jump to navigation

Bolehkah PAS Menguasai Malaysia? April 8, 2007

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Mohamad Ridhwan Bin Alias

Persoalan ini sukar nak dijawab. Sanggupkah UMNO secara demokrasinya menyerahkan tampuk pemerintahan jika PAS memenangi pilihanraya? Sejarah telah membuktikan bahawa gerakan Islam tidak mudah untuk menang dalam pilihanraya. Banyak tribulasi akan menanti. Sanggupkah pegawai kerajaan, polis dan tentera mengikut kerajaan Islam PAS?

Penyertaan PAS dalam pilihanraya membolehkan PAS membuat dua pilihan. Pertama, mengubah sistem pemerintahan dan kedua, Islamisasi atau penerapan nilai Islam dalam sesebuah kerajaan. Jika PAS memilih pilihan pertama, kemungkinan besar peristiwa berdarah akan berlaku. Kemenangan gerakan Islam FIS dalam pilihanraya Algeria menyebabkan tentera merampas kuasa.

Begitunya peristiwa apabila PAS memenangi Terengganu (1950an) dan Kelantan, ada cubaan undi tidak percaya yang mengoncangkan kerajaan. Bahkan Kelantan terpaksa didaruratkan dalam satu peristiwa pada akhir tahun 1970an. Kita selalu lupa akan sejarah 13 Mei 1969, di mana pembangkang hampir memenangi pilihanraya. Natijahnya para samseng politik UMNO mula membuat onar membangkitkan api nasionalis sehingga berlakunya peristiwa 13 Mei. Darurat dilaksanakan. Lakonan MAGERAN berjaya.

Dengan ini, bolehkah PAS berjaya menguasai Malaysia? Pengubahan sesuatu sistem pemerintahan Islam hanya mampu dibuat secara revolusi (baca: secara keseluruhan) melalui penaklukan (baca: senjata).

Kenapa saya katakan dengan penaklukan. Lihat revolusi Iran berjaya kerana kaedah ini, begitulah juga dengan kewujudan sistem Khalifah Uthmaniyyah, Umaiyah Andalus dan Moghul India. Ini berbeda dengan Kerajaan Islam Madinah pimpinan Rasulullah SAW adalah hasil jemputan kaum-kaum di Madinah. Persoalannya sekarang, dalam keadaan dunia yang menghina Islam dan negara umat Islam yang diperbodohkan ini, adakah negara atau kaum yang sanggup menjemput gerakan Islam untuk mewujudkan pemerintahan Islam? Mustahil secara realitinya.

Jika PAS memilih pilihan kedua iaitu Islamisasi, tanpa perubahan sistem yang radikal. PAS boleh melakukan apa yang dilakukan oleh Parti AKP di Turki sekarang. Tetapi persoalannya ialah, adakah ada kesanggupan sektor perkhidmatan awam, tentera dan polis menerima PAS masih menjadi isu. Tidak memberontakkah parti Melayu-Islam terbesar di dunia, tiadakah gauman di jalanan oleh pihak MCA dan GERAKAN?

PAS adalah gerakan Islam melalui pendekatan politik. Saya tidak menafikan keperluan berpolitik untuk menegakkan Islam. Sangat perlu dan jangan dikosongkan ruang politik daripada Islam. Saya mencadangkan PAS dijadikan sebuah NGO tetapi mempunyai sayap parti politik. Sekarang saya melihat PAS lebih kepada parti politik daripada gerakan Islam.

Lihat contoh Ikhwanul Muslimin Jordan (saya lihat peranan ini dimainkan oleh topeng-topeng IRC melalui JIM (NGO), PAS, PKR, Persatuan Perubatan dll). Janganlah kemenangan pilihanraya dijadikan matlamat utama tetapi mengurangkan kerusi BN (ikutlah marhalah) di samping meluaskan dakwah di kalangan bukan Islam. Kuatkan tarbiyah, laksanakan dakwah di jalanan (ambil iktibar daripada Jamaat Tabligh) dan perbanyakkan aktiviti kebajikan.

 

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: