujang boleh mengambil pedoman dari hidup Rasulullah saw kerana baginda tidak berkahwin kecuali selepas berumur 25 tahun.

Si Suami yang mempunyai seorang isteri boleh menjadikan Rasulullah saw sebagai ikutan kerana baginda hanya bersama dengan seorang isteri, Khadijah sehingga umur baginda 50 tahun. Mereka yang berpoligami juga boleh menjadikan Rasulullah saw sebagai panduan dalam 10 tahun terakhir baginda mempunyai ramai isteri. Antaranya seorang anak dara dan lainnya adalah janda, ada yang muda dan ada pula yang tua. Ada dari bangsa Arab dan ada pula dari Bani Israil.

Seorang bapa boleh melihat kehidupan Nabi saw ketika memiliki anak dan ketika kematian anak-anaknya. Seorang datuk dapat menghayati pedoman hidup Rasulullah saw ketika baginda saw melayan dua cucunya, al-Hasan dan al-Husain. Seorang pejuang dapat melihat Rasulullah saw sebagai pejuang; Bagaimana berlangsungnya peperangan? Apakah adab dan disiplinnya? Bagaimana halnya ketika menerima kemenangan atau kekalahan seperti dalam perang Uhud?

Seorang penguasa, pemerintah, raja, presiden atau ketua kerajaan boleh menerima pedoman dari hidup baginda saw ketika mana memiliki kekuasaan lalu baginda saw berlaku adil dan menegakkan hak dan kebenaran. Baginda saw telah meninggalkan untuk kita warisan agung dalam lapangan ini.

Sebenarnya sama ada pemerintah atau yang diperintah, semua boleh melihat kehidupan baginda saw. Baginda hidup sebagai rakyat biasa dalam pemerintahan orang lain di Mekah dan sebagai pemerintah di Madinah. Begitu juga bagi orang kaya atau miskin. Baginda pernah merasai kefaqiran dan kemiskinan sehingga terpaksa mengikut perut dengan batu bahkan dua biji batu. Baginda juga pernah menerima habuan dua yang banyak apabila diberi kemenangan dan mendapat ghanimah (rampasan perang) yang banyak sehingga akhir keseluruhan Arab dan semenanjung Arab tunduk di bawah kekuasaannya.

Baginda saw telah melalui semua pengalaman-pengalaman ini. Siapa lagi antara para Nabi dan Rasul yang merasai segala pengalaman ini? Inilah dia Muhammad saw yang telah diberi keistimewaan dengan semua ini yang ditugaskan membawa agama agung yang mempunyai ciri-ciri umum, kekal dan lengkap.

Nota: Tulisan Dr. Yusof al-Qaradawi ini merupakan rakaman dari perutusan Maulid ar-Rasul 1428 Hijriah. Manakala sumber asalnya boleh disemak menerusi www.qaradawi.net.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: